1 - 3 APRIL 2011
GUNUNG LIANG EAST/WEAST,TANJUNG MALIM
6342ft EAST
6343ft WEAST
26 ORANG
Kelas trek : B
2 April 2011/ 4.00pagi - Saya bertolak ke Tanjung Malim bagi mengikuti program mendaki Gunung Liang Timur (West) & Gunung Liang Barat (East) bersama student UTM Skudai, Johor seramai 20org. Kg Sungai Dara adalah pintu masuk utk ekses ke starting point. Boleh mengunakan kenderaan spt motor, kereta, van, 4wd dan lori 3tan, bas tidak boleh melalui jalan tersebut kerana sempit dan tiada tempat untuk pusing. Jalan Kampung yg di ketegorikan sbg mini tar yg agak kurang elok membataskan kelajuan kenderaan anda, kalau 4wd boleh pecut, tapi awas takut terlanggar org kampung sedang kutip durian seawal 4pagi kerana kita melalui kebun durian.
Trip Gunung Liang biasanya dilakukan 2 hari 1 malam, bertolak jumaat malam dan kebiasaannya para pendaki akan bermalam di kawasan lapang berhampiran sungai dan juga kawasan empangan. Kem site yg berhampiran dgn sungai membuatkan tempat tersebut amat selesa dari kemudahan mencuci pinggan dan mandi.
Perjalanan awal sememangnya amat bersantai wong, menyelinap masuk ikut bawah pagar empangan adalah cabaran awal, hati² dgn beg atau baju semasa hendak menyelinap masuk kerana pagar empangan tersebut ada pagar duri, memanjat tembok empangan setinggi 1meter yg berpalang besi dgn beg masih dibelakang adalah pekara mudah kerana masih dipermulaan perjalanan. tenaga masih kuat..hehehee
|
kem site pertama pada jumaat malam |
|
kuliah pagi bersama ustazah mira |
|
starting point utk ke empangan |
|
pintu masuk empangan |
Setelah melepasi empangan perjalanan yg amat santai dengan trek yg
begitu cantik sesekali panjat balak tumbang adalah pekara biasa di dalam
hutan. chek point pertama bila jumpa anak sungai yg terdpt balak
tumbang yg menghiasi kawasan sungai itu membuatkan kawasan tersebut amat
sesuai jika menjadi lokasi 'take 5' pertama kami...... Selepas 'take 5' + 'take 5' kami meneruskan perjalanan menuju kem Lubuk Hantu untuk makan tengahari.
|
melintasi empangan |
|
chek point pertama take 5 |
|
start trecking semula |
|
take 5 ke-2 dekat balak besar |
Tiba di Lubuk Hantu utk lunch melihatkan akan keindahan air
terjun membuatkan perut hilang lapar, badan hilang penat, badan
meronta-ronta meminta utk disejukan, maka makan dilupakan, tiruk
didahulukan. Setelah puas tiruk dan berendam perut mula rasa lapar,
masak, makan dan rehat. Sejam berlalu, maka masa dah time utk
start trecking semula dgn hidangan yg lebih enak dari tiruk dlm sungai
atau makan nasi lauk telor dadar dgn sardin. Perjalanan kali ini amat
mencabar kepala lutut dan perut yg bergelogak kekenyangan membuatkan
sesetengahnya dah mula pewai dan menguap....hehhehe.
Lepas pacak, pacak lagi, lepas pacak jumpa panggok, lepas panggok, panggok lagi, suara² sumbang mula kedengaran, 'tok se doh panjat gunong' ...lagu² jiwa mula berdendang "takkan ku ulangi...walau sampai akhir ini...cukup derita sampai disiniiii...."
|
lunch kat lubuk antu |
|
lunch ramai² kat lubuk antu |
|
lepas lunch terus pa alip chak=PACAK |
|
lintas balak tumbang |
|
yang penting kerjasama |
Setelah hampir 8jam berjalan, ahkirnya kami sampai di Kem Site 7e, mana
datang nama 7e pun saya tak tahu, tak sempat nak tanya, daripada
penghayatan saya, langsung tak ada rupa 7e pun. Kem Site yg berada
diatas permatang dan kawasan laluan angin membuatkan suhu amat sejuk
bila melewati petang ke malam. windbreaker amat diperlukan ketika ini. Water point berada dibawah yg memerlukan anda turun lebih kurang 2minit kebawah. Water point tidak
ler besar hanya sekadar alur air yg kecik serta lopak air seluas
sekangkang org dewasa, boleh la kalau sekadar nak bersihkan badan, nak
tiruk tak digalakkan, takut kepala terbenam dalam batu...
|
Kem 7e....atas permatang, sejuk gile... |
|
pagi di kem 7e |
|
adik² UTM skudai |
|
bangun pagi, gosok gigi, minum kopi terus lariiii |
Acara malam telah selesai, maka pagi ahad yang dingin seawal 6pagi
telah bangun untuk persiapan sarapan pagi kerana seawal jam 8pagi akan
mula start trecking ke puncak. Paling penting time nie, beg kecil "day pack" saiz amat diperlukan utk membawa air dan makanan. Budget 8pagi jadi pukul 9pagi baru start
trecking, trek mcm biasa la bila nak ke puncak, nama pun nak ke puncak,
kalau tak pacak bukan puncak la namanya, layan jer la pacakkkk....2jam
pacak, maka sampai la dimana beirut terpacak megah di puncak Liang Barat
yg berketinggian 6342kaki dari aras laut, lebih kurang 10minit terpacak
kemas beirut puncak Liang Timur dicelah pokok² yg berada diketinggian
6343kaki lebih sekaki dari puncak Liang Barat. Acara wajib bila dipuncak
dilakukan dengan jayanya, beratus gambar diambil sbg kenangan,tepat jam
12.20pagi semua bertolak turun ke Kem Site 7e utk berkemas barang untuk
pulang ke Lubuk Hantu untuk makan tengahari. Tiba di Lubuk Hantu dah
jam 4.30petang, dah jadi makan petang. Nak masak nak makan nak mandi jam
dah pukul 6.30ptg, 7.00ptg bertolak keluar, jam 9mlm baru sampai di
empangan dan kem site pertama, mandi kemas barang.
|
pacak sepacaknya |
|
puncak liang barat |
|
beirut yg perlu di konserve semula |
|
bersama adik² di puncak liang timur |
|
Puncak Liang Timur yg di litupi dgn pokok |
|
inilah antara peserta yang berjaya |
|
bergambar di beirut liang timur |
|
AJK bertugas...hahaha |
|
Kg Sungai Dara pintu masuk utama ke Gunung Liang |
|
Durian Kg Sungai Dara, memang terbaekk!!
Semua student UTM
jalan kaki keluar ke pintu masuk kampung Sg Dara kerana bas tak boleh
masuk ke dalam kerana jalan sempit. Kami yg berkereta mengangkut beg
mereka keluar ke bas. jam 10mlm kami bertolak balik KL. Trip yg begitu
singkat tapi amat best membuatkan kami pulang dengan penuh kepuasan.
Terima Kasih Alen, Yoyo, Mira, Dr Ninie dan Uda serta semua pelajar UTM
skudai, JOHOR.
Log Perjalanan :
1 April 2011
4am - Bertolak dari KL ke Tanjung Malim
5.30am - Tiba di Kg Sg Dara, Tanjung Malim
6am - Bermalam di Kem site Empangan
2 April 2011
8.50am - Start trecking melintasi empangan
10am - Tiba di Lubuk pertama
11.40am - Tiba di Lubuk Hantu
12am - Lunch di Lubuk Hantu
1.20pm - Bertolak / start trecking
4.20pm - Tiba di Kem 7e / Bermalam
3 April 2011
9am - Bertolak dari Kem 7e ke puncak
11am - Sampai di Puncak Liang Barat
11.20- Ke Puncak Liang Timur.
12.15am - Bertolak turun ke Kem 7e
1.30pm - Tiba di Kem 7e / berkemas
2.30pm - Bertolak turun ke Lubuk Hantu
4.10pm - Tiba di Lubuk Hantu / Makan
7pm - Bertolak keluar ke Empangan / Starting point
9pm - Tiba di empangan / mandi / kemas barang
10pm - Bertolak balik KL
|
No comments:
Post a Comment