GUNUNG YELLOWPASS
10 - 12 Jun 2011
Gunung Pass 5207ft
Gunung Yellow 5469ft
9 peserta
Guider : Alen Azam
9 peserta
Guider : Alen Azam
kelas trek : B
Bangun seawal jam 7pagi utk keluar sarapan pagi di sekitar Kg Raja, mencari kedai makan yg buka seawal pagi memang payah sikit, akhirnya kami jumpa 1 warung nasi lemak melayu 100meter dari simpang Kg Raja sebelah kiri jalan menuju ke Brincang. Hadapan restoren yg pintunya terbuka tapi tiada org meniaga, sebelahnya ada kedai runcit, kalau nak top up ration bole sangat. Warung yg baru nak buka, kami dh serbu, kalam kabut tokey warung menyediakan nasi lemak utk kami 10org. Nasi lemak sedap, sambal power, lepas kami makan ada pelangan dtg order nasi lemak, tokey warung ckp "nasi lemak habiss".....heheheheee. Tokey warung tu budget nasi lemak dia utk 15org je kot, jd klau group ramai, maka dpt nasi lemak sorng separuh je la..
Selesai makan kami kembali ke Masjid utk tukar pakaian trecking serta packing ration. Setelah selesai kami bertolak ke starting point utk ke trek gunung yellowpass yg terletak di antara sempadan Negeri Pahang dan Perak.
Kereta di letakkan dibahu jalan berhampiran signboard sempadan Negeri, tentang keselamatan kereta kami hanya tawakal kepada Allah Ta'ala, namun usha utk mengelak kejadian yg tak di ingini berlaku jgn
meninggalkan brg berharga atau wang syiling dlm kereta yg bakal mengundang bahaya pada kereta anda. Jika tak berani amik resiko, anda boleh dptkan khidmat 4x4 di Kg Raja dgn meletakkan kenderaan anda di masjid. Tak pasti berapakah bayaran yg dikenakan utk menghantar dan mengambil dari Kg Raja ke starting point yellowpass.
Start trecking pada jam 10.10pagi, panjat tebing tegak adalah salam pengenalan di awal pagi, melereng tebing bukit sebelum memasuki pintu hutan mengambarkan cabaran kali ini lain mcm sikit dari yg lain. Masuk ja pintu hutan trek dh mula tegak, layan je pacak tu sambil mengira batu sempadan, trek yg melalui batu sempadan antara 2 Negeri iaitu Pahang dan Perak, berjalan kaki kanan sebelah perak, kaki kiri sebelah pahang. Bermula dengan nombor batu 573 hingga ke puncak yellow 341, cuba ler bilang berapa batu kita nak jalan.
Jam 10.45pagi kami sampai di puncak Gunung Pass, puncak yg kecil dan tiada penanda beirut berada di ketinggian 5207kaki (1587m) dpt melihat view banjaran titiwangsa lalu terfikir sejenak melihat bentangan
gunung ganang di banjaran titiwangsa yg telah aku lalui selama 9hari membuatkan hati ku berkata "giler lahh"....namun sedikit sebanyak terubat juga kerinduan V2.
Perjalanan diteruskan untuk ke puncak Gunung Yellow, trek kali nie banyak naik turun naik turun, puncak tipu bersepah, kekadang pacak, kekadang menurun, melalui permatang, trek yg cantik tidak ler teruk
sangat berlumpur membuatkan perjalanan nampak kemas dan hensem, kekadang gadis² cute bersidai sepanjang trek melepaskan lelah yg sudah semestinya baru lepas pacak bukit, air minum harus berjimat
cermat kerana sepanjang jln ke puncak yellow tak ada water point, jd bekalan air haruslah di tapau dr masjid sebanyak yg mungkin, kerana air mengalir di lereng bukit dekat starting point kurang cantik kerana bercampur tanah.
Pengiraan batu sempadan amat penting bagi mengenal pasti kedudukan kita atau berapa jauh jarak nak sampai ke puncak, ini berdasar pengalaman bila kami minta buka dapur haram di lokasi ini, semua perut dah rasa lapar sebab time nie jam menunjukan 2.10ptg, nasib baik tak jadi, walhal jarak nak sampai ke puncak hanya 45min. Kalau tak rugi je masa kat situ.
Jam 3.10ptg kami sampai di puncak yellow yg berketinggian 5469kaki (1667m). Puncak yg boleh menampung 3fly dan angaran dlm 20-25org dlm 1 masa. Dari puncak yellow dpt di lihat
tersergam megah puncak Gunung Gayong dan korbu. Suhu di puncak pada waktu siang kurang ler sejuk nyer, tp bila waktu malam, bole tahan tahap beku nyer. Water point kena turun sikit lebih kurang dlm 15min jalan
anda akan tiba ke destinasi anda, punca air tak ler besar sgt, bole ler klau nk mandi, nak turun amik air tu bawa ler botol byk² taruk dlm beg, nt senang nk bawa naik, tak perlu menjinjing botol, sbb nt tak banyak botol yg bole bawa.
Aktiviti mlm seperti biasa, Selesai makan malam, sembang kosong sambil layan pengat ubi ptg tadi di depan unggun api yg berada di ketinggian 6ribu kaki lebih dari paras laut bukan semua org bole nikmati akan perasan itu maka kami bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan. Keindahan yg dihidangi seluas muka bumi serta keindahan dibentangi seluas langit
malam dgn bintang berkelipan menyakinkan kami bahawa mlm itu nasib menyebelahi kami kerana cuaca amat cantik dan tiada tanda² yg mlm
akan di curahi hujan. Urusan pada mlm itu berjalan lancar
cuma sesekali di ganggu dengan bunyi tarikan pickup sayur naik bukit
memecah keheningan mlm yg dingin(berdengkur).
Keletihan disiang hari langsung tidak menjadi masalah utk kami terus
hanyut dibuai angin dingin puncak yellow hinggalah cahaya sinaran pagi
yg melimpahi pucak yellow yg bisa mengejutkan dari terus dibuai
kesejukan pagi. segera keluar dari litupan sleeping beg adalah satu
tindakan yg amat sukar utk dilakukan diwaktu pagi, namun apakan daya,
anak ramai, sarapan pagi harus di siapkan segera, menu pagi nie nasi
lemak sambal ikan bilis dan telor sambal berserta ayam goreng. Sarapan
pagi yg mewah bagi memastikan tenaga utk pacak bukit tidak menjadi
masalah. Tapi percaturan itu silap, bila dh kena nasi lemak, badan dah
mula naik lemak, malas dh menguasai minda, akhirnya pukul 11pagi baru
bertolak turun dr puncak yellow, perjalanan utk hari ini sama mcm
perjalanan semlm, kerana trek yellowpass adalah naik turun naik turun,
ada part laju ada part lemau, sendiri mau tau.....akhirnya kami sampai
di starting point pada 3.30ptg dengan jayanya. Selesai berkemas kami
bertolak ke masjid kg Raja utk bersihkan badan dan tukar pakaian kerana
masih ada acara yg belum selesai.
Selesai semua tukar pakaian kami terus menuju ke destinasi berikutnya "Sungai Pauh" kerana member² dari group Istana Budaya (IB Rider Club) sedang mengikuti program Konvoi Amal Kelab Keris Istana Budaya "Kembara 2 Cameron". Konvoi motosikal dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands. Pelbagai aktiviti dijalankan spt Program Bersama
Masyarakat Org Asli dan Senam Seni bersama penduduk kampung. Program amal seperti ini harus diteruskan kerana ianya amat berfaedah. Perancangan awal utk kembali semula ke KL pada hari tersebut terbatal kerana kami diracuni dgn hidangan BBQ kambing golek maka kami semua tergolek di kem site Sg Pauh pada mlm tersebut, dan kami kembali semula ke KL pada ari isnin, rabak cuti sehari. Cik sal, miza, fiza dan 'Azizul terselamat dari racun tersebut dan tetap pulang ke KL pada mlm tersebut. Akhirnya trip yellowpass menjadi trip yg cukup best of the best sebab ending dgn BBQ Kambing, terima kasih kami ucapkan kepada group IB Rider Club terutama Chip program tersebut Datuk Nazrul serta rakan lain spt Amir, Khai, Supri, Sawa, Acai, Munir dan rakan² lain yg tak disebutkan nama, terima kasih banyak² kerana sudi layan kami yg kuat makan, almaklum ler baru kuar hutan. Anda Semua memang terbaikkkkkkk....
-------------------------- -------------------------- --------------------------
TENTATIF TRIP :
10 JUN 2011 - JUMAAT
08.00MLM - BERKUMPUL DI MUZIUM NEGARA
11.00MLM - BERTOLAK KE KG RAJA CAMERON
03.30PG - TIBA DI KG RAJA (BERMALAM)
11 JUN 2011 - SABTU
08.00PAGI - SARAPAN / BERTOLAK KE STARTING POINT
10.00PAGI - START TRECKING
10.50PAGI - TIBA DI PUNCAK GNG PASS
11.15TGH - START TRECKING
03.10PTG - TIBA DI PUNCAK GNG YELLOW
03.30PTG - AKTIVITI BEBAS
12 JUN 2011 - AHAD
08.00PAGI - BANGUN / SARAPAN
11.00PAGI - START TRECKING
03.30PTG - TIBA DI STARTING POINT
04.00PTG - BERTOLAK KE KG RAJA
05.00PTG - MANDI / SUCIKAN DIRI
05.30PTG - KE SG PAUH
06.00PTG - BBQ BERSAMA GROUP IB RIDER CLUB
08.00MLM - SANTAI BERSAMA IB RIDER CLUB
13 JUN 2011 - ISNIN
09.00PAGI - BERTOLAK BALIK KL
Selesai semua tukar pakaian kami terus menuju ke destinasi berikutnya "Sungai Pauh" kerana member² dari group Istana Budaya (IB Rider Club) sedang mengikuti program Konvoi Amal Kelab Keris Istana Budaya "Kembara 2 Cameron". Konvoi motosikal dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands. Pelbagai aktiviti dijalankan spt Program Bersama
Masyarakat Org Asli dan Senam Seni bersama penduduk kampung. Program amal seperti ini harus diteruskan kerana ianya amat berfaedah. Perancangan awal utk kembali semula ke KL pada hari tersebut terbatal kerana kami diracuni dgn hidangan BBQ kambing golek maka kami semua tergolek di kem site Sg Pauh pada mlm tersebut, dan kami kembali semula ke KL pada ari isnin, rabak cuti sehari. Cik sal, miza, fiza dan 'Azizul terselamat dari racun tersebut dan tetap pulang ke KL pada mlm tersebut. Akhirnya trip yellowpass menjadi trip yg cukup best of the best sebab ending dgn BBQ Kambing, terima kasih kami ucapkan kepada group IB Rider Club terutama Chip program tersebut Datuk Nazrul serta rakan lain spt Amir, Khai, Supri, Sawa, Acai, Munir dan rakan² lain yg tak disebutkan nama, terima kasih banyak² kerana sudi layan kami yg kuat makan, almaklum ler baru kuar hutan. Anda Semua memang terbaikkkkkkk....
--------------------------
TENTATIF TRIP :
10 JUN 2011 - JUMAAT
08.00MLM - BERKUMPUL DI MUZIUM NEGARA
11.00MLM - BERTOLAK KE KG RAJA CAMERON
03.30PG - TIBA DI KG RAJA (BERMALAM)
11 JUN 2011 - SABTU
08.00PAGI - SARAPAN / BERTOLAK KE STARTING POINT
10.00PAGI - START TRECKING
10.50PAGI - TIBA DI PUNCAK GNG PASS
11.15TGH - START TRECKING
03.10PTG - TIBA DI PUNCAK GNG YELLOW
03.30PTG - AKTIVITI BEBAS
12 JUN 2011 - AHAD
08.00PAGI - BANGUN / SARAPAN
11.00PAGI - START TRECKING
03.30PTG - TIBA DI STARTING POINT
04.00PTG - BERTOLAK KE KG RAJA
05.00PTG - MANDI / SUCIKAN DIRI
05.30PTG - KE SG PAUH
06.00PTG - BBQ BERSAMA GROUP IB RIDER CLUB
08.00MLM - SANTAI BERSAMA IB RIDER CLUB
13 JUN 2011 - ISNIN
09.00PAGI - BERTOLAK BALIK KL
TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
ReplyDeleteKHIDMAT GUIDE GUNUNG BERLESEN
KHIDMAT MELIPUTI:
-Permit pendakian
-Laporan polis
-Nature Guider
-Emergency kit(basic)
-walkie talkie
-4x4 transport to trailhead
ANDY
017-9997790
whataps/sms/call