Showing posts with label *GUNUNG G7*. Show all posts
Showing posts with label *GUNUNG G7*. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Kembali Mengimbau Kenangan Gunung Tahan

XPDC GUNUNG TAHAN SIRI 4 
(WARIS)
30 SEPT - 3 OKT 2011
MERAPOH - PUNCAK TAHAN - MERAPOH
24 PESERTA
KELAS TREK : A



“Renung ke alam semula jadi, dan anda akan faham segala-galanya lebih baik.” Begitulah kata-kata Albert Einstein, seorang saintis fizik tersohor yang terkenal dengan Teori Relativitinya. Memang ada kebenarannya kata-kata beliau itu. Dek kekaguman terhadap alam semula jadilah yang mendorong saya dan rakan-rakan bersusah-payah meredah hutan untuk menjejakkan kaki ke puncak yang sering menjadi buruan para pendaki ke puncak tertinggi di semenanjung malaysia. Ketinggian yang diukur dari paras laut telah mencatatkan ketinggian 2187 meter. Gunung Tahan yang terletak di Taman Negara Negeri Pahang menjadi tumpuan para pendaki tanah air dan juga luar negara menikmati panorama dan juga flora dan fauna yg masih terpelihara. 

AKTIVITI mendaki gunung di negara ini sudah semakin popular tidak mengira usia dan bangsa.  Pengemar sukan lasak seperti mendaki gunung sudah semestinya menyukai cabaran dan mempunyai daya tahan yang tinggi apabila memiliki minat terhadap sukan ekstrem ini. Di Malaysia sukan ekstrem atau dalam bahasa Inggerisnya X-games semakin hari semakin diminati oleh golongan remaja dewasa ini. Aktiviti ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal malah anda yang ingin mencuba sukan ekstrem seperti ini haruslah mempunyai kekuatan mental yang kuat. Pendaki gunung di Malaysia bertuah kerana mereka mempunyai banyak pilihan kerana permukaan gunung dan tanah tinggi di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk. Ini memberi peluang kepada mereka menjalankan sukan ekstrem ini dengan lebih mencabar.  Seramai 25 orang peserta menyahut cabaran tersebut bagi meneruskan kesinambungan aktiviti mendaki gunung, Persatuan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JMM (WARIS) baru-baru ini menjayakan XPDC Gunung Tahan Siri ke 4/2011 di Pahang . Aktiviti selama empat hari tiga malam itu disertai oleh 18 kakitangan Jabatan Muzium Malaysia , 4 orang peserta NGO dan 2 orang media dari Majalah Santai. Laluan Merapoh-Gunung Tahan-Merapoh sebagai trek pendakian. Terkenal sebagai puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter dari paras laut, sudah semestinya laluan yang tersedia menjanjikan pelbagai cabaran untuk ditempoh oleh para pendaki.



Hari pertama :
Para peserta bertolak dari jabatan Muzium Malaysia pada jam 11.00 malam dengan bas persiaran yang disediakan oleh pihak WARIS. Destinasi kami ialah Pejabat Perhilitan Sungai Relau yang bertanggungjawap menguruskan Taman Negara Pahang yang menjadi pintu masuk kedua ke puncak gunung tahan selepas Kuala tahan. Jam 6.30pagi para peserta tiba di perkarangan pejabat perhilitan, sementara menunggu pejabat perhilitan dibuka para peserta merehatkan badan diruang rehat disalah sebuah bangunan Jabatan perhilitan yang menjadi lokasi pendaftaran mendaki gunung tahan.
Selesai sarapan pagi para peserta diwajibkan mengistihar barang yang dibawa untuk direkodkan dimana setiap barang yang dibawa naik harus dibawa turun bagi menjamin kebersihan Gunung Tahan. Selesai pendaftaran para peserta di perkenalkan dengan jurupanduarah (guide) serta taklimat ringkas mengenai fungsi Taman Negara dan bentuk muka bumi serta flora dan fauna yang menjadi penghuni di sekitar taman negara. Perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda dari perkarangan pejabat Perhilitan Sungai Relau ke Kuala Juram hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.




Cabaran sebenar dalam ekspedisi ini bermula dari Kuala Juram apabila para peserta mula menggalas beg masing-masing yang mempunyai berat purata antara 15 hingga 20 kilogram. Kami memulakan perjalanan hari pertama pendakian menuju ke tapak perkhemahan pertama di Kem Kor sejauh 12 kilometer (km) pada pukul 11.30 pagi. Walaupun pendakian hari pertama hanya mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan meredah hutan menyusuri laluan yang agak landai selain melintasi tidak kurang dari empat batang sungai, ia sudah memadai untuk dijadikan pemanas badan sebelum memulakan pendakian pada hari kedua yang lebih mencabar.


Hari Kedua :
Seawal pukul 6.30 pagi, sebahagian peserta sudah sibuk menyiapkan juadah untuk makan pagi manakala sebahagian lagi menyiapkan diri dengan memakai semula ‘uniform’ untuk meneruskan pendakian. Tepat pukul 9.45 pagi, perjalanan diteruskan dengan menyusuri sebatang sungai sebelum bertemu dengan trek pendakian yang lebih mencabar. Cabaran perjalanan yang dimaksudkan itu adalah permukaan agak menegak dari Kem Kor ke Kem Permatang yang diberi gelaran Bukit Tobat dan itu memaksa para pendaki memerah keringat. Di laluan itulah kekuatan mental dan fizikal para peserta mula teruji – sama ada mereka benar-benar mampu bertahan atau pun mudah menyerah kalah sebelum tiba di puncak.
Trek tersebut membuatkan ramai para pendaki terutamanya yang baharu berjinak-jinak dalam aktiviti lasak ini ‘dibelasah’ teruk oleh alam semula jadi sehingga ada yang sudah menganggap pendakian tersebut adalah yang pertama dan terakhir bagi mereka. Laluan dari Kem Permatang ke Kem Kubang juga memerlukan pada pendaki memanjat akar-akar pokok dan sesekali menuruni tebing bukit dengan terpaksa berpaut pada tali yang disediakan di laluan.
Sebaik tiba di Kem Kubang kira-kira pukul 12.50 pagi, kesemua peserta berkumpul semula bagi membolehkan perut diisi agar tenaga yang telah hilang dapat dikembalikan semula sebelum meneruskan perjalanan. Selesai makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Kem Belumut yang terletak kira-kira 30 minit pendakian dari Kem Kubang. Disebabkan jaraknya yang dekat, kami mengambil keputusan untuk tidak berhenti rehat sebaliknya meneruskan perjalanan ke Kem Bonsai yang terletak kira-kira 5.5 kilometer lagi dari Kem Belumut.

Kami tiba di Kem Bonsai pada jam 5.30 petang, kepenatan seolah-olah sedikit terubat apabila para peserta disajikan dengan pemandangan yang luas dan indah berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa. Dari situ jugalah kelibat puncak Gunung Tahan sudah boleh dilihat dan ternyata ia telah menjadi pembakar semangat untuk para peserta meneruskan pendakian yang memerlukan sejam perjalanan sebelum tiba di Kem Botak yang mana menjadi lokasi kami bermalam. Perjalanan dari Kem Bonsai ke Kem Botak perlu melalui renetan pohon-pohon bonsai yang luas seperti sebuah taman bonsai serta pemandangan yang dihidangkan ternyata cukup indah apabila sepanjang pendakian, pemandangan Banjaran Titiwangsa di kiri dan kanan laluan terbentang di depan mata. Para peserta juga sesekali merempuh kabus tebal yang cukup menyamankan.
Pendakian hari kedua berakhir di Kem Botak dengan kumpulan pertama tiba di tapak perkhemahan Kem Botak pada jam 6.30 petang, Suhu di Kem Botak memang sudah terkenal dengan suhu yang amat sejuk hingga mencecah 12 darjah Celsius. Khemah terus dipasang serta menyediakan teh O panas untuk peserta-peserta yang beransur tiba bagi mengurangkan rasa sejuk. Persediaan untuk makan malam dilakukan secara bergotong royong. Jam menunjukkan 8.00 malam, titis-titisan hujan mula menyapa, namun masih ada peserta yang belum tiba, setengah jam kemudian hujan semakin lebat dangan angin yang agak kencang, hati sudah mula risaukan perserta yang belum sampai, dengan keadaan cuaca yang sejuk para peserta sudah mula rasa lapar, makan malam sudah siap terhidang, kami mengambil keputusan untuk makan dulu. Kumpulan terakhir tiba di kem Botak pada jam 11.00 malam dalam keadaan kesejukan. Setelah berehat melepaskan lelah air panas serta makanan telah disediakan untuk mereka. Semua peserta berehat dan tidur.

Hari Ketiga :
Pendakian hari ketiga sepatutnya bermula lebih awal untuk ke puncak Gunung Tahan, akibat dibelasah teruk oleh trek ke Kem Botak semalam, rata-rata peserta terlewat bangun akibat keletihan, akhirnya pukul 8.00 pagi baru bertolak ke puncak gunung tahan. Perjalanan ke puncak memakan masa 30 minit serta perlu menyusuri laluan bukit yang berbatu untuk tiba puncak Gunung Tahan.

Walaupun sedikit kecewa kerana hasrat untuk melihat keindahan matahari terbit dari ufuk timur tidak kesampaian kerana dilindungi kabus tebal di awal pagi, ternyata kegembiraan menjejakkan kaki di puncak itu mengatasi segala-galanya.




Selepas menghabiskan masa kira-kira sejam untuk bergambar kenangan serta meraikan kejayaan menawan puncak tertinggi di semananjung, para peserta diarahkan turun ke Kem Botak untuk berkemas serta sarapan secepat yang mungkin kerana masa sudah lewat. Selesai sarapan dan berkemas kami bertolak turun pada jam 12.15 tengahari.
Kami perlu pantas kerana jarak antara Kem Botak ke Kem Kor mengambil masa kira-kira lapan hingga sembilan jam, itupun sekiranya tiada sebarang kecederaan berlaku.
Justeru mengikut perkiraan kasar, sekiranya kami bergerak turun dari Kem Botak pada pukul 12 tengahari, kami hanya akan tiba di Kem Kor kira-kira pukul 9 malam.
Berbekalkan pengalaman yang ada dalam pendakian sebelum ini, penulis menjangkakan pasti kelewatan akan berlaku apabila memikirkan keadaan beberapa peserta yang pergerakan agak perlahan akibat sakit kaki. Penulis mengambil keputusan untuk menjadi sweeper bagi membantu peserta-peserta dibelakang.
Kami sampai di pokok bonsai jam 3.30 petang, rata-rata peserta sudah lapar dengan berbekalkan biskut atau makanan yang dibungkus menjadi hidangan petang tersebut. Penulis menjangkakan bahawa kumpulan terakhir ini seramai 11 orang peserta sudah terpisah jauh dari kumpulan hadapan kerana sepatutnya berada di Kem Kubang pada ketika ini. Kumpulan hadapan seramai 13 orang peserta pasti meneruskan perjalanan bagi mengelak berjalan malam.
Ternyata keputusan penulis tepat apabila penulis tiba di kem Kubang pada jam 6.30 petang hanya 2 orang peserta menunggu kami disitu, manaka selebihnya telah meneruskan perjalanan.ke Kem Kor. Peserta terakhir tiba di Kem Kubang bersama guider pada jam 8.30 malam. Atas nasihat guider kami mengambil keputusan untuk bermalam di Kem Kubang dan awal pagi esok meneruskan perjalanan ke Kem Kor.


Hari keempat :
Seawal jam 6.30 pagi para peserta berkemas untuk meneruskan perjalanan ke Kem Kor untuk bersama-sama peserta lain yang bermalam di sana. Mengambil masa 1 jam 45 minit akhirnya kami sampai di Kem Kor disambut oleh peserta yang bermalam di Kem Kor dengan hidangan nasi goreng untuk kami sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Juram. Perjalanan ke Kuala Juram hanya sejauh 12km, para peserta meneruskan perjalanan dalam keadaan santai. Kumpulan pertama tiba di Kuala Juram pada pukul 2 petang manakala kumpulan terakhir tiba pada jam 4.15 petang..
Sementara menunggu pacuan empat roda tiba, para peserta membersihkan diri serta menjemur pakaian yang basah. Pacuan empat roda tiba pada jam 5.30 petang membawa kami keluar ke Pejabat Perhilitan Sungai Relau untuk membuat pengisytiharan barang yang dibawa turun. Jam 6.00 petang bas sampai untuk membawa kami pulang ke Kuala Lumpur bersama seribu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.







Sunday, 8 May 2011

XPDC GUNUNG TAHAN

XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN
28 April - 2 Mei 2011
7186ft
24 peserta
kelas trek : A 

Pak Sheikh, SawaBatek,Ayie IB,Supri,
Mas,KakSue,Miza,Zura,Fiza,Hazri,Aley,Aiman,Nami,
MiziKodeng,Azizul,Adam,PakNdak,Rizal,Amirul,Sofi,Zahari,Samsul,Ucop,Afiz


Program yang dirancang hampir 3 bulan selepas baru jer selesai trip CUS terus lunching Trip Mendaki Gunung Tahan, pada awalnya sambutan amat mengalakan, namun apakan daya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.. Perancangan awal trip XPDC Mendaki Gunung Tahan terbahagi kepada 2 kumpulan seramai 24 peserta di mana 12 peserta akan melalui route Merapoh - Kuala Tahan dan 12 peserta lagi akan melalui route Merapoh - Merapoh. Namun "Apakan daya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.." kata-kata inilah juga penguat semangat untuk meneruskan juga trip ini setelah ramai peserta tarik diri dan Kumpulan route Merapoh - Kuala Tahan telah dibatalkan kerana kurang sambutan. Hanya tinggal 12 peserta untuk kumpulan route Merapoh - Merapoh. Akhirnya atas daya usaha dan bantuan rakan²  maka terkumpul juga 24 orang peserta route Merapoh-Merapoh untuk menyempurnakan Trip "XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN" dengan Tag Line "Membelah Awan Menyapu Kenangan".
Hari yang dinantikan telah pun tiba, semua peserta telah berkumpul seawal jam 6ptg di kawasan parking awam Muzium Negara, peserta dari Karat Adventure Pak Ndak, Sofi dan Ucop dari Kedah telah sampai di paking Muzium Negara sementara menanti rakan² lain sampai.. Rizal bersama Alon-Alon Adventure Adam, Amirul dan Samsul . Jejak Rimba Ayie dan Supri. Semua rakan² dibawa ke tempat agihan ration dan bertemu rakan² lain yg sibuk setting beg dan finale chek takut ada brg yg tertinggal. Setelah semua rakan² telah berkumpul maka kami ramai² bertolak ke KL Sentral dengan  berjalan kaki melalui Muzium Negara yg jaraknya dgn KL Sentral hanya 600m lebih kurang, jam menunjukkan hampir 8.20mlm yg mana train kami akan bertolak pada jam 8.30mlm, semua peserta bergegas, ada yg berlari takut terlepas train, saya dengan sawa hampir² terlepas bila sampai aje train dh bergerak, kami kejar train mcm cerita hindustan, nasib baik berjaya, tu pun sbb petugas KTMB suruh train berenti, kalau tak, kami kena berlari ke Gemas utk dapatkan train kat sana  time dia berenti.
Apabila semua dah berada atas train, saya mula chek semua rakan² takut ada yg tertinggal, alhamdulillah, semua cukup 24org termasuk saya.



Perjalanan dengan keretapi Senandung Wau menuju ke Tumpat dan kami akan turun di Stesen Merapoh setelah mendapat kebenaran dari pihak KTMB utk train berenti di stesen merapoh yang mana sebelum ini pihak KTMB telah menamatkan perkhidmatan train utk berenti di stesen merapoh sedikit sebanyak menyukarkan para pendaki Gunung Tahan untuk mengunakan perkhidmatan keretapi bagi program mendaki Gunung Tahan kerana ekses terdekat ke pintu masuk utama ke Gunung Tahan melalui Pejabat Perhilitan Taman Negara Sungai Relau, Merapoh yang hanya 7km dari stesen Keretapi Merapoh. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kebenaran kepada kami utk turun di stesen merapoh. Jam 6.30pagi kami sampai di stesen Keretapi Merapoh, Semua peserta turun dan kami mula mencari kedai makan untuk sarapan, di seberang jalan berhadapan dengan stesen terdapat deretan kedai makan yg masih belum beroperasi, ada deretan kedai disebelah kiri jalan masuk ke Taman Negara terdapat sebuah kedai makan Abg Mat Derek yg juga salah seorang guider Gunung Tahan, kedai Abg Mat ada meyediakan roti canai dan juga nasi lauk. Kebiasaannya para pendaki Gunung Tahan akan tapau nasi utk makan tengahari di hari pertama trecking kerana kebiasaannya para pendaki akan mula trecking dr Kuala Juram pada jam 12tengahari. Jadi lebih bagus kalau ditapau siap² makanan utk makan tengahari kerana sudah tentu tak sempat nak masak. Jadi abg mat dah tahu bagaimana nak tapau nasi tu, nasi di asingkan dgn lauk agar lebih tahan lama, harga pun murah. Abg Mat juga ada menjual Badge Taman Negara Sungai Relau Merapoh, katanya ini adalah Special Edition, tiada di tempat lain. dijual dengan harga RM10 sekeping. Lepak kedai abg mat sambil minum bersama member yg berkerja di pejabat perhilitan sg relau iaitu Syukri, yg banyak membantu dalam urusan pembokingan tarikh serta memberi maklumat tentang mendaki gunung tahan, sedikit sebanyak membantu dlm memastikan trip ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Guider yg dipertanggungjawapkan utk membawa kami Rosni tiba di kedai abg mat di perkenalkan oleh Syukri bahawa beliau adalah guider yg bagus bersama sorang lagi guider yg bernama Zulkifli ataupun lebih glamor dgn nama abg zuki.


Selesai tapau makan, sarapan pagi pun dah selesai, pengembaraan pun bermula.....

Hari Pertama
9.00pagi - Hilux perhilitan yg ditugaskan untuk mengambil kami telah pun sampai, maka semua beg di isi keatas hilux dan semua peserta  menaiki 2buah hilux yg disediakan utk mengangkut kami ke pejabat perhilitan sg relau yg bertanggungjawap mengawal selia taman negara pahang yg menjadi pintu masuk utama bagi pendaki yg ingin mendaki gunung tahan dari sg relau ke puncak gunung tahan.

9.30pagi - Tiba di pejabat perhilitan sg relau bertemu dgn pegawai perhilitan  dan abg zuki guider bagi pendaftaran mendaki dan juga pemeriksaan barang yg di bawa, semua barang direkod secara detail, semua brg yg dibawa naik mesti dibawa turun bagi memelihara kebersihan dan eco sistem taman negara agar tidak tercemar.
Pendaftaran dan bayaran perlu dijelaskan sebelum semua peserta dibenarkan memasuki taman negara seperti bayaran guider,permit masuk taman negara, permit kamera dan bayaran pengangkutan (Hilux).
11.00pagi - Setelah selesai semua pemeriksaan barang dan pendaftaran, semua peserta di bawa ke Kuala Juram dgn Hilux dimana Kuala Juram adalah starting point para pendaki memulakan trecking dihari pertama. Kuala Juram adalah sentuary pemeliharaan ikan kelah, tidak dibenarkan menangkap atau memancing ikan disini. Jarak perjalanan dr pejabat perhilitan ke Kuala Juram sejauh 13km yg melalui jalan mini tar yang kadangkala mencanak dan menjunam. Tiba di Kuala Juram sementara menunggu rakan yg lain sampai kami makan tengahari siap² sebelum memulakan trecking kerana masa sudah menghampiri tengahari. 

11.30pagi - Semua rakan telah sampai di Kuala Juram, setelah mereka selesai makan tengahari, maka kami pun bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Taklimat ringkas dari guider diberikan sebelum memulakan perjalanan. selesai bacaan doa, kami pun bertolak dan sempat bergambar ramai² dihadapan jambatan gantung yg tertera "Rentis Gunung Tahan"... maka bermulalah kami menempuh perjalanan menuju kedestinasi pertama kami iaitu Kem Kor.

 

11.50pagi - Perjalanan dari Kuala Juram ke Kem kor akan melalui 4 sungai dengan trek yg agak santai. Air sungai paras lutut ketika ini berselipar atau kasut getah amat sesuai, klau yg pakai boot harus buka dulu kasut jika tak nak kasut basah. Disarankan agar bila jumpa sungai pertama terus tukar selipar atau dari Kuala Juram lagi layan selipar je dulu sehingga habis 4 sungai. Lebih kurang 2jam setengah berjalan kami tiba di Kuala Luis, dari Kuala Luis perjalanan selama 2jam akan tiba di Lata Luis, Lata luis adalah satu kawasan kem site pilihan bagi mereka yg tiba dah lewat ptg maka mereka akan bermalam disini kerana berhampiran sungai. Dari Lata Luis nak ke Kem Kor memerlukan 1jam sentengah masa perjalanan utk sampai. Kem Kor amat luas serta berada ditebing sungai, jadi kem kor amat mewah air, pemilihan tapak kemah amat penting, berhati-hati jika pilih tapak kemah di kawasan lapang dibawah kem kerana jika berlaku kepala air amat bahaya bagi yg berkemah di bhg bawah, petua utk mengesan berlakunya kepala air di kem kor, bunyi letupan sebanyak 2kali seperta batu langgar batu atau balak jatuh atas batu haruslah segera beredar jauh dari sungai.

 

6.30ptg - Bermalam di Kem kor pada mlm pertama menjadi aktiviti yg best kerana dengan kawasan yg luas dan dekat dgn sungai menjadikan mlm tersebuat amat meriah, majlis gotong royong memasak utk makan mlm berjalan dgn meriah sekali. Makan malam secara berjemaah membuatkan selara makan pada mlm itu lain mcm skit, berlaukan daging sayur campur, ikan pekasam serta cincaluk, sattle nasi 5 periuk. Selesai makan semua masuk khemah atas alasan nak kendurkan urat, kami tak lepaskan peluang utk bersembang bawah fly menjadi aktiviti wajib bg setiap trip. Sembang 10min urat pun minta dikendukan, sedar² dah pagi...heheheee

Hari kedua
6.45pagi - Bangun awal pagi utk menyediakan sarapan pagi kerana mlm td guider ckp nk gerak dari kem kor seawal jam 7pagi, tp nampak gaya mcm xsempat je, nk masak lagi, nk kemas beg, nk asingkan dan tinggalkan ration utk hari ke-3 di Kem Kor, byk keja nak buat yg sepatutnya ada yg bole satle dr semalam lagi, tp nk buat mcm mna, memasing penat. Selesai masak, makan dan kemas brg 8.45pagi barulah kami semua mula trecking spt yg dimaklumkan oleh guider bahawa pagi ni kita akan tempuh bukit good morning, lain mcm pulak nama bukit nie, mesti lain mcm juga dia bg nt...



Hari Ketiga 
5.30pagi - Bangun seawal jam 5.30pagi kerana pagi ni kami akan naik ke puncak, kejutkan semua kengkawan agar bangun dan siapkan apa yg patut, aku just masak teh O utk sarapan pagi dengan sebuku roti penyek, Bila semua dah bersedia kami bertolak naik ke puncak, trek batu xler sesukar mana cuma pacak sikit jer utk sampai ke puncak, sejam berjalan kami pun sampai di puncak dengan hidangan selautan awan yg memutih di kelilingi gunung ganang yg membentang bumi, ku syukuri atas nikmat tuhan memberi aku peluang utk berada di puncak tertinggi utk melihat keagungan mu, agar aku dpt mensyukuri atas limpah kurniaMu..
Setelah semua rakan² sampai kami raikan dengan air kemenangan, gambar dirakam sepuas-puasnya sebangai kenangan dlm hidup yg seramai 24org bersama dgn guide telah menjejak kaki di puncak tertinggi di semenanjung M'sia. Selesai bergambar kami pun bertolak turun kerana hari nie kami akan bermalam di kem kor semula. dan kami perlu sampai di Kubang sebelum pukul 4ptg, jika jam 4ptg tak sampai kubang, guide ckp kita terpaksa bermalam di Kubang atau permatang. kerana kami tak akan sempat sampai di Kem Kor jika pukul 4ptg masih belum sampai di Kubang, itu pedoman yg guide bagi. Apa lagi kami semua pecut turun dan kami sampai di Kem Kor pukul 6.20ptg. Yahooooooooooo.... 


Hari Keempat
8.00pagi - Hari ini hari paling best kerana bole bangun lewat sbb smlm guider bgtau nak gerak ke Kuala Juram kul 11pg, jd bole ler memasing lajak sikit cover yg 2-3 ari lepas, Kul 8pg bagun siapkan sarapan, cadangan pagi ni nk makan bihun tomyam, jd segala pekakasan disiapkan, si sawa bangun buta cekodok, selesai makan , semua dh siap mandi, kemas brg apa patut, kutip sampah, jd kul 11.30pagi selepas guide bg taklimat serta bacaan doa kami pun bertolak keluar, kalau time datang santai wong, maka time balik lagi ler santai berwong-wong. Jam 2.50ptg kami sampai Kuala Juram, Letak beg rehat jap , ada yg masak meggi, aku sekadar belasah bihun tomyam yg tak abis yg aku tapau, aku panaskan sikit, aku ajak kawan² makan, satle, memasing dh lapar. sementara menunggu kawan semua sampai, kami rehat sebelum Hilux sampai utk bawa kami keluar ke Sg Relau.

4.00ptg - Hilux sampai utk bawa kami keluar, semua beg dh siap naik atas hilux, kami bertolak keluar, setengah jam pejalanan kami pun sampai di Pej. Perhilitan Sg Relau utk pemeriksaan brg dan daftar keluar. 5.30ptg semua dah selesai, Hilux hantar kami keluar ke Stesen Keretapi Merapoh yg dijangkakan tiba kul 11mlm, perhhh..apa nak buat, lepak kedai makan ler cite dia, driver hilux ckp ada pasar mlm kat merapoh, jarak dlm 100m dr stesen,  brader rosli driver hilux setuju untuk antar kami ke pasar mlm dulu, apa lagi kami semua serang pasar mlm sbb dah 4ari dalam utan, mcm² teringin nak makan, rangka ayam celup tepung menjadi mangsa kerakusan manusia baru kuar utan, sorang sekor dibawa utk dimakan di kedai makan depan stesen. Guider rosni dgn zuki melayan kami dikedai makan berborak cerita pasal dlm hutan, mengimbau kembali cerita suka duka bersama, tak abis di kedai disambung pula di stesen kerana jam dah 10.30mlm, train dijangka sampai di merapoh kul 11mlm. Majlis perpisahan dijalankan distesen kerana bila dh naik train semua dh beterabur, ada yg turun seremban, ada yg turun kajang, jd seeloknya di merapoh lagi segala salah silap dipohon ampun dan maaf, sedih plak memasing setelah 4ari, 3mlm bersama, sama² bersusah payah ke puncak menikmati ciptaan tuhan, maka semua terpaksa juga menerima hakikat yg telah tuhan tetapkan, yg setiap pertemuan, pasti ada pepisahan, moga kita akan bertemu lagi di trip akan datang..... Saya yakin kita semua saling merindui.....Byeee..
 












Log Perjalanan :

28 April 2011
8.00mlm - Bertolak Ke KL sentral 
8.30mlm - Berlepas dengan Keretapi Senandung Wau menuju ke Merapoh

29 April 2011
6.30pagi - Tiba di stesen keretapi Merapoh
9.00pagi - Bertolak ke Pejabat Perhilitan Sungai Relau dgn Hilux Perhilitan
9.20pagi - Tiba di Pejabat Perhilitan Sungai Relau
9.30pagi - Pendaftaran / Cheking barang
11.00pagi - Bertolak ke Kuala Juram dengan Hilux perhilitan
11.20pagi - Tiba di Kuala Juram
11.30pagi - Makan Tengahari
11.45pagi - Taklimat / doa sebelum bertolak
11.50pagi - Start Treking
2.15ptg - Tiba di Kuala Luis
2.45ptg - Sambung Treking
4.35ptg - Tiba di Lata Luis
6.10ptg - Tiba di Kem Kor (Bermalam)

30 April 2011
7.00pagi - Bangun sediakan sarapan / sarapan
8.45pagi - Start trecking
9.45pagi - Tiba di Permatang / take 5
10.00pagi - Start trecking
11.45pagi - Tiba di Kem Kubang / lunch
12.55pagi - Start trecking
1.40ptg - Tiba di Belumut
3.25ptg - Tiba di Pokok bongsai
4.30ptg - Tiba di Bongsai
5.45ptg - Bertolak ke Kem Botak
6.40ptg - Tiba di Kem Botak / Bermalam

31 April 2011
6.15pagi - Bertolak ke Puncak
7.05pagi - TIBA DI PUNCAK GUNUNG TAHAN
9.20pagi - Bertolak turun ke Kem Botak / berkemas
11.00pagi - Bertolak turun
11.45pagi - Tiba di Bongsai
2.30ptg - Tiba di Belumut
3.20ptg - Tiba di Kem Kubang
4.50ptg - Tiba di Permatang / rehat / tunggu semua peserta sampai
5.50ptg - Bertolak ke Kem Kor
6.20ptg - Sampai di Kem Kor

1 Mei 2011
11.30pagi - Bertolak dari Kem Kor
2.50 ptg - Sampai di Kuala Juram / Lunch
4.00ptg - Hilux sampai
4.30ptg - Tiba di Pejabat Perhilitan Sungai Relau
5.00ptg - Cheking barang / daftar keluar






Sunday, 27 March 2011

TRIP CUS REVERSE - EKSPLORASI MERENTASI SEMPADAN

GUNUNG ULU SEPAT
Lokasi : Lasah, Perak
Tarikh : 31 Jan - 6 feb 2011
Ketinggian : 7089ft
Jumlah Peserta : 12 org

GUNUNG CHAMAH
Lokasi : Gua Musang, Kelantan
Tarikh : 31 Jan - 6 Feb 2011
Ketinggian : 7210ft
Jumlah Peserta : 12 org
KELAS TREK : A+


 











LOG PERJALANAN

31/1/2011 (isnin)

10.47pg - BERTOLAK DARI KL
3.30ptg - Tiba di Masjid Kg Lelar
3.45ptg - Bertolak dgn 4WD ikut trek balak ke starting point
7.30mlm - Tiba di starting point
7.45mlm - Start treking
9.45mlm - Tiba di Kem sangkut (bermalam)

1/2/2011 (selasa)
9.05pg - Bertolak dari Kem sangkut
7.30ptg - Puncak anak sepat
9.15mlm - Sampai di Last water point (bermalam)

2/2/2011 (rabu)
10.20pg - Bertolak dr last water point ke Puncak U/sepat
11.30pg - Sampai di Junction
12.15pg - Sampai Puncak Ulu Sepat
1.30ptg - Bertolak turun ke junction
2.20ptg - Sampai di junction
2.35ptg - Bertolak ke Kem Sg Lepir
3.30ptg - Tiba di Kem Sg Lepir
11.10mlm - Tiba di puncak View
11.15mlm - Bertolak ke Kem Sempadan
12.30mlm - Sampai di Kem Sempadan (bermalam)

3/2/2011 (khamis)
11.10pg - Bertolak ke Kem Sg Retak
12.00pg - sampai di Kem Sg Retak (Bermalam)

4/2/2011 ( Jumaat)
9.30pg - Bertolak dari Kem Sg Retak
10.15pg - Tiba di kem Meggi
11.30pg - Tiba di Kem Sg Peres
3.00pm - sampai di Simpang balak
3.30ptg - Bertolak dari Simpang Balak
5.20ptg - Sampai di Kg Sg Rekom
6.00ptg - Bertolak dari Kg Sg Rekom
7.00ptg - Sampai di Kem Pakma
7.45mlm - Bertolak dari Kem Pakma
9.30mlm - Sampai di Kem Tengah (bermalam)

5/2/2011 (sabtu)
7.30pg - Bertolak dari Kem tengah
1.30ptg - Tiba di Puncak Chamah
3.30ptg - bertolak turun ke Kem tongkat ali
8.00mlm - tiba di kem tongkat ali
8.15mlm - bertolak ke kem tengah
9.40mlm - tiba di kem tengah
10.15mlm - bertolak ke Kg Sg rekom
1.15mlm - Sampai di Kg Sg rekom (bermalam)

6/2/2011 (ahad)
10.30pg - bertolak balik ke Kg Simpoh / treking trek balak
2.30ptg - Sampai di Kg simpoh
3.00ptg - Bertolak ke Kg Panggung Lalat dgn 4WD
7.30mlm -  Tiba di Kg Panggung Lalat
8.30mlm - Bertolak balik KL
-TAMMAT-

Saturday, 26 March 2011

V2 Transtitiwangsa

V2 TRANSTITIWANGSA.
LOKASI : CAMEROON HIGHLAND, PAHANG
TARIKH : 19 – 28 Feb 2010
KETINGGIAN :
Gng korbu 7,162ft
Gng yong belar 7,156ft
Gng gayong 7,129ft
Gng yong yap 7,110ft
Gng bubu 6,476ft
Gng junction 6,849ft

Trip ini berlangsung pada 20 hingga 26 Feb 2010 seramai 7 org wakil dr Jabatan Muzium Malaysia dan 23 org dari team Jejak Rimba Istana Budaya.