4 SUMMIT ATTACK │ 1 MEI - 10 MEI 2015 │ 16 PARTICIPANT │ 4 SUMMIT
GUNUNG NAMBUYUKON
5550FT
1 MEI 2015
8 PAX
Gunung Nambuyukon dengan ketinggian 5550 kaki dari paras laut terletak di daerah kota marudu merupakan salah satu kawasan pentadbiran taman-taman sabah atau Sabah Park. dari pekan kota marudu lebih kurang 13km melalui j ln baru ke ranau. kampung serinsim merupakan pintu masuk ke jalur pendakian gunung nambuyukon, sub station serinsim merupakan lokasi pejabat pentadbiran kakitangan sabah park yg bertanggungjawap menguruskan kawasan sekitar sub station serinsim. selain gunung nambuyukon, terdapat juga makan si gunting, batu lebah, gua kelawar, air terjun misumpak, makam org tinggi dan ladang rusa serinsim. Di kawasan sub station serinsim juga menjadi lokasi penduduk setempat berkelah dihujung minggu untuk mandi sungai yg terdapat disitu.
Jalur pendakian gunung nambuyukong sejauh 6.4km dan terdapat pondok disetiap kilometer perjalanan, kemudahan kpd pendaki utk melepaskan lelah, Puncak hanya di tanda dengan papan tanda yang tertulis si-gunting peak dan nomboyokong peak hanya mampu memuatkan 10-15org dlm satu masa.
- story in progress-
GUNUNG TRUSMADI
8668FT
6-7 MEI 2015
10 PAX
Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter (8,669 kaki).
Gunung Trusmadi mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceousatau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan, contohnya Nepenthes macrophylla.
Dari kundasang kami bertolak ke tambunan memakan masa sejam lebih dgn jarak hampir 70km, pekan tambunan sebuah pekan kecil yg lengkap dgn kedai makan, kedai runcit, mini market, bank dan lain².Setibanya di tambunan kami terus ke pejabat wakil yang dilantik oleh Jabatan Perhutanan Sabah utk menguruskan pendaki ke trusmadi,disini jugalah kami start menaiki 4x4 ke starting point trusmadi. memandangkan makan mula disediakan bermula dgn mkan malam, maka kami mengambil keputusan utk makan siap² di pekan tambunan sambil beli makanan ringan dikedai runcit berhampiran.
Dari pekan tambunan kami menaiki 4x4 menuju ke pintu masuk hutan simpan trusmadi utk lapor diri kepada renjer bertugas. Jalan pada awalnya bertar, kemudian masuk offroad, 2 kali lintas sungai, boleh tahan juga jalan dia.
Selesai membuat pendaftaran kami bergambar dipintu masuk hutan simpan trusmadi sebelum meneruskan perjalanan dgn 4x4 ke starting point.
Setelah hampir 1½ - 2 jam perjalanan dgn 4x4, Inilah starting point pendakian gunung trusmadi, selepas ini maka bermulalah pendakian diatas platform sejauh 2.9km untuk sampai ke rest house.
Perjalanan dari starting point ke rest house sejauh 2.9km memakan masa 1½ - 2 jam utk sampai di rest house yg merupakan lokasi penginapan pendaki trusmadi.
ini kisah dr rest house nak ke puncak trusmadi pd hari ke-2, jam 2 pagi start mendaki, 200meter board walk, pastu track tanah sudah...layan picture dan tengok gelagat nk start trecking 2pagi...hihiii
-story in progress-
layan view puncak trusmadi dulu....
gambar atas - gunung kinabalu dari puncak trusmadi
GUNUNG KINABALU
13455FT
8-9 MEI 2015
11 PAX
Salam bro..boleh bagi contact no or fb tak..nak tnya pasal proses nk hike ke trusmadi..tq..0107974804
ReplyDelete