GUNUNG TAHAN
Original Route
Kuala Tahan - Puncak Tahan - Kuala Tahan
21 Jan - 27 Jan 2012
7186ft
kelas trek : A+
Pak Sheikh - Alen - Sufri - Adam - Hussein - Pak Ndak - Sofi - Dik Mie - Shimi
Pah - Farah - Rinda
Ramai org takut nak mencuba laluan kuala tahan-puncak tahan-kuala tahan, pelbagai faktor yg menjadi penghalang utk para pendaki utk mencuba dari struktur muka buminya dan juga jarak masa utk sampai ke Puncak Gunung Tahan. Berbekalkan pengalaman lepas dan juga kekuatan semangat ingin mencuba, maka terjebaklah 12 orang peserta menyahut cabaran diri masing² untuk mencuba trek laluan asal ke puncak Gunung Tahan.
Memandangkan trip ini memakan masa 7 hari trecking pergi dan balik maka pemilihan tarikh yg terdapat cuti umum adalah yg terbaik bagi mengurangkan pengambilan cuti rehat, maka time raya cina menjadi pilihan kami, trip yg dirancang pada bulan Mei 2010 telah siap dgn tempahan trip dgn Jabatan Perhilitan Taman Negara Kuala Tahan bagi mengesahkan tempat memandangkan tarikh tersebut terdapat cuti raya cina tentu ramai group akan mendaki pada musim cuti perayaan tersebut. Persiapan awal sudah tentu menjamin kelancaran trip, namun masalah yg tak dijangka pulak timbul, masalah tiket keretapi dari KL ke Jerantut, tiket keretapi hanya dijual sebulan sebelum tarikh bertolak, tiba hari yg dinantikan jam 9 pagi terus ke kaunter KTM utk beli tiket, petugas kaunter memaklumkan yg tiket telah habis dijual. cantikk... cantikk...
Setelah berusaha pelbagai cara akhirnya atas bantuan seorang rakan kami berjaya mendapat tiket pergi dan balik. Alhamdulillah.
Bertolak dgn keretapi dari KL Sentral ke Jerantut Pahang memakan masa hampir 7jam perjalanan, jam 3pagi kami sampai di Jerantut, ada sebuah kedai makan yg masih buka berhampiran stesen dlm jarak 200m. berehat sebentar utk minum teh tarik sebelum gerak ker stesen bas jerantut dlm jarak 100m dari kedai tersebut utk ambil bas ke Taman Negara Kuala Tahan. Paling awal bas 5.30pagi, bas syarikat Pengangkutan Latif Othman Sdn Bhd yg mengenakan tambang RM7 seorang. Bas koboi tanpa aircond sudah cukup serasi dgn setiap pengunjung taman negara yg lebih sukakan udara semulajadi. Memerlukan hampir 2 jam perjalanan utk sampai di taman negara kuala tahan.
Ramai org takut nak mencuba laluan kuala tahan-puncak tahan-kuala tahan, pelbagai faktor yg menjadi penghalang utk para pendaki utk mencuba dari struktur muka buminya dan juga jarak masa utk sampai ke Puncak Gunung Tahan. Berbekalkan pengalaman lepas dan juga kekuatan semangat ingin mencuba, maka terjebaklah 12 orang peserta menyahut cabaran diri masing² untuk mencuba trek laluan asal ke puncak Gunung Tahan.
Memandangkan trip ini memakan masa 7 hari trecking pergi dan balik maka pemilihan tarikh yg terdapat cuti umum adalah yg terbaik bagi mengurangkan pengambilan cuti rehat, maka time raya cina menjadi pilihan kami, trip yg dirancang pada bulan Mei 2010 telah siap dgn tempahan trip dgn Jabatan Perhilitan Taman Negara Kuala Tahan bagi mengesahkan tempat memandangkan tarikh tersebut terdapat cuti raya cina tentu ramai group akan mendaki pada musim cuti perayaan tersebut. Persiapan awal sudah tentu menjamin kelancaran trip, namun masalah yg tak dijangka pulak timbul, masalah tiket keretapi dari KL ke Jerantut, tiket keretapi hanya dijual sebulan sebelum tarikh bertolak, tiba hari yg dinantikan jam 9 pagi terus ke kaunter KTM utk beli tiket, petugas kaunter memaklumkan yg tiket telah habis dijual. cantikk... cantikk...
Setelah berusaha pelbagai cara akhirnya atas bantuan seorang rakan kami berjaya mendapat tiket pergi dan balik. Alhamdulillah.
bersambung......
No comments:
Post a Comment