GUNUNG FAKIR TERBANG
1883ft
14-16 MAC 2014
20 PAX
Gunung Fakir Terbang, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Gunung Fakir Terbang mempunyai ketinggian 1,883 kaki dari paras laut bersamaan 574 meter. Terletak berhampiran Tasik Pedu memberikan panorama menarik tasik pedu ketika di puncak, Puncak yang terletak diatas sempadan negara Malaysia/Thailand dan berada berhampiran daerah Saba Yoi, Songkhla.
14 Mac 2014
Perjalanan bermula dari hentian duta menaiki bas mara liner ke kuala nerang, 6 jam perjalanan merentasi highway plus utara selatan bermula jam11mlm dan tiba di kuala nerang jam 5pagi.
Gambaran awal pekan kuala nerang spt pekan koboi agak meleset, pekan kecil dilengkapi segala bentuk kemudahan menjadikan pekan kola nerang adalah pekan yg cukup lengkap.
100 meter dr stesen bas, Masjid Mu'adzam Shah menjadi lokasi persinggah kami sementara menunggu utk solat subuh sambil melakukan regangan urat setelah 6 jam dlm bas. selesai solat subuh kami mula kemas beg dan isi ration makanan ke dlm bag. bersebelahan masjid terdapat kedai kopi kecil yg hanya memautkan 2 meja di dalam dan 3 meja bulat diluar, agak terhad, almaklum ler kedai kampung, tp yg menariknya, nasi lemak yg dihidangkan diatas meja membuatkan org KL, org GANU, org KLATE, org JOHOR, org N9 dll dh mula lopong, dgn harga RM1.50 sebungkus lauk ayam dan daging, manakala lauk BT=bilis telor hanya RM1 sebungkus, Sebungkus nasi sudah kenyang dan cukup sedap, yg uniknya nasi lemaknya berwarna kuning, hanya nasi lemak utara shj berwarna kuning dan masih mengekalkan menu org dulu²....
Selesai sarapan pagi siap tapau nasi lemak ayam utk lunch kami kembali semula ke masjid utk gerak ker tasik padu yg mana manjadi starting point pendakian Gunung Fakir Terbang. Perjalanan dari Kuala Nerang ke Tasik Pedu dengan van memakan masa hampir 45min hingga 1 jam perjalanan, jln raya yg cantik bertar serta berbukit menjadikan debaran makin kencang setelah dihidangkan dgn panorama kebiruan tasik pedu berlatar belakangkan banjaran gunung fakir terbang membuatkan hati berdetik, klau dilihatkan akan bentuk gunung fakir terbang yg tegak mcm tu, cornfirm pacak kaw² punya trek nie ditambah pula dengan panas terik matahari yg membakar mental yg bakal hangus.
Setibanya di pintu pagar yg tertera signboard MUTIARA RESORT TASIK PEDU dikawal oleh pengawal menjdikan disinilah permulaan sesi pendakian, selesai sesi regangan, bacaan doa dan taklimat dari guide, maka tepat jam 10.30 pagi kami memulakan perjalanan, fasa pertama kami melalui laluan bertar melintasi bangunan resort usang, dari pengamatan kami, laluan seterusnya adalah laluan trek padang golf, kekadang landai, kekadang berbukit dan terdapat papan tanda "HOLE 5" yg membuktikan kawasan yg kami lalui suatu ketika dulu adalah padang golf, tp skrg sudah jd padang jarak padang tekukur, sayang seribu kali sayang. hampir 40min berjalan akhirnya kami tiba di lubang terakhir "HOLE : 16", guide minta rehat sebentar setelah kelihatan hampir rentung layan trek padang golf.
Cabaran bermula, pokok kering yg separuh terbakar mula diredah, mencari pedoman laluan bagi mengesan dimanakah patut bermula, dengan panas terik mentari disulami dengan pandakian yang mencanak, pengunaan air minum cukup byk, dgn hanya berbekalkan 2 botol air 1.5liter utk kegunaan sepanjang perjalanan, maka langkah catuan perlu dilakukan. sepanjang pendakian naik dan turun tiada sumber air, malahan pula dimusim kemarau, semuanya bergantung kpd air yg dipikul dari bawah.
1 jam mendaki akhirnya kami tiba di ats permatang, kami dibenarkan rehat melepaskan lelah, jam pertama memang agak mengah sbb belum dpt angin, tp trek ni sentiasa mengah sbb byk pacak dari landai, ingat ker ats permatang boleh layan jln landai sejam dua, 5min landai terus dia bagi pacak, trek kali ni perlu guna tali utk naik ketas, pacak hampir 90darjah, faktor keselamatan perlu ditingkatkan, kecuain mengundang padah, langkah perlu berhati-hati, berbekalkan tali dan kelengkapan yg dibawa byk membantu dlm sesi pendakian kali ini.
Bagi memastikan semuanya selamat sampai keatas, peserta perlu bergilir-gilir utk naik keatas kerana struktur trek yg berbatu, org bawah perlu hati² kerana batu mudah jatuh dgn kecerunan spt itu. 4 fasa laluan yg perlu menguakan tali utk sampai ke puncak, ini adalah di fasa kedua,
Fasa ketiga perlu melalui batu-batu besar yg curam memerlukan kekuatan tangan dan kaki utk naik keats hanya dengan bantuan tali, kawasan ini agak bahaya, faktor keselamatan harus ditekankan, pengunaan tali keselamatan dipasang bagi memastikan semua peserta selamat naik keatas, pergerakkan agak lambat kerana peserta perlu lepas sorang demi sorng. Langit kelihatan mendung, hujan sudah mula kelihatan, bersyukur kerana sudah 3 bulan negeri kedah tidak ditimpa hujan, hujan turun dgn lebat, satu rahmat yg tuhan berikan setelah kemarau panjang, bagi kami pula cabaran semakin sukar, dgn keadaan hujan yg lebat itu, tanah menjadi semakin lincin, kesejukan dan kelaparan kerana jam sudah menunjukkan jam 2ptg, selesai pendakian fasa ke-3 kami berehat utk makan, nasib baik hujan semakin renyai dan terus berhenti utk memberi peluang utk kami lunch.
Selesai rehat kami meneruskan perjalanan bagi memasuki fasa ke-4 yg lebih mencabar, mendaki tebing batu besar dgn bantuan tali membuatkan segala imaginasi tentang fakir terbang yg hanya berketinggian 500meter lebih semuanya meleset, langsung tidak menyangka yg fakir terbang cukup teknikal utk mendakinya, pengetahuan pengunaan bantuan tali amat diperlukan, fasa ke-4 kami perlu mendaki hampir 60 meter dgn mengunakan tali, agak sukar utk menampung berat badan dgn bag utk memanjat setinggi itu hanya dgn mengunakan tangan, nasib baik ada juma (ascender) membantu utk kami memanjat keatas dgn mudah.

Tinggi tak.trek ok tak
ReplyDeleteTahun 1995 saya merintis track ke gunung pakir terbang ini dgn satu platun dari 9 Renjer dan hantar laporan tentang potensi pelancongan kepada pengurusan tasek pedu resort.
ReplyDelete