Monday, 1 August 2011

XPDC GUNUNG KENDERONG 'Twin Peaks of Hulu Perak'

GUNUNG KENDERONG
1,223 meter (4,011 kaki)
22-24 julai 2011
23 peserta
kelas trek : A
Pak Sheikh, Wan Zahari, Anjeli, Ayie, Sufri, Yoyo, Abg Apai
'Azizul, Uda, Asyraf, Zarep
Sal, Kak Sue, Mira, Miza, Yatie, Jaja, Bella, Sharifah, Ain, Anis,
Azmiera, Azlina, 

Gunung Kenderong yg terletak di pinggir Pekan Gerik, menjadi siulan anak jati Gerik yg bercita-cita menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Gunung yg tegak berdiri berketinggian 4011 kaki dari paras laut bagai melambai-lambai semangat beliau untuk meneroka khazanah gunung tersebut. Tahun demi tahun, bulan bersilih ganti, hari dihitung tanpa jemu, namun hajat menjejak kaki di puncak gunung kenderong tidak penah luntur dari ingatannya, walaupun beliau telah pun berjaya melangkapkan gunung-gunung G7, bila bercerita tentang gunung, pasti sesekali akan terkeluar dari mulutnya tentang gunung kenderong, namun rezeki masih tidak memihak kepadanya. Tanggal 22 Julai 2011 bakal menjadi sejarah dalam hidupnya, apa yang dicita-citakan bakal menjadi kenyataan. Perancangan rapi telah dilakukan bagi memastikan apa yang rencanakan berjalan lancar.
Jumaat 22 julai 2011- Para peserta XPDC berkumpul di Muzium Negara seawal jam 8mlm utk bertolak ke hentian duta dgn van yg disediakan oleh pihak penganjur. Bas ke gerik jam 10mlm bakal membawa 17org peserta dari KL dan selebihnya dari Kelantan dan Perak seramai 6org. Perjalanan KL- Gerik memakan masa lebih kurang 4jam tanpa sebarang masalah. Tiket bas yang telah dibeli 2 minggu sebelum trip berlangsung menjamin perjalanan peserta selesa tanpa sebarang masalah.
Sabtu 23 julai 2011- Perjalanan dengan bas transnasional dari hentian duta ke stesen bas gerik cukup selesa, jam 2.20pagi kami tiba di stesen bas gerik yg sunyi sepi hanya terdapat beberapa org yg menanti ketibaan saudara mara masing terkejut dgn ketibaan kumpulan kami yg rata-rata berbeg besar. setelah semua beg diturunkan dari tempat simpanan beg, kami menuju ke kedai mamak bersebelahan stesen bas gerik bagi membasahkan tekak dgn secawan teh tarik sambil membincangkan destinasi seterusnya yg mana pada awalnya kami bercadang untuk bermalam di masjid berhampiran sementara menunggu hari cerah. Namun dengan perjalanan hampir 4jam setengah yg masing-masing keletihan dan memerlukan rehat yg cukup bagi mengumpulkan tenaga utk cabaran diawal pagi.
Akhirnya semua sepakat untuk menginap di hotel budget berhampiran bagi mendapatkan rehat yg cukup di tempat yg lebih selesa dan mudah utk mandi sebelum memulakan pendakian di paginya. kemudahan hotl budget di pekan gerik memang tiada masalah, terdapat hingga 6-7 buah hotel budget berhampiran stesen bas gerik dgn pelbagai pilihan harga dan juga jenis bilik dari harga RM50-RM80 semalam. Anggaran sorang RM10 utk 1 bilik, kami memilih bilik RM80 dengan menyumbat semua peserta lelaki seramai 9org dan utk peserta perempuan 1 bilik dgn harga yg sama seramai 8orng. Satu balik dengan 3katil yg dicantumkan bole memuatkan 6-7org selebihnya dibawah yg ruang yg cukup selesa. terdapat 1 bilik air, tv dan aircond sudah menjaminkan tahap tidur yg memberi dengkuran yg memecah kesunyian pagi.
Lebih kurang jam 4pagi peserta dari perak yoyo dan mira telah sampai di stesen bas gerik setelah 2jam memandu dari bota dgn kereta. Mira di hantar ke hotel geng perempuan dan yoyo di bawa balik berehat di bilik kami sementara menunggu hari siang. Sepetutnya mereka bertiga dgn alen, tp dikabarkan alen demam teruk hingga terpaksa membatalkan hajat utk sama-sama dlm trip ini. Borak sekejap masing² dah penat, akhirnya semua lena diulik mimpi indah yg tak seindah hari esoknya...Rakan dari kelantan sampai di pekan gerik lebih kurang jam 6.30pagi mengambil keputusan utk berehat dalam keta, kerana tak nak ganggu kami tidur. kesian.....
Bangun seawal jam 7pagi, setelah bersiap-siap semua turun utk bersarapan sebelum memulakan pendakian. Jarak dari pekan gerik ke starting point lebih kurang 20km. Perjalanan ke starting point dengan mengunakan 4X4 yg disediakan penganjur. Dipersimpangan jalan nak ke starting point terdapat kedai mamak Salim Kari kepala Ikan menjadi pilihan kami utk bersarapan. Menu pagi tu roti canai, roti telur dan nasi. Jam menunjukkan 9pagi, akhirnya kami bertolak ke starting point setelah semua selesai makan. Perjalanan dengan 4X4 ke starting point mengambil masa 20min.
Dari starting point nak ke kaki gunung perlu menempuh trek balak hampir 45min perjalanan. 4X4 mengangkut semua beg utk dihantar ke kaki gunung yg juga last water point utk kami tapau air sebanyak mungkin utk kegunaan dlm perjalanan dan juga di puncak nanti. Setelah semua beg telah diturunkan 4X4 berpatah balik bagi mengangkut semua peserta ke kaki gunung. Setelah semua selesai tapau air sebanyak 3botol 1.5L kami memulakan perjalanan.
Jam 10.50 pagi kami start mendaki, permulaan yg agak mengugat kepala lutut membuatkan ramai termengah-mengah sementara dapat angin. 2jam perjalanan trek yg agak pacak namun masih teduh kerana pokok besar mamayungi sepanjang perjalanan. Jam menunjukkan pukul 1.30ptg, cuaca panas amat terasa bila sampai di kawasan anak² bukit yg mana pokok masih kecil² setelah hampir 5tahun hutan gunung kenderong terbakar, kesan² kebakaran masih kelihatan bila sisa² pokok terbakar masih teguh berdiri seteguh gunung kenderong yg tegak di pinggir pekan gerik menjadi mercu tanda yg gerik juga mempunyai khazanah yg tidak ternilai bagi mereka yang mencintai alam semulajadi. Trek yg berbatu campur pasir memerlukan kita lebih berhati-hati ketika berjalan atau mendaki kerana sedikit kecuaian bakal mengundang padah. Meniti ditepi-tepi cerun dicelah pokok² kecil yg baru memulakan kehidupan menjadi mainan sepanjang perjalanan. 3 puncak tipu perlu diharungi sebelum sampai di betul² dinding gunung kenderong yang membawa ke puncak yang ditanda dengan beirut. puncak tipu kedua terdapat pencawang arial dan sistem solar yg dipasang yg tak pasti apakah kegunaannya, ada yang mengatakan ianya adalah pemancar radia amatur, tak kisahlah apa pun kegunaannya, yang paling penting benda tersebut tentu peting bagi sesetangah pihak yg mengunakannya, jadi tolong jangan usik atau merosakan keatas apa² peralatan yang ada disitu.
Perjalanan ke puncak dari puncak tipu ketiga memerlukan kita memanjat dinding batu tegak yang sesetengah tempat dipasang dengan tali bagi memudahkan pendaki utk naik keatas, namun harus di ingat, sebelum berpaut pada tali tersebut, periksa dulu kekuatan tali tersebut dengan merentap-rentap tali bagi memastikan ianya teguh.
Akhirnya tepat jam 6.50ptg kami tiba dipuncak Gunung Kenderong dengan hidangan permandangan yg mashaallah cukup hebat ciptaan yg maha esa utk kita dimuka bumi ini untuk menikmatinya di tempat yang tinggi.


Setelah rehat melepaskan lelah, ground dibentang, fly dilayangkan utk rakan² duduk berehat meregangkan urat setelah seharian berjalan, ground dapur dihampar bagi memulakan operasi memasak bubur kacang sbg hidangan petang sebelum makan malam.  Yatie dan jaja membantu saya menyediakan bubur kacang, manakala rakan² lain menyediakan bahan² utk menu malam nanti, iaitu Kari Ikan Talang Masin dgn Nenas....perrrhhhh...air teh panas dimasak untuk rakan² yg mahu memanaskan badan kerana di puncak makin gelap dan cuaca makin sejuk, disamping itu masih ada rakan² yg beransur-ansur sampai di puncak, 3 fly telah dipasang dan ada rakan yg bawa khemah, ada 2 khemah dipasang.
Rutin malam seperti biasa, selesai makan malam, semua lepak bawah fly, ada yg masih cuba mengendurkan urat yg kereganggan akibat melayan pacak yg tak habis² dari awal. Ada yang cuba melayan kelopok mata yg makin berat bila perut dah kekenyangan. Menu makan malam yg bole dikatakan best juga, ayam goreng, kari ikan talang masin dgn nenas. Sesi suai kenal dijalankan untuk semua rakan² mengenali lebih dekat rakan² yg sama² susah payah mengharungi semua cabaran dan dugaan, hingga berjaya sampai ke puncak dgn selamat. Ada dikalangan rakan² yg tak penah mengenali antara satu sama lain, malah pihak penganjur pun baru pertama kali berjumpa kerana ada dikalangan mereka rakan kepada rakan dan juga ada yg join trip ni setelah terjumpa trip  gunung kenderong didalam blog ini, mereka berminat jadi mereka membuat keputusan utk join walaupun tak penah kenal, semangat dan sikap seperti ini patut dicontohi kerana untuk beraktiviti tidak semestinya kita hanya berada didalam group rakan² sendiri dan tidak boleh join group rakan lain. Ianya juga akan memberi lebih pengalaman serta pengajaran yg boleh dicontohi untuk diri kita dan juga boleh dikongsi dgn rakan² lain. Namun diluar jangkaan, bila survey dibuat, rata² terkejut dgn trek gng kenderong, ada yg membayangkan terdapat water point kat puncak, ada yg membayangkan trek santai bagai melenggang kangkung, namum semua bayangan itu hancur berterabur atas trek kenderong, rakan dipersalahkan kerana ajak pegi trip kenderong, biasanya bila berkhemah mesti ada mandi² sungai atau air terjun, tp di kenderong itu semua mimpi.... bila ditanya, masing² rasa mcm nk tobat tak nak naik lagi kenderong, tp itu biasa bagi pendaki, kerana  suatu hari nanti mereka semua tentu akan merindui Gunung Kenderong.


Malam berlalu dengan cemerlangnya, tiada sebarang masalah untuk berdengkur hingga ke pagi, cuaca cukup baik, suhu dipuncak tidak terlalu sejuk, hanya sesedap rasa saja. Bangun seawal jam 7pagi, tidaklah terlalu awal, kira dah lewat kerana nak masak nasi lemak dgn sambal ikan bilis sudah tentu tak sempat jika plan nak turun dari puncak jam 9pagi. Selesai masak, semua rakan dijemput makan, anjeli dgn 2-3 rakan lain dah turun awal tak sempat nak makan, takut kena tinggal katanya time turun, namun memang benar, gunung kenderong bila masa turun dari puncak harus turun separuh², tak boleh turun satu group sekali gus, kerana bahaya batu² akan jatuh ketika terpijak boleh mengundang bahaya kepada rakan² yg berada dibawah. Struktur trek yg bebatu halus bercampur pasir cukup bahaya dan perlu berhati-hati ketika menuruni laluan berbatu yg agak curam. jam 9.55pagi turun dari puncak setelah siap berkemas dan mengutip semua sampah, kami sampai di puncak pencawang yg ada solar tu mengambil masa sejam dari puncak. Rehat 10min teruskan perjalanan hingga ke starting point yg juga last water point .Laluan turun kami mengunakan laluan dari Kg Pahat, kami hanya tunggu 4wd masuk ambil kami di last water point tersebut. Layan trek balak lebih kurang 30minit sebelum sampai di jalan keluar.
Sampai di pintu masuk hutan, kami bercadang untuk pergi membersihkan badan di hutan lipur berhampiran yg juga terdapat gerai makan utk kami mengisi ruang kosong dlm perut yg mana nasi lemak pagi telah habis dibakar ketika turun dari puncak. Sementara menunggu 4wd sampai kami berehat ditepi jalan sambil membincangkan aktiviti seterusnya kerana bas utk pulang Ke KL jam 10mlm, masih banyak masa, skrg jam menunjukkan pukul 3ptg, Wan Zahari menerima 1 panggilan dari isterinya memaklumkan bapa mertuanya telah kembali kerahmahtullah sebentar td, maka semua perancangan dibatalkan sebaliknya kami semua terus ke pekan gerik untuk mencari hotel sementara itu wan akan terus pulang ke Perlis untuk menziarahi bapa mentuanya. Marilah kita sama² sedekahkan AL-Fatihan kepada Arwah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yg beriman. AL- FATIHAH..


Kami semua kembali ke pekan gerik dan mendapatkan bilik hotel di Gerik Hotel dgn kadar RM70 semalaman untuk kami mandi serta rehat sebelum kami keluar makan disekitar pekan gerik. terdapat byk restoren berhampiran hanya jalan kaki 5minit dah boleh sampai KFC bersebelahan stesen bas gerik. Setelah selesai menjamu selera kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan sementara menanti malam. Mira dengan yoyo gerak balik bote jam 7.30 mlm selepas rehat sebentar dibilik hotel,manakala rakan² dari kelantan akan bermalam 1mlm dan akan pulang pada keesokan paginya kerana azmiera mengalami alahan kegatalan satu badan, setelah ke klinik amik ubat, kegatalan beransur kurang, mungkin kulit beliau alergi. Lepak punya lepak, makan punya makan, jam dah pukul 9mlm, bermakna kami dah hampir sampai ke penghujung acara, jam 10mlm kami naik bas utk pulang ke KL, perjalanan bas lancar, akhirnya kami sampai di hentian duta jam 2pagi, masing² pulang ke destinasi masing² kerana esok semua nk kena keja. Kisah ini tamat dengan meninggalkan kesan yang amat dalam pada diri beliau, suka duka bercampur dalam sanubarinya, berjaya di puncak yg diidamkan selama ini dalam masa yang sama beliau kehilangan orang tersayang pastinya sejarah yg sukar dilupakan sepanjang hayatnya. Ajal maut, rezeki ditangan yang maha esa. Kita harus redha.
TAMAT

___________________________________________


Tentatif trip :
J u m a a t
9.00mlm : Berkumpul di Hentian Jalan Duta
10.00mlm : Bas bertolak ke Grik
2.00pg : Dijangka sampai di Stesen bas Grik
3.30pg : Rehat di hotel


S a b t u
8.00pg : Sarapan pagi
9.00pg : Bertolak dgn 4WD ke starting point
10.50pg : Start trecking
6.50ptg : tiba di puncak
6.00ptg : Aktiviti bebas
8.00mlm : Bermalam di puncak 

A h a d
7.00pg : Bangun sediakan sarapan 
10.55pg : Bertolak turun
2.40ptg : Dijangka sampai starting point
3.30ptg : Balik hotel / rehat
9.00mlm : Bertolak ke stesen bas grik
10.00mlm : Bertolak balik KL



created : Pak Sheikh | 017-329 4880 | 2/8/2011

No comments:

Post a Comment