Thursday, 11 December 2014

V2 TRANSTITIWANGSA 2014

Trip : V2 Transtitiwangsa 2014
Tarikh : 29 Nov - 6 Dis 2014
Bil. Peserta : 8 peserta
Bil. Crew : 3 crew
Bil. Guide : 1 guide

Guide : 
Alen Azam

Crew : 
Pak Sheikh, Mizi, Sufri

Peserta : 
Pak Tam, Pak Ndak, Afif, Elle, Bibi, Pah, Aida, Ann




Friday, 29 August 2014

BACKPACK KE KRABI

29 ogos 2014
Memandangkan cuti sempena hari merdeka ke 57 ramai yg amik peluang bercuti, dalam negeri mahu pun luar negeri, maka sibuk lah jln raya malaysia dgn berpusu-pusunya manusia dgn program masing²....
Kami team yg nk g krabi pun kalam kabut nk ke puduraya utl naik bas ke hatyai, team pertama jam 10mlm dan team ke-2 jam 11.59 mlm, sbb public holiday, tiket bas byk habis dgn harga yg melambung dr 60 lebih jd 90 utk double deck, single 80, woww!!! Mcm bole naik airasia jer, apa bole buat, bas alisan jer yg termampu...

Ok bg yg pegi dgn bas sampai border m'sia bas akan berenti utk isi kad kemasukan ke thailand, driver bas akan collect semua passport utk isi detail kita dlm kad, klau g sendiri kad tu bole amik kat border thai, klau nk senang beli ja kat org yg dok jual di sekitar border atau kat duty free pun dh ada dorng jual dan tolong isikan maklumat kita. Dorng kenakan bayaran RM2 utk 1 kad. Dh siap isi kad terus beratur kat imegresen thai utk chop passport, nt imegresen tu akan amik 1 keratan dan satu keratan lagi kita kena simpan utk serah semula pd imeresen thai time balik nt. Pagar border akan buka seawal 6pg waktu malaysia.

Ok dh satle bab declareration border, lepas ja border thai tu, pekan tu ialah pekan danok, xyah cite apa yg ada kat danok yg dh sgt tersohor merata donia, donia oh donia....

Sepanjang jln kiri dan kanan terdpt byk deretan kedai, zaman skrg apa yg kita buat mesti nk bgtau kwn² dgn harapan dorng akan jeles dgn kita, jd data internet amat diperlukan, cari kedai henfon, byk sepanjang jln tu, byk sim kad syarikat telko yg menawarkan pakage menarik kpd pelancong mcm kita nie, antaranya Happy, Ais dan mcm², atas pengalaman sy, sy pilih sim Happy dgn kadar 990 baht (RM9.90) utk starter pack pastu top up 100baht (RM10) dpt 40baht (RM4) utk kredit panggilan dan data unlimited utk seminggu. Klau sekadar 2-3 ari beli jer starter pack yg 24 jam dgn harga 45 baht (RM4.50) data unlimited 24jam, esoknya tukar sim kad baru, maknanya beli siap² 2-3 simpack mengikut jumlah hari nk pakai, klau lebih dr 4 hari baik beli terus yg seminggu, harga save skit.

Oklah satle bab persiapan disana, kami pun mula cari transport ke pekan hatyai, sbb team yg naik bas dh tunggu kat sana, byk transport disediakan teksi dan van, tut tut pin ada, tp pitam juga nk sampai hatyai. Owhh....lupa bab tukaran duit, klau bole tukar siap² di malaysia, duit thai rate lebih kurang jer dgn dit malaysia,tukar RM100 dpt 1000 baht, tp klau nk tukar kat pekan danok pun bole, ada money changer, cuma klau naik bas takut sampai awal kat situ, kedai belum buka, jd maslah utk kita tukar duit. Adoi bila nk mula jln nie....

Ok kita teruskan perjalanan, kami cari transport yg paling murah, tp memandangkan malaysia cuti umum maka ramai org malay masuk siam maka harga melambung sikit dari hari biasa, klau yg murah naik van campur dgn org lain cukup 15 org baru dia jln, hari biasa bole dpt 60 baht sorng, tp time cuti mcm nie, dia up 120baht sorng, convert sendiri ler duit malaysia, buang kosong blkg jer jd ler duit malaysia, last kami amikm keputusan naik teksi, teksi dia bukan mcm teksi kita, keta biasa ja, mcm prebet sapu, tp sana bukan prebet sapu, jd jgn dok nego dgn depa, mampuih xlayan...jd dia balun kami 700 baht sebiji kita, kami naik 3org, tong² sorng 200 baht lebih. Dekat sejam juga dari danok nk ke hatyai, kami terus ke Lee Garden yg menjadi pusat bandar kat hatyai, bas alisan pun akan turunkan penumpang dr kL kat sini, dh janji dgn kwn² tunggu kat sana. Teksi antar kami terus ke Lee Garden, tgok muka kwn² dh mcm nk mkan org, sbb dorng pkl 8pg dh sampai situ, kami sampai situ dh pukul 12 lebih waktu malaysia, perbezaan masa malaysia thai sejam, thai lewat sejam. Lepas nie sy akan cite ikut masa siam, sbb dh kat siam...

Seterusnya kami ke stesen bas hatyai utk amik nas ke pekan krabi, berpandukan bacaan blog dan google map stesen bas dekat jer, sekali silap pacak dh jauh dari stesen bas, maka keputusa utk naik tut tut ke stesen bas. Tut tut amik 20 baht sorng. Oleh itu sy cadangkan lepas nie xyah penat² jalan, sepan lee garden tu bersepah tut tut, naik jer tut tut ke stesen bas. 

Sampai stesen bas, jgn terpedaya dgn pakage yg ditawarkan, masuk dlm stesen ada kaunter tiket jual tiket bas, bgtau nl pegi krabi, nt dia bg tiket, 186baht sorng, bas ada ekon danok la, kan backpacker, jd cerita sy lebih follow cara backpackers, dgn moto 'kos rendah,janji sampai'. Perjalanan dari hatyai ke krabi town hampir 6 jam, lemau rasa, memandangkan jiwa mat backpackers masih kental buat selamber jer la, lepas nie tapau mkanan siap², bas berenti kedai minyak isi minyak ada kedai mkan sebelah tp xtahu status halal, logo halal pun xde, jd mkan buah pelam jer la.

Ok sampai pekan krabi bas akan drop tepi jln depan pintu gerbang stesen bas krabi, dr situ amik tut tut jer ke pantai aonang, dorng cas 60 baht sorng, dlm 30min juga kami sampai hotel backpackers kami di aonang, hotel kami jauh  dari pantai, sbb nk murah jauh skit xpe, janji sampai, lepas c/in kami rehat dan mandi pastu semua turun cari makan, tomyam dan nasi paprik mula berlegar dlm pala otak, member bgtau ada pasar malam, kamimke pasar malam dulu, mcm² makanan thai halal dijual, maka nafsu mkan terus melonjak utk try semua mkanan yg nmpk sedap yg pada hakikatnya memang sedap dan  murah, antara yg menarik dan unik ialah pan cake yg ditebar mcm roti canai dan disapu dgn cokelat atau pennut butter dan mcm² perisa lagi. Sedap. Mcm² lagi kami jumpa kira selera malaysia mmg xde mslah.

Selesai pasar malam yg kami sangka night market krabi rupanya night streetwalk market aonang, lebih kurang mcm tu ler dia punya nama. Pastu masing² masih berhajat nk rasa tomyam ori thai w/pun masing² dh mkan mcm² kat pasar mlm td, akhirnya tomyam restoren hasnah jadi cubaan pertama.

Selesai makan semua pakat balik hotel, masing² dh letih dok dlm bas 6 jam, hampir 400km perjalanan ari nie, mlm nie tido awal sbb esok nk pegi island hopping 4 pulau...

Hari ke-2

Bangun awal keluar sarapan kedai berhampiran hotel, halal dan menu spec kampung punya, memang sedap, harga lebih kurang malaysia jer, nasi dgn ayam gereng 50baht, air teh o panas atau ais 17baht...pulut ayam juadah wajip kat sini, merata-rata dan sepanjang masa ada. 8.30pg pick up dtg amik kat hotel antar ke bot di pantai aonang, pantai aonang lebih kurang mcm pantai chenang langkawi bg yg penah kesana...xde sebarang aktivit air spt jetski atau surfing atau diving area pantai aonang, yg menarik dan tarikan utama krabi adalah pulau sekitarnya.

Kami amik pakage island hopping 4 pulau, tup tup island, chiken island poda island dan kote island. Mula dari 9 pagi sampai 3 ptg, rentong abis muka....xde aktiviti sgt kat pulau² tu, selain mandi laut, snorkling dan mandi laut lagi...
Sesi menghitamkan kulit muka dh sampai tahap maksima, jd semua dh xde mood nk jln dan berenang, semua dh letih nak balik tido, naik bot balik pantai terus balik mandi dan tido, ada yg tido ada yg pegi mkan, lepas mandi terus pegi mkan, sbb acra mlm nt ialah round krabi town dan pegi night market utk shoping sobiner., tmpt wajip bila dtg krabi ialah replika ketam besar di krabi town, lepas bergambar terus ke night market krabi...pusing jumpa makanan, nmpk sedap, try, pusing lagi jumpa aiskrim kelapa, try, jumpa pelik² semua try. Last² kenyang mcm tu jer, ok ler, dtg mcm nie kita kena try mkanan² menarik yg kita xjumpa kat m'sia.

Selesai soping sbb duit dh abis, w/pun masih byk brg nk beli, memikirkan duit siam dh xde, balik m'sia pun nk ,kanmaka nafsu dpt dikawal. Redha dan pasrah terus masuk dlm van, van tu kami sewa dgn kadar 120 baht sorng...ok ler 4 jam dia bawa jln². Lepas tu kami balik ke aonang beach utk lokasi akhir

12.45 dari stesen bas krabi sampai di stesen bas hatyai jam 4.56 ptg.terus ke Lee Garden tunggu bas alisan ke KL...

Monday, 18 August 2014

CBL #MERDEKA RAYA


Hutan Lipur Chemerong terletak di Hulu Dungun, Kuala Terengganu. Kemudahan-kemudahan yang ada di sini ialah seperti pejabat, pondok rehat, surau, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, dan denai ke Gunung Berembun. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian, bermalam dan lain-lain, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor - Jerangau dan 100 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Chemerong terletak di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

CBL memang dh top dgn air terjun dan sungai, 1st time pegi bulan feb tahun lepas, mmg teruja sgt dgn kecantikan sungai yg air kehijauan. tapi time tu tak pegi air terjun chemerong, terkilan skit, terus tanam azam nk ripit CBL sbb nk g air terjun chemerong. 
Tahun 2014, bulan 8, 2 minggu lepas raya posa, bertarikh 15 ogos hingga 17 ogos 2014, 3 hari 2 mlm seramai 28 org peserta termasuk crew bertolak ke dungun dari KL dgn bas khas.

Bertolak jam 11mlm dari KL sampai kemaman 5pg, rehat kat kemaman dulu sebelum solat subuh dan b'fast kat kedai mira yg kami dh tempah khas utk b'fast dan pack lunch.

Selesai b'fast amik pack lunch bas terus gerak ke Hutan Lipur Chemerong, sejam lebih sampai hutan lipur, agihan ration dan daftar pendakian, jam 10pg start trecking.

Target hari nie, pegi air terjun chemerong, pastu shoot ke kem balak utk lunch, klau sampai kem balak sebelum pkl 5, terus proceed utk shoot terus ke Lansir, sbb memang dh cita² nk bermalam kat langsir 2 mlm, nak mandi puas², klau bermalam di kem Y, xpuas nk mandi kat jerem lesung tu, jd ot skit pun xde hal, janji enjoyyyyy...

Group enjin 1.8 sampai puncak berembun jam 6ptg, geng enjin 1.5 sampai puncak 7.30mlm, geng kancil 850 kul 8.30mlm sampai puncak, amik gambar jap, terus jalan ke kem lansir, nasib baik xjauh, kul 10mlm sampai kem Lansir, port kat atas sbb kat air terjun lansir ada group ramai, kem site penuh, member depan dh port dekat bawah jeram lesong, best juga dekat dgn tempat tiruk....

Acara malam pertama selain makan nasi lewat mlm, kami bakar kambing golek, acara yg ditunggu-tunggu, tp yg lain dh xbole tunggu, terus tido, kejut pun dh xsedar...hahahaa

Ada ler dlm 7-8org sy setia menanti nk mkan kambing, selesai belasah kambing semua masuk fly pejam mata kumpul stamina nk tiruk esok pagi...

Hari ke-2 bole bangun lewat skit sbb xde nk g mna², ari nie nk tiruk jer keja nyer, bangun jam 8pg dh ada yg duduk dlm air, pagi nie goreng bihun, panggil semua keluar dr air utk sarapan dulu sebelum sambung tiruk, lepas mkan baru semangat skit nk tiruk, tiruk pun cantik jer junam, klau tak asyik tiruk badak jer, bersembur air, mcm badak terjun sungai...keh3

Port kem site kat lansir dh kosong, maka JKKK arahkan pindah tempat, maka angkut semua brg pindah kat air terjun lansir..selesai pindah maka berasap ler dapur utk setup mkan tengahari, menu daging salai masak lemak, sayur kobis, telor dadar. mkan atas batu dgn view mcm tu mmg rapat ler nasi seperiuk...

Lepas makan apa lagi nak buat kalau tak tiruk, eh lupa nk bgtau pasal tiruk, kwn kami tiruk kat jeram lesung, dia bantai tiruk betul² ats batu lesong, koyak kepala, nasib tak teruk, jd hati² nk tiruk, air jernih mcm tu nmpk air mcm dlm jer, batu kat bawah tu nmpk jauh jer, walhal cetek jer, sekali landing terus atas batu...parah.

Ok, sebelah petang makan lagi, yer le xde keja, mkan tido jer, ptg nie buat bihun sup kambing dgn cucur keria dan teh O, perut kenyang tido, sat lagi mangkit nak layan sunset pulak...

Petang acara bebas membawa ke malam, selesai mkan malam, buat majlis ice breaking skit, nk kenal asal usul kwn² sekeliling, habis sesi ice breaking, majlis tembak bunga api pulak sempena bulan kemerdekaan.

Lepas selesai semua masuk fly utk super, makan bubur cha cha pulak....sembang² skit semua balik tido sbb sok pagi jam 8pg dh nk gerak, sbb klau bole nk sampai KL awal sbb selasa dh nk keja.

Saturday, 28 June 2014

TRANS INAS


■ Trans Inas, gabungan 2 puncak gunung yg perlu dilalui iaitu Gunung Titiwangsa (5909kaki) dan Gunung Inas (5664kaki), bermula dari Selama, Perak dan berakhir di Felda Lawin Selatan, Grik. Memerlukan 4 hari 3 malam untuk perjalanan lebih kurang 41.1km.

■ Diterajui oleh guide berpengalaman abg mali selama (019-4637807) banyak membantu dalam mejayakan siri pendakian kali ini.

■ Ikuti rentetan perjalanan kami selama 4hari 3mlm bagi melengkapkan misi Trans Inas....


Day 0 │ 20 jun 2014 │ jumaat
Hentian Duta - Serdang - Selama
Perjalanan bermula dari Hentian Duta pd jam 11.45mlm dgn menaki bas Mara Liner ke Stesen bas Serdang, jam 4pg kami sampai di stesen bas serdang plan asal nk naik bas dari serdang ke selama jam 7.30pg, memandangkan ada kwn dh sampai selama dgn keta jadi minta tolong dia amik kami di serdang, serdang selama dlm 20min dgn kete, sampai selama kami port kat rumah rehat selama sewa umah ada 2 katil,tv, ekon dan bilik air RM90, pakat tong² sorng 10 bole lelap 2-3jam sblum gerak jam 8pg..


Day 1 │ 21 jun 2014 │ sabtu
Selama - Empangan Sg.Seputeh - Kem Samar Gagak (KSG) (jarak : 9.1 KM)
Sarapan pagi dan pack lunch kami minta bapa sedara mizi sediakan dgn kadar RM10 sorng utk b'fast dan pack lunch (nk order call mizi 019-3597897). selesai makan abg mali amik kami bawa ke starting point empangan sg. seputeh. start trecking pun dh 12.15tghari, panas terik, pewai dlm hutan pisang, klau bole kat sini start awal skit, xtahan panas, 2-3jam pertama layan kebun pisang, treck biasa je, menyusur sepanjang kiri sungai hinggalah lintasan titian predator utk rehat dan lunch.

■ Lepas lunch kami teruskan perjalanan, track agak memacak, layan naik turun bukit, redah hutan buluh, sebelah ptgnya kami disambut pokok resam yg subur bak diberi baja subsidi, kerja berat pun bermula, redah resam disulam dgn duri rotan, dahi calar, lengan luka, mata tercucuk batang resam, semua tu adab resam dlm trans inas, jd rajin² ler asah parang bg tajam tebas resam utk kesenangan org blkg.


Day 2 │ 22 jun 2014 │ ahad
Kem Samar Gagak - Kem Gempaq Kijang (jarak : 9.1 KM)
Pagi nie dikabarkan trek mudah, pagi² layan naik bukit skit dlm sejam, pastu dia bg bukit payung layan turun bukit hampir 60-70°, turun dlm ½jam jumpa sungai, maka bermula ler aktiviti menyusur sungai dari pagi sampai ler ke ptg, lembik lutut layan air.

■ Berenti lunch kat ats 1 kawasan batu, rehatkan badan dlm sejam sambung perjalanan sampai jumpa air terjun tinggi, dari situ start masuk treck hutan, pacak naik ats bukit.

■ Kem Samar Gagak ke Kem Gempaq Kijang kena redah hutan adat resam yg agak maufakat kekadang melekat dlm kepekatan adat resam, pendekar berparang perlu dikerahkan kehadapan bagi memusnahkan adat resam utk membuat jln.

■ Klau dh sampai ats permatang lapang dan nmpk puncak titiwangsa dan puncak inas dgn tebing tanah rutuh, kira xjauh dh tu dgn kem gempaq kijang. Kem Gempaq Kijang tepi sungai, bole mandi

■ Sampai Kem Gempaq Kijang jam 7.45mlm, pasang fly terus mandi utk siapkan mkan mlm, menu mlm nie daging goreng kunyit, ikan pekasam goreng dan sayur kobis. jam 11mlm semua tido, esok keja berat.
 Day 3 │ 23 jun 2014 │ isnin
Kem Gempar Kijang - Puncak Titiwangsa - Puncak Inas (jarak : 5.8 KM)
■ Pagi nie pagi yg amat bermakna kerana hari ni kami akan ke puncak gunung ttwangsa dan gunung inas, pagi nie juga kami kena pikul air 3botol 1.5L utk kegunaan sepanjang perjalanan dari kem gempar kijang ke puncak titiwangsa dan bermalam di puncak inas, turun dari puncak ttwangsa ada 1 water point, lopak air, tgok pd nasib, kadang² kering sbb air lopak jer, air pun kuning, jgn terlalu bergantung pd air lopak tu, klau ada just bole top up jer, kerana keesokkn nyer dr puncak inas turun dlm 4jam baru jumpa sungai.
 ■ Trek dari Kem Gempar Kijang ke puncak titiwangsa perlu lebih peka, trek agak kabur disusuli dgn pokok tumbang, tebuk hutan buluh dan redah resam.

■ Jam 1.15ptg kami sampai puncak titiwangsa, lunch tghari siap², jam 2ptg kami gerak ke puncak inas, naik turun 3 bukit yg berlumpur dan becak kesan tapak gajah, sampai kat batu bumbung rehat 5min, klau dh kat batu tu, xjauh dah, dlm 40min sampai ler puncak inas.

■ Jam 6.30ptg kami sampai puncak inas, sgt sejuk, suhu mencatatkan 17°c, nk mandi xde air, cuci kakitangan dgn wipe tissue, salin baju, mlm nie mkan bubur cha cha dulu, sbb awal lagi nk mkan nasi, mlm nie kita mkan ikan talang masak sambal, papadom dan sayur kacang panjang goreng.
■ selesai makan layan sejuk, suhu dh drob kpd 14°c, bincang hal perjalanan esok, 10jam layan trek turun + trek balak + trek utan getah. naik loya dengar, 10jam, klau kena mcm trek resam, mau lunyai dlm utan resam. apa pun dh nk balik, semua kena ler adap...

Day 4 │ 24 jun 2014 │ Selasa
Puncak Inas - Taman Rekreasi Lawin (17.1 KM)
■ Kedinginan puncak inas membawa sampai ke pagi, urat baloq liat makin kembang, malas nk keluar dari sleping beg, bila mengenangkan ari nie kena jln 10 jam, langsung xde mood nk layan ayaq lioq basi lagi, terus lompat keluar dari sleeping beg, sambaq periuk masak nasi dgn buat ayaq teh O sarsi 5 minit panas 5 minit sejuk, sarapan pagi, layan sunrise, kemas brg, tangkap gambar, kedebuk kedabak jam 10pg baru start jln, layan bonzai naik turun bukit, view pun cantik, lepas 2 ank bukit trek start menurun, ati² trek agak curam, ada part yg dh pasang tali utk memudahkan turun, 2 jam curam, 2 jam trek lapang, 4 jam layan turun sampai jumpa sungai, jam dh kul 1.30ptg, lunch dulu.
 

■ 2.30ptg sambung perjalanan, layan trek balak lama yg dh semak samun, kekadang kena redah pokok buluh diselang seli dgn pokok resam, tp ati² kerana byk kawasan tanah runtuh perlu menebing tepi gaung. 4 jam layan trek balak last sekali jumpa sungai, klau dh cross sungai tu dh xjauh ler tu, layan trek balak lagi sampai jumpa kg asli lawin, layan trek kebun getah umur setahun, lapang dan cerah, 3km sampai jln tar felda lawin selatan, belok kiri jln tar nampak taman rekreasi lata lawin, kira tanda azab dh abis, enjoy mandi air sungai lata lawin....kami sampai jam 7.00ptg.


■ mandi puas² sbb kemarin xmandi, selesai mandi tunggu kereta nk balik kola kangsar, bas last ke KL bas Transnasional jam 9.45mlm, dari lata lawin ke kola kangsar 45min, tp jam dh kul 9mlm, mcm xsempat, apa pun cuba dulu, pecut saga BLM 180-200km/j sampai stesen bas kola kangsar tanya bas ke KL semua dh xde, lompat masuk dlm keta g plak stesen KTM kola kangsar, tanya train balik KL, ada jam 1pagi tp tiket abis. kecewa... apa pun kena mkan dulu, lapar, layan mkan kat arena persisir sungai perak.


Day 5 │ 25 jun 2014 │ rabu
Kuala Kangsar - KL Sentral
■ Lepas mkan kami ke stesen KTM semula, sampai stesen KTM turun keta,  tetiba kepala terlanggar tiang, kami semua pngsan, sedar² dah kat KL Sentral jam 7.00pagi...alhamdulillah, dpt gak balik KL....hihihii




Tuesday, 10 June 2014

Backpack Johor │G.Arong │ G.Panti │ G.Lambak

Kali nie kami berhijrah ke johor, mencuba nasib backpack ke negeri paling selatan semenanjung malaysia mencari pengalaman hidup di tempat orang serta menjelajah gunung² di setiap lokasi yg disinggah, ikuti catatan perjalanan kami....

Day 1 : (jumaat 9.45pm) TBS - Mersing
■ Terminal Bersepadu Selatan merupakan terminal bas yg menguruskan bas utk perjalanan arah selatan spt Melaka, N9 & Johor. Bermodalkan RM41.50 tambang bas dari TBS ke Mersing, menaiki bas S&S Internasional, bole ler, xde ler empuk sgt seat nyer, bas biasa ja, seat double semua xde single, sempittt..

■ TBS Terminal Bersepadu Selatan adalah sistem pengurusan pengangkutan awam terbaik setakat ini.
■ S&S Internasional Ekspress adalah salah satu syarikat bas ker Mersing, harga tiket agak mahal berbanding Tranasional...

Day 2 : (Sabtu) Mersing - Telok Gorek - Kota Tinggi - JB 

■ Jeti Mersing terletak lebih kurang 1km dari terminal bas Mersing, jln kaki jer lintas jambatan...

■ Terminal Bas dan Teksi Mersing, sampai jam 3pg, xde kedai area sini, jln kaki dlm 500meter ada kedai mamak, perebet sapu ada, tp harga memang sapu ler, baik tunggu teksi, dlm kul 7pg dtg ler teksi, harga bole nego, kami kena RM40 sehala ke Telok Gorek, 2way dah RM80, dh balik baru tau tambang ke telok gorek sehala RM20 jer, 2way RM40, cari teksi merc wana ijau, pakcik razak...

■ Lepak ler kat stesen bas tu sampai pagi, ada uncle bawa kembara, dia perebet sapu, dia juga cas RM40 sehala ke telok gorek, klau nk ON jer ngan uncle tu, naik kembara, ½jam gak nk ke telok gorek..

■ Teksi kurang tahu sgt starting point nk naik Gn.Arong, bgtau teksi antar kat skolah tanjung resang, jln depan skolah tu terus jer sampai jumpa kedai kecik, lalu blkg kedai tu, atau jumpa owner kedai runcit tu, nama dia eddie, dia bole guide naik arong..

■ Nie ler skolah Tanjung Resang, klau xtahu jln, bole tanya pakcik gad yg jaga skolah tu, org tanjung resang cukup baik ati dan ramah....
■ Kedai kecik tu kedai eddie, anak pompuan dia cukup lincah, bole jumpa eddie klau nk dia guide naik arong, baik ati dan peramah org nyer....

■ Jln blkg kedai eddie menuju ke starting point Arong, ujung jln tu dh jln mini tar, bole klau nk masuk dgn keta sampai starting point, cuma risau keselamatan kereta jer, bole park kat skolah atau masjid

■ Thank You org Tanjung resang yg peramah dan baik hati, pasti kami akan kembali lagi kesini....

■ On trek jumpa pokok tumbang mesti nak rasa duduk, dorng ckp sedap duduk kat btg pokok kat arong... hap hap hap...
■ 2-3 minit sblum sampai puncak arong ada kawasan terbuka bole layan view telok gorek tanjung resang...

■ Sejam sampai puncak arong, ada wakaf kat puncak, bole tido 2-3mlm klau nk, tp kami ada misi lagi yg belum selesai, iaitu dari mersing ke Kota Tinggi untuk naik Gunung Panti...jom

■ Dari telok gorek kami balik ke mersing, dlm perjalanan pakcik teksi belanja kami jln² ke pantai air papan, dia singgah jap pantai air papan racun kami dgn kecantikan pantai air papan, pantai air papan terletak dlm 10min dari telok gorek otway ke mersing...
■ Sampai mersing amik bas ke kota tinggi, bas Mersing Omnibus, tingkap tolak tarik angin masuk, tiket tebuk RM9 sehala Mersing - Kota Tinggi....1 ½ jam lena dlm bas...
■ Sampai kota tinggi nak ke starting point G.Panti xde bas, jarak 12km dari kota tinggi, amik teksi sehala RM20, 2way RM40..
■ Trek Gn.Panti agak kelam kelibut sikit pada awalnya, tp sampai akhirnya xjumpa jln, patah balik layan air terjun kota tinggi la pulak, 3KM menapak dari starting point G.Panti nak ke KOTA TINGGI WATERFALL TIKET RM7.50.....

■ Kota Tinggi Waterfall nie mcm taman tema ler juga, byk kemudahan ada kat dlm, sewa pelampong, bole gelonsor, air terjun dia sgt best, tp awas kat situ byk kes kepala air...klau xde kepala air, bole layan air terjun ats kepala, best sejuk...

■ Jgn takut, nama jer resort, tp xde org tido pun kat situ, yg pegi semuanya nak main air terjun dgn gelonsor...

■ Air terjun dia kuat, bole tanggalkan kelumumur ats kepala, bole cuba tadah kepala bawah air terjun tu, silap² bole gugur uban...

■ Air terjun nie xbole tiruk, nt pecah kepala, byk batu...

■ Not bad ler air terjun kota tinggi nie, berbaloi la bayar RM7.50

■ Nak balik jgn lupa bgtau kat teksi amik kat kota tinggi waterfall, klau tak nk balik dgn apa, bukan nyer ada bas....


Day 3 : (Ahad) Kg.Melayu - Puteri Harbour - Legoland - JPO - Kluang 

Terima kasih naza tumpangkan kami tido kat umah, pagi nie naza offer bawa kami jln² ke Puteri Harbour, Legoland dan JPO, terima kasih sekali lagi utk naza kerana spend masa utk kitorng bawa jln²...best gilerr. siap bawa g mkan kacang pool lagi, sedap.


Puteri Harbour xde mender, g tgok bot mewah org punya, bukan ada yg kita punya pun, tp gi ler juga, alang² dh sampai...


■ Ini tempat susah mau ckp, klau ckp pun semua org dh tahu, tp 1hari nt kena masuk gak, merasa org kata..

■ Ini tempat lagi susah mau ckp, ckp saja duit, ckp jer duit, yer la, tmpt org shoping, yg dtg semua bawa duit, kami jer dtg bawa beg besar, tp xde duit...hihii. sbb misi kami bukan dtg nk shoping, datang tgok jer..keh3

■ Lepas dari JPO kami naik bas balik ke JB Sentral, tambang bas RM2, mcm bas rapid KL tu, pastu dari JB sentral kena amik bas ke Terminal Larkin utk amik bas ke kluang, JB sentral mcm KL sentral ler, utk bas dlm bandar, Terminal bas larkin utk bas ekspress ke luar bandar.

■ Sejam ½ sampai Kluang, member mira amik, nasib baik, save budget, dari kluang dlm 15min nak ke starting point gunung lambak, gunung lambak nie mcm pusat rekreasi, ada water park bagai, trek tar pada awalnya dan masuk trek utan yg terang dan luas, sampai pondok ada sign board selamat datang gunung lambak tu baru mula trek jahat, pacak tak ingat, lebih kurang mcm nuang gunung lambak nie..

■ Puncak Gunung Lambak, ada pencawang, ada 2 puncak, yg lagi 1 dh xsempat nk pegi, sbb dh lewat, jam dh kul 6.30pm, nak balik KL lagi mlm nie, nasib baik Iqbal kawan mira tumpangkan sampai KL, sebelum balik Iqbal bawa g mkan pastu g beli kerepek kat ayer itam dan berjanji akan gilir-gilir bawa keta sehingga janji tinggal janji, Iqbal bawa sorng, kami semua tido, maafkan kami Iqbal....hihihii

■ Terima kasih byk kpd semua yg membantu kami dlm menjayakam misi backpack to Johor yg secara langsung dan tidak langsung, Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Naza yg byk membantu kami dlm menjayakan misi ini, jasa anda tidak kami lupa, hanya allah taala yg mampu membalas jasa anda.. dan juga kepada semua org johor, tima kasih byk, org johor peramah dan baik hati, kami pasti kembali ke johor. Akhir sekali kepada uncle perebet sapu kembara terminal bas mersing, xde niat kami nak kencing uncle, lepas col uncle tetiba kami dpt harga murah dr uncle bagi, kami cabut lari lerr...hihihiii, tp dh nk jumpa uncle kat mersing nk minta maaf, tp kami tgok uncle relax jer, mcm xmarah, jd kami pun buat relax juge lerr, tp uncle org mersing mmg cool....chowwwwwwww

Total kos keseluruhan :

- Tambang bas TBS - Mersing = RM124.50 ÷ 3 pax = RM41.50
- Makan kat kedai mamak = RM13.50 ÷ 3 pax = RM4.50
- Teksi Mersing - Telok Gorek RM80 ÷ 3 pax = RM26.60
- Beli air botol kedai runcit RM6 ÷ 3 pax = RM2
- Makan tengahari di mersing RM21 ÷ 3 pax = RM7
- Tambang bas Mersing - Kota Tinggi RM27 ÷ 3 pax = RM9
- Tambang teksi Kota Tinggi - Panti RM50 ÷ 3 pax =16.60
- Tiket masuk Kota Tinggi W/Fall RM22.50 ÷ 3 pax = RM7.50
- Tambang Bas Kota Tinggi - Terminal Larkin RM14.70 ÷ 3 pax = RM4.90
- Tambang teksi Terminal Larkin - Pasar Karat RM30 ÷ 3 pax = RM10
- Makan mlm di Pasar Karat RM23 ÷ 3 pax = RM7.60
- Minyak keta ke Puteri Harbour, Legoland, JPO RM30 ÷ 3 pax = RM10
- B'fast Kacang pool RM25 ÷ 3 pax = RM8.30
- tambang bas JPO-Jb Sentral RM13.50 ÷ 3 pax = RM4.50
- Tambang bas JB Sentral - Terminal Larkin RM6 ÷ 3 pax = RM2
- Tambang bas Terminal Larkin - Kluang RM32.40 ÷ 3 pax = RM10.80
- Makan tengahari di Terminal Larkin RM23.50 ÷ 3 pax = RM7.80
- Minyak tol keta Kluang- KL RM60 ÷ 3 pax = RM20

JUMLAH BESAR : RM602.60 ÷ 3 pax = RM200.80


Wednesday, 19 March 2014

Eksplorasi Khazanah Utara │ Gunung Fakir Terbang 1883ft

GUNUNG FAKIR TERBANG
1883ft
14-16 MAC 2014
20 PAX

Gunung Fakir Terbang, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Gunung Fakir Terbang mempunyai ketinggian 1,883 kaki dari paras laut bersamaan 574 meter. Terletak berhampiran Tasik Pedu memberikan panorama menarik tasik pedu ketika di puncak, Puncak yang terletak diatas sempadan negara Malaysia/Thailand dan berada berhampiran daerah Saba Yoi, Songkhla.

14 Mac 2014

Perjalanan bermula dari hentian duta menaiki bas mara liner ke kuala nerang, 6 jam perjalanan merentasi highway plus utara selatan bermula jam11mlm dan tiba di kuala nerang jam 5pagi.
Gambaran awal pekan kuala nerang spt pekan koboi agak meleset, pekan kecil dilengkapi segala bentuk kemudahan menjadikan pekan kola nerang adalah pekan yg cukup lengkap.

100 meter dr stesen bas, Masjid Mu'adzam Shah menjadi lokasi persinggah kami sementara menunggu utk solat subuh sambil melakukan regangan urat setelah 6 jam dlm bas. selesai solat subuh kami mula kemas beg dan isi ration makanan ke dlm bag. bersebelahan masjid terdapat kedai kopi kecil yg hanya memautkan 2 meja di dalam dan 3 meja bulat diluar, agak terhad, almaklum ler kedai kampung, tp yg menariknya, nasi lemak yg dihidangkan diatas meja membuatkan org KL, org GANU, org KLATE, org JOHOR, org N9 dll dh mula lopong, dgn harga RM1.50 sebungkus lauk ayam dan daging, manakala lauk BT=bilis telor hanya RM1 sebungkus, Sebungkus nasi sudah kenyang dan cukup sedap, yg uniknya nasi lemaknya berwarna kuning, hanya nasi lemak utara shj berwarna kuning dan masih mengekalkan menu org dulu²....




Selesai sarapan pagi siap tapau nasi lemak ayam utk lunch kami kembali semula ke masjid utk gerak ker tasik padu yg mana manjadi starting point pendakian Gunung Fakir Terbang. Perjalanan dari Kuala Nerang ke Tasik Pedu dengan van memakan masa hampir 45min hingga 1 jam perjalanan, jln raya yg cantik bertar serta berbukit menjadikan debaran makin kencang setelah dihidangkan dgn panorama kebiruan tasik pedu berlatar belakangkan banjaran gunung fakir terbang membuatkan hati berdetik, klau dilihatkan akan bentuk gunung fakir terbang yg tegak mcm tu, cornfirm pacak kaw² punya trek nie ditambah pula dengan panas terik matahari yg membakar mental yg bakal hangus.




Setibanya di pintu pagar yg tertera signboard MUTIARA RESORT TASIK PEDU dikawal oleh pengawal menjdikan disinilah permulaan sesi pendakian, selesai sesi regangan, bacaan doa dan taklimat dari guide, maka tepat jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan, fasa pertama kami melalui laluan bertar melintasi bangunan resort usang, dari pengamatan kami, laluan seterusnya adalah laluan trek padang golf, kekadang landai, kekadang berbukit dan terdapat papan tanda "HOLE 5" yg membuktikan kawasan yg kami lalui suatu ketika dulu adalah padang golf, tp skrg sudah jd padang jarak padang tekukur, sayang seribu kali sayang. hampir 40min berjalan akhirnya kami tiba di lubang terakhir "HOLE : 16", guide minta rehat sebentar setelah kelihatan hampir rentung layan trek padang golf.

Cabaran bermula, pokok kering yg separuh terbakar mula diredah, mencari pedoman laluan bagi mengesan dimanakah patut bermula, dengan panas terik mentari disulami dengan pandakian yang mencanak, pengunaan air minum cukup byk, dgn hanya berbekalkan 2 botol air 1.5liter utk kegunaan sepanjang perjalanan, maka langkah catuan perlu dilakukan. sepanjang pendakian naik dan turun tiada sumber air, malahan pula dimusim kemarau, semuanya bergantung kpd air yg dipikul dari bawah.



1 jam mendaki akhirnya kami tiba di ats permatang, kami dibenarkan rehat melepaskan lelah, jam pertama memang agak mengah sbb belum dpt angin, tp trek ni sentiasa mengah sbb byk pacak dari landai, ingat ker ats permatang boleh layan jln landai sejam dua, 5min landai terus dia bagi pacak, trek kali ni perlu guna tali utk naik ketas, pacak hampir 90darjah, faktor keselamatan perlu ditingkatkan, kecuain mengundang padah, langkah perlu berhati-hati, berbekalkan tali dan kelengkapan yg dibawa byk membantu dlm sesi pendakian kali ini.



Bagi memastikan semuanya selamat sampai keatas, peserta perlu bergilir-gilir utk naik keatas kerana struktur trek yg berbatu, org bawah perlu hati² kerana batu mudah jatuh dgn kecerunan spt itu. 4 fasa laluan yg perlu menguakan tali utk sampai ke puncak, ini adalah di fasa kedua,



Fasa ketiga perlu melalui batu-batu besar yg curam memerlukan kekuatan tangan dan kaki utk naik keats hanya dengan bantuan tali, kawasan ini agak bahaya, faktor keselamatan harus ditekankan, pengunaan tali keselamatan dipasang bagi memastikan semua peserta selamat naik keatas, pergerakkan agak lambat kerana peserta perlu lepas sorang demi sorng. Langit kelihatan mendung, hujan sudah mula kelihatan, bersyukur kerana sudah 3 bulan negeri kedah tidak ditimpa hujan, hujan turun dgn lebat, satu rahmat yg tuhan berikan setelah kemarau panjang, bagi kami pula cabaran semakin sukar, dgn keadaan hujan yg lebat itu, tanah menjadi semakin lincin, kesejukan dan kelaparan kerana jam sudah menunjukkan jam 2ptg, selesai pendakian fasa  ke-3 kami berehat utk makan, nasib baik hujan semakin renyai dan terus berhenti utk memberi peluang utk kami lunch.

Selesai rehat kami meneruskan perjalanan bagi memasuki fasa ke-4 yg lebih mencabar,  mendaki tebing batu besar dgn bantuan tali membuatkan segala imaginasi tentang fakir terbang yg hanya berketinggian 500meter lebih semuanya meleset, langsung tidak menyangka yg fakir terbang cukup teknikal utk mendakinya, pengetahuan pengunaan bantuan tali amat diperlukan, fasa ke-4 kami perlu mendaki hampir 60 meter dgn mengunakan tali, agak sukar utk menampung berat badan dgn bag utk memanjat setinggi itu hanya dgn mengunakan tangan, nasib baik ada juma (ascender) membantu utk kami memanjat keatas dgn mudah.