Pengenalan
Kembara Geng Seven (KGS) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2010 diatas idea dan
sokongan sekumpulan pendaki yang telah berjaya menjayakan misi Merentasi
Banjaran Titiwangsa didalam trip "V2 Transtitiwangsa" pada 20 hingga 26
Feb 2010 seramai 7 orang pendaki wakil dari Jabatan Muzium Malaysia
bergabung dengan kumpulan pendaki JEJAK RIMBA ISTANA BUDAYA bagi
menjayakan misi tersebut.
KGS adalah group yang menjadi medan kaki-kaki gunung untuk berkongsi ilmu dan perbincangan aktiviti berkaitan gunung. KGS juga menganjurkan pelbagai trip mendaki utk mengumpulkan rakan² KGS didalam aktiviti mendaki gunung. Sertai KGS untuk merasai pengalaman mendaki sambil menikmati anugerah ciptaan ilahi.
Aktiviti
Aktiviti utama kumpulan ini adalah program mendaki gunung namun begitu terdapat
juga aktiviti travel secara backpackers ke luar negara spt thailand, indonesia, filipine dan lain-lain.