Friday, 15 July 2011

KGS & iNIKE 30 KE BUKIT SAGA


KGS & iNIKE GROUP 30 KE BUKIT SAGA
2 JULAI 2011
Sawa Batek, Syuq Damento, Sufri Jr Jr, Ayu Haddayu
Ahmad Fikry, AkecheTacho, SEm’Z Jue-On,
Angel Rider, Shaba, Sue Along, Noor Azura
Kelas : C

Setelah seminggu bekerja, bertungkus lumus menjalankan tugas seharian di pejabat, menghabiskan rutin harian di rumah, sekali sekala aktiviti beriadah dijalankan juga bagi menghilangkan rasa bosan dan juga mengisi masa lapang disamping menjadikan pendakian sebagai salah satu aktiviti fizikal yang menyihatkan badan. Bagi aktiviti cuti mingguan, Kembara Geng Seven (KGS) selalunya menjadikan Bukit Broga dan Bukit Tabur sebagai tempat aktiviti tersebut selain memberi peluang kepada rakan² yang tidak dapat menyertai mana² trip gunung untuk melepaskan gian mendaki di situ. Namun dalam masa yang sama, KGS turut mencari tempat² lain untuk merasai trek dan pemandangan yang berbeza dari tempat kebiasaan mendaki.

Matlamat itu tercapai akhirnya apabila kami dapat menyertai group iNIKE 30 untuk mendaki Bukit Saga, Taman Saga, Ampang. Maka pertemuan dengan rakan² diadakan di kedai mamak sebelah Ampang Point jam 8.00pagi. Disitu kami berkenalan dengan Ahmad Fikry, AkecheTacho, SEm’Z Jue-On, Angel Rider, Shaba, Sue Along, Noor Azura melalui Ayu Haddayu salah sorang ahli
facebook KGS. Sebenarnya pagi itu, mereka nak jadikan Bukit Saga sebagai tempat latihan sebelum mendaki Gunung Yong Belar. Adooo…tiba2 fikiran melayang sebentar terkenangkan V2 Transtitiwangsa tahun lepas. Puncak Yong Belar merupakan puncak pertama yang ditawan sebelum ke 3 lagi puncak iaitu Korbu, Gayong dan Yong Yap. Tapi rakan² baru kami seperti Ahmad Fikry, AkecheTacho, SEm’Z Jue-On dah sampai Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia rupanya. Wow.. syabas kami ucapkan. Boleh kongsi² cerita menarik nanti.

Jam sudah pukul 8.30pagi, “Mamak !! Kira…!! Selesai membayar, kami pun bergerak meninggalkan mamak dengan tebaran roti canainya. Hehehe.. Perjalanan untuk sampai di Taman Saga mengambil masa 30 minit. Selesai parking kereta, kami bersiap² dengan membawa bekalan masing². Menurut kata Ayu, dipenghujung pendakian terdapat satu air terjun mini. Fuyooo. jadi kami
semua akan lepak bersantai di sana lah nanti. Jam 9pagi, jurupandu kami, Ahmad Fikry memulakan selangkah demi selangkah mendaki perlahan sementara menanti rakan² dibelakang. Alamak !!! Awal² lagi dah bagi pacak. Ini boleh bagi nama Bukit Good Morning ni. Haha.. Sepanjang pendakian, kami berselisih dengan beberapa auntie dan uncle berbangsa Cina lalu terus disapa, “Hello, good morning”.  Perghhh… jika dilihat fizikal mereka, anggaran usia menjangkau 50-60 tahun, namun kudrat mendaki bukit masih kuat tatkala usia semakin senja.
Sejam kemudian, kami pun sampai di puncak Bukit Saga. Terperanjat seketika… Ada kanopi.. Ada hammock.. Ada air minuman untuk pendaki.. Lapang.. Bersih.. Rupa²nya, ada komuniti sukarela yang membuat semua ini. Penat mendaki pun hilang bila dapat merebahkan badan sebentar di bangsal yang disediakan. Angin pagi menghembus dingin meresap ke dalam badan.
Mata pun dah layu. “Haaa…jom jalan semua”, tiba² Fikry bersuara. Selesai meneguk air Ribena, kami pun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Ingatkan gunung2² level hardcore saja yang ada puncak tipu, rupa²nya kat bukit ini pun ada juga. Dari puncak sebenar ke puncak tipu mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui jalan landai.. bagi sesetengah pendaki suka landai, ada juga yang boring. Hehe.. terpulanglah masing² punya minat, janji sampai dengan selamat.. Yedak.. 
 
Perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke air terjun mini. Dari jalan landai, kami menuruni bukit pula. Tadi berselisih dengan auntie dan uncle, kini terserempak pula dengan pendaki berbangsa asing dalam erti kata ‘Mat Saleh’. Hebat juga Bukit Saga, pendaki asing pun ada. Tepat jam 11.30pagi, kami pun
sampai di air terjun mini. Suasana meriah kedengaran dari jauh. Kelihatan beberapa orang kaum Cina sedang bertungkus lumus menyediakan juadah masakan makan tengahai mereka. Wahh.. picnic !! Kami berkenalan dengan uncle Johnny. Seorang yang peramah. Usia sekitar 60an. Jika mereka masak, kami pun nak masak juga tapi sekadar teh o sedap bersama maggie aje. Hehehe.. itu yang dibawa. Lagipun trip santai MLM ( makan lepak minum ).
 
Tak sangka baru saja balik dari Kem Baha, layan air terjun Stong, hari ini dah melayan air terjun mini Bukit Saga pulak. Terbaik. Hampir 2 jam kami beriadah di situ. Matahari semakin meninggi. Sesekali dilindungi awan mendung yang
berarak menutupi ruang angkasa Bukit Saga. Harap² janganlah hujan. Pada jam 1.30ptg, kami bergerak meninggalkan air terjun dan uncle Johnny and the geng. Jalan.. Jalan.. dan terus berjalan. Sejam kemudian kami sampai kembali di puncak Bukit Saga, take five kemudian terus menuruni ke bawah selama 30 minit. Alhamdulillah sampai saja di bawah, kami lepak sebentar di gerai pondok menjual buah tembikai segar. Apa lagi, makan tembikai lah. Aaaahhh…nyaman anak tekak. Secara keseluruhan perjalanan naik dan turun lebih kurang 4 jam lebih. Masa tersebut adalah masa berjalan secara santai. Jika berlari di laluan landai, mungkin lebih cepat, namun kalau laju² sangat nak kemana kan. Tiada apa yang nak dikejar. Takkan lari gunung dikejar.

Destinasi kami seterusnya ialah Det Station, pekena char koew tiaw. Nyam2.. sedap juga. Dari pengamatan anak telinga, cara percakapan staf2 Det Station ni dari Utara. Apa lagi.. “Bang, ayaq teh o ais satu !!! “ Tengah asyik makan, datang sorang lagi geng iNIKE 30, A-Beng. Salam perkenalan. Maka persidangan meja
Perut sudah kenyang, duit sudah bayar. Lokasi seterusnya ke Karat Adventure. Karat Adv menjual barang² outdoor dan terdapat juga brandnya sendiri. Alangkah hampa sedikit kunjungan kami bila mendapati Uncle Karat, Abg Rashid tiada. 
Kalau tidak boleh lah bersembang berkongsi pengalamannya yang lalu. Belek punya belek, try punya try… 4 orang akhirnya membeli baju lengan panjang Millet dengan harga RM45 sehelai. Boleh pakai untuk trip² akan datang. Dari matahari terbit kami semua berjumpa, dan kini ia beransur melabuhkan tirai senja. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pendakian hari ni. Seronok dapat berkenalan dengan rakan² baru. InsyaAllah akan berjumpa lagi di trip akan datang atau search page Facebook masing².
 
 

No comments:

Post a Comment