XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN
28 April - 2 Mei 2011
7186ft
24 peserta
kelas trek : A
Pak Sheikh, SawaBatek,Ayie IB,Supri,
Mas,KakSue,Miza,Zura,Fiza,Hazri,Aley,Aiman,Nami,
MiziKodeng,Azizul,Adam,PakNdak,Rizal,Amirul,Sofi,Zahari,Samsul,Ucop,Afiz
kelas trek : A
Pak Sheikh, SawaBatek,Ayie IB,Supri,
Mas,KakSue,Miza,Zura,Fiza,Hazri,Aley,Aiman,Nami,
MiziKodeng,Azizul,Adam,PakNdak,Rizal,Amirul,Sofi,Zahari,Samsul,Ucop,Afiz
Program yang dirancang hampir 3 bulan selepas baru jer selesai trip CUS terus lunching Trip Mendaki Gunung Tahan, pada awalnya sambutan amat mengalakan, namun apakan daya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.. Perancangan awal trip XPDC Mendaki Gunung Tahan terbahagi kepada 2 kumpulan seramai 24 peserta di mana 12 peserta akan melalui route Merapoh - Kuala Tahan dan 12 peserta lagi akan melalui route Merapoh - Merapoh. Namun "Apakan daya kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.." kata-kata inilah juga penguat semangat untuk meneruskan juga trip ini setelah ramai peserta tarik diri dan Kumpulan route Merapoh - Kuala Tahan telah dibatalkan kerana kurang sambutan. Hanya tinggal 12 peserta untuk kumpulan route Merapoh - Merapoh. Akhirnya atas daya usaha dan bantuan rakan² maka terkumpul juga 24 orang peserta route Merapoh-Merapoh untuk menyempurnakan Trip "XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN" dengan Tag Line "Membelah Awan Menyapu Kenangan".
Hari yang dinantikan telah pun tiba, semua peserta telah berkumpul seawal jam 6ptg di kawasan parking awam Muzium Negara, peserta dari Karat Adventure Pak Ndak, Sofi dan Ucop dari Kedah telah sampai di paking Muzium Negara sementara menanti rakan² lain sampai.. Rizal bersama Alon-Alon Adventure Adam, Amirul dan Samsul . Jejak Rimba Ayie dan Supri. Semua rakan² dibawa ke tempat agihan ration dan bertemu rakan² lain yg sibuk setting beg dan finale chek takut ada brg yg tertinggal. Setelah semua rakan² telah berkumpul maka kami ramai² bertolak ke KL Sentral dengan berjalan kaki melalui Muzium Negara yg jaraknya dgn KL Sentral hanya 600m lebih kurang, jam menunjukkan hampir 8.20mlm yg mana train kami akan bertolak pada jam 8.30mlm, semua peserta bergegas, ada yg berlari takut terlepas train, saya dengan sawa hampir² terlepas bila sampai aje train dh bergerak, kami kejar train mcm cerita hindustan, nasib baik berjaya, tu pun sbb petugas KTMB suruh train berenti, kalau tak, kami kena berlari ke Gemas utk dapatkan train kat sana time dia berenti.
Apabila semua dah berada atas train, saya mula chek semua rakan² takut ada yg tertinggal, alhamdulillah, semua cukup 24org termasuk saya.
Perjalanan dengan keretapi Senandung Wau menuju ke Tumpat dan kami akan turun di Stesen Merapoh setelah mendapat kebenaran dari pihak KTMB utk train berenti di stesen merapoh yang mana sebelum ini pihak KTMB telah menamatkan perkhidmatan train utk berenti di stesen merapoh sedikit sebanyak menyukarkan para pendaki Gunung Tahan untuk mengunakan perkhidmatan keretapi bagi program mendaki Gunung Tahan kerana ekses terdekat ke pintu masuk utama ke Gunung Tahan melalui Pejabat Perhilitan Taman Negara Sungai Relau, Merapoh yang hanya 7km dari stesen Keretapi Merapoh. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kebenaran kepada kami utk turun di stesen merapoh. Jam 6.30pagi kami sampai di stesen Keretapi Merapoh, Semua peserta turun dan kami mula mencari kedai makan untuk sarapan, di seberang jalan berhadapan dengan stesen terdapat deretan kedai makan yg masih belum beroperasi, ada deretan kedai disebelah kiri jalan masuk ke Taman Negara terdapat sebuah kedai makan Abg Mat Derek yg juga salah seorang guider Gunung Tahan, kedai Abg Mat ada meyediakan roti canai dan juga nasi lauk. Kebiasaannya para pendaki Gunung Tahan akan tapau nasi utk makan tengahari di hari pertama trecking kerana kebiasaannya para pendaki akan mula trecking dr Kuala Juram pada jam 12tengahari. Jadi lebih bagus kalau ditapau siap² makanan utk makan tengahari kerana sudah tentu tak sempat nak masak. Jadi abg mat dah tahu bagaimana nak tapau nasi tu, nasi di asingkan dgn lauk agar lebih tahan lama, harga pun murah. Abg Mat juga ada menjual Badge Taman Negara Sungai Relau Merapoh, katanya ini adalah Special Edition, tiada di tempat lain. dijual dengan harga RM10 sekeping. Lepak kedai abg mat sambil minum bersama member yg berkerja di pejabat perhilitan sg relau iaitu Syukri, yg banyak membantu dalam urusan pembokingan tarikh serta memberi maklumat tentang mendaki gunung tahan, sedikit sebanyak membantu dlm memastikan trip ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Guider yg dipertanggungjawapkan utk membawa kami Rosni tiba di kedai abg mat di perkenalkan oleh Syukri bahawa beliau adalah guider yg bagus bersama sorang lagi guider yg bernama Zulkifli ataupun lebih glamor dgn nama abg zuki.
Hari Pertama
Selesai tapau makan, sarapan pagi pun dah selesai, pengembaraan pun bermula.....
Hari Pertama
9.00pagi - Hilux perhilitan yg ditugaskan untuk mengambil kami telah pun sampai, maka semua beg di isi keatas hilux dan semua peserta menaiki 2buah hilux yg disediakan utk mengangkut kami ke pejabat perhilitan sg relau yg bertanggungjawap mengawal selia taman negara pahang yg menjadi pintu masuk utama bagi pendaki yg ingin mendaki gunung tahan dari sg relau ke puncak gunung tahan.
9.30pagi - Tiba di pejabat perhilitan sg relau bertemu dgn pegawai perhilitan dan abg zuki guider bagi pendaftaran mendaki dan juga pemeriksaan barang yg di bawa, semua barang direkod secara detail, semua brg yg dibawa naik mesti dibawa turun bagi memelihara kebersihan dan eco sistem taman negara agar tidak tercemar.
Pendaftaran dan bayaran perlu dijelaskan sebelum semua peserta dibenarkan memasuki taman negara seperti bayaran guider,permit masuk taman negara, permit kamera dan bayaran pengangkutan (Hilux).
11.00pagi - Setelah selesai semua pemeriksaan barang dan pendaftaran, semua peserta di bawa ke Kuala Juram dgn Hilux dimana Kuala Juram adalah starting point para pendaki memulakan trecking dihari pertama. Kuala Juram adalah sentuary pemeliharaan ikan kelah, tidak dibenarkan menangkap atau memancing ikan disini. Jarak perjalanan dr pejabat perhilitan ke Kuala Juram sejauh 13km yg melalui jalan mini tar yang kadangkala mencanak dan menjunam. Tiba di Kuala Juram sementara menunggu rakan yg lain sampai kami makan tengahari siap² sebelum memulakan trecking kerana masa sudah menghampiri tengahari.
11.30pagi - Semua rakan telah sampai di Kuala Juram, setelah mereka selesai makan tengahari, maka kami pun bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Taklimat ringkas dari guider diberikan sebelum memulakan perjalanan. selesai bacaan doa, kami pun bertolak dan sempat bergambar ramai² dihadapan jambatan gantung yg tertera "Rentis Gunung Tahan"... maka bermulalah kami menempuh perjalanan menuju kedestinasi pertama kami iaitu Kem Kor.
11.50pagi - Perjalanan dari Kuala Juram ke Kem kor akan melalui 4 sungai dengan trek yg agak santai. Air sungai paras lutut ketika ini berselipar atau kasut getah amat sesuai, klau yg pakai boot harus buka dulu kasut jika tak nak kasut basah. Disarankan agar bila jumpa sungai pertama terus tukar selipar atau dari Kuala Juram lagi layan selipar je dulu sehingga habis 4 sungai. Lebih kurang 2jam setengah berjalan kami tiba di Kuala Luis, dari Kuala Luis perjalanan selama 2jam akan tiba di Lata Luis, Lata luis adalah satu kawasan kem site pilihan bagi mereka yg tiba dah lewat ptg maka mereka akan bermalam disini kerana berhampiran sungai. Dari Lata Luis nak ke Kem Kor memerlukan 1jam sentengah masa perjalanan utk sampai. Kem Kor amat luas serta berada ditebing sungai, jadi kem kor amat mewah air, pemilihan tapak kemah amat penting, berhati-hati jika pilih tapak kemah di kawasan lapang dibawah kem kerana jika berlaku kepala air amat bahaya bagi yg berkemah di bhg bawah, petua utk mengesan berlakunya kepala air di kem kor, bunyi letupan sebanyak 2kali seperta batu langgar batu atau balak jatuh atas batu haruslah segera beredar jauh dari sungai.
11.50pagi - Perjalanan dari Kuala Juram ke Kem kor akan melalui 4 sungai dengan trek yg agak santai. Air sungai paras lutut ketika ini berselipar atau kasut getah amat sesuai, klau yg pakai boot harus buka dulu kasut jika tak nak kasut basah. Disarankan agar bila jumpa sungai pertama terus tukar selipar atau dari Kuala Juram lagi layan selipar je dulu sehingga habis 4 sungai. Lebih kurang 2jam setengah berjalan kami tiba di Kuala Luis, dari Kuala Luis perjalanan selama 2jam akan tiba di Lata Luis, Lata luis adalah satu kawasan kem site pilihan bagi mereka yg tiba dah lewat ptg maka mereka akan bermalam disini kerana berhampiran sungai. Dari Lata Luis nak ke Kem Kor memerlukan 1jam sentengah masa perjalanan utk sampai. Kem Kor amat luas serta berada ditebing sungai, jadi kem kor amat mewah air, pemilihan tapak kemah amat penting, berhati-hati jika pilih tapak kemah di kawasan lapang dibawah kem kerana jika berlaku kepala air amat bahaya bagi yg berkemah di bhg bawah, petua utk mengesan berlakunya kepala air di kem kor, bunyi letupan sebanyak 2kali seperta batu langgar batu atau balak jatuh atas batu haruslah segera beredar jauh dari sungai.
6.30ptg - Bermalam di Kem kor pada mlm pertama menjadi aktiviti yg best kerana dengan kawasan yg luas dan dekat dgn sungai menjadikan mlm tersebuat amat meriah, majlis gotong royong memasak utk makan mlm berjalan dgn meriah sekali. Makan malam secara berjemaah membuatkan selara makan pada mlm itu lain mcm skit, berlaukan daging sayur campur, ikan pekasam serta cincaluk, sattle nasi 5 periuk. Selesai makan semua masuk khemah atas alasan nak kendurkan urat, kami tak lepaskan peluang utk bersembang bawah fly menjadi aktiviti wajib bg setiap trip. Sembang 10min urat pun minta dikendukan, sedar² dah pagi...heheheee
6.45pagi - Bangun awal pagi utk menyediakan sarapan pagi kerana mlm td guider ckp nk gerak dari kem kor seawal jam 7pagi, tp nampak gaya mcm xsempat je, nk masak lagi, nk kemas beg, nk asingkan dan tinggalkan ration utk hari ke-3 di Kem Kor, byk keja nak buat yg sepatutnya ada yg bole satle dr semalam lagi, tp nk buat mcm mna, memasing penat. Selesai masak, makan dan kemas brg 8.45pagi barulah kami semua mula trecking spt yg dimaklumkan oleh guider bahawa pagi ni kita akan tempuh bukit good morning, lain mcm pulak nama bukit nie, mesti lain mcm juga dia bg nt...
Hari Ketiga
5.30pagi - Bangun seawal jam 5.30pagi kerana pagi ni kami akan naik ke puncak, kejutkan semua kengkawan agar bangun dan siapkan apa yg patut, aku just masak teh O utk sarapan pagi dengan sebuku roti penyek, Bila semua dah bersedia kami bertolak naik ke puncak, trek batu xler sesukar mana cuma pacak sikit jer utk sampai ke puncak, sejam berjalan kami pun sampai di puncak dengan hidangan selautan awan yg memutih di kelilingi gunung ganang yg membentang bumi, ku syukuri atas nikmat tuhan memberi aku peluang utk berada di puncak tertinggi utk melihat keagungan mu, agar aku dpt mensyukuri atas limpah kurniaMu..
Setelah semua rakan² sampai kami raikan dengan air kemenangan, gambar dirakam sepuas-puasnya sebangai kenangan dlm hidup yg seramai 24org bersama dgn guide telah menjejak kaki di puncak tertinggi di semenanjung M'sia. Selesai bergambar kami pun bertolak turun kerana hari nie kami akan bermalam di kem kor semula. dan kami perlu sampai di Kubang sebelum pukul 4ptg, jika jam 4ptg tak sampai kubang, guide ckp kita terpaksa bermalam di Kubang atau permatang. kerana kami tak akan sempat sampai di Kem Kor jika pukul 4ptg masih belum sampai di Kubang, itu pedoman yg guide bagi. Apa lagi kami semua pecut turun dan kami sampai di Kem Kor pukul 6.20ptg. Yahooooooooooo....
Hari Keempat
8.00pagi - Hari ini hari paling best kerana bole bangun lewat sbb smlm guider bgtau nak gerak ke Kuala Juram kul 11pg, jd bole ler memasing lajak sikit cover yg 2-3 ari lepas, Kul 8pg bagun siapkan sarapan, cadangan pagi ni nk makan bihun tomyam, jd segala pekakasan disiapkan, si sawa bangun buta cekodok, selesai makan , semua dh siap mandi, kemas brg apa patut, kutip sampah, jd kul 11.30pagi selepas guide bg taklimat serta bacaan doa kami pun bertolak keluar, kalau time datang santai wong, maka time balik lagi ler santai berwong-wong. Jam 2.50ptg kami sampai Kuala Juram, Letak beg rehat jap , ada yg masak meggi, aku sekadar belasah bihun tomyam yg tak abis yg aku tapau, aku panaskan sikit, aku ajak kawan² makan, satle, memasing dh lapar. sementara menunggu kawan semua sampai, kami rehat sebelum Hilux sampai utk bawa kami keluar ke Sg Relau.
4.00ptg - Hilux sampai utk bawa kami keluar, semua beg dh siap naik atas hilux, kami bertolak keluar, setengah jam pejalanan kami pun sampai di Pej. Perhilitan Sg Relau utk pemeriksaan brg dan daftar keluar. 5.30ptg semua dah selesai, Hilux hantar kami keluar ke Stesen Keretapi Merapoh yg dijangkakan tiba kul 11mlm, perhhh..apa nak buat, lepak kedai makan ler cite dia, driver hilux ckp ada pasar mlm kat merapoh, jarak dlm 100m dr stesen, brader rosli driver hilux setuju untuk antar kami ke pasar mlm dulu, apa lagi kami semua serang pasar mlm sbb dah 4ari dalam utan, mcm² teringin nak makan, rangka ayam celup tepung menjadi mangsa kerakusan manusia baru kuar utan, sorang sekor dibawa utk dimakan di kedai makan depan stesen. Guider rosni dgn zuki melayan kami dikedai makan berborak cerita pasal dlm hutan, mengimbau kembali cerita suka duka bersama, tak abis di kedai disambung pula di stesen kerana jam dah 10.30mlm, train dijangka sampai di merapoh kul 11mlm. Majlis perpisahan dijalankan distesen kerana bila dh naik train semua dh beterabur, ada yg turun seremban, ada yg turun kajang, jd seeloknya di merapoh lagi segala salah silap dipohon ampun dan maaf, sedih plak memasing setelah 4ari, 3mlm bersama, sama² bersusah payah ke puncak menikmati ciptaan tuhan, maka semua terpaksa juga menerima hakikat yg telah tuhan tetapkan, yg setiap pertemuan, pasti ada pepisahan, moga kita akan bertemu lagi di trip akan datang..... Saya yakin kita semua saling merindui.....Byeee..
Log Perjalanan :
28 April 2011
8.00mlm - Bertolak Ke KL sentral
8.30mlm - Berlepas dengan Keretapi Senandung Wau menuju ke Merapoh
29 April 2011
6.30pagi - Tiba di stesen keretapi Merapoh
9.00pagi - Bertolak ke Pejabat Perhilitan Sungai Relau dgn Hilux Perhilitan
9.20pagi - Tiba di Pejabat Perhilitan Sungai Relau
9.30pagi - Pendaftaran / Cheking barang
11.00pagi - Bertolak ke Kuala Juram dengan Hilux perhilitan
11.20pagi - Tiba di Kuala Juram
11.30pagi - Makan Tengahari
11.45pagi - Taklimat / doa sebelum bertolak
11.50pagi - Start Treking
2.15ptg - Tiba di Kuala Luis
2.45ptg - Sambung Treking
4.35ptg - Tiba di Lata Luis
6.10ptg - Tiba di Kem Kor (Bermalam)
30 April 2011
7.00pagi - Bangun sediakan sarapan / sarapan
8.45pagi - Start trecking
9.45pagi - Tiba di Permatang / take 5
10.00pagi - Start trecking
11.45pagi - Tiba di Kem Kubang / lunch
12.55pagi - Start trecking
1.40ptg - Tiba di Belumut
3.25ptg - Tiba di Pokok bongsai
4.30ptg - Tiba di Bongsai
5.45ptg - Bertolak ke Kem Botak
6.40ptg - Tiba di Kem Botak / Bermalam
31 April 2011
6.15pagi - Bertolak ke Puncak
7.05pagi - TIBA DI PUNCAK GUNUNG TAHAN
9.20pagi - Bertolak turun ke Kem Botak / berkemas
11.00pagi - Bertolak turun
11.45pagi - Tiba di Bongsai
2.30ptg - Tiba di Belumut
3.20ptg - Tiba di Kem Kubang
4.50ptg - Tiba di Permatang / rehat / tunggu semua peserta sampai
5.50ptg - Bertolak ke Kem Kor
6.20ptg - Sampai di Kem Kor
1 Mei 2011
11.30pagi - Bertolak dari Kem Kor
2.50 ptg - Sampai di Kuala Juram / Lunch
4.00ptg - Hilux sampai
4.30ptg - Tiba di Pejabat Perhilitan Sungai Relau
5.00ptg - Cheking barang / daftar keluar
No comments:
Post a Comment