Sunday, 16 October 2011

Yong Yap ~ Bubu ~ Tok Nenek

Trip YYBTN

▲Gunung Yong Yap▲
7,110 kaki
▲Gunung Bubu▲
6,476 kaki
▲Gunung Tok Nenek▲
6,248 kaki

15 Sept - 18 Sept 2011
20 peserta
kelas trek : A

Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 7,110 kaki dari paras laut. Gunung Yong Yap termasuk dalam gunung-gunung 'G7' oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.

Apatah lagi cabaran kali ini adalah pendakian 3 buah gunung serentak. Gunung Yong Yap setinggi 7,110 kaki, Gunung Bubu 6,476 kaki dan Gunung Tok Nenek 6,278 kaki dari paras laut. Ketiga-tiga puncak ini terkenal dengan pemandangan penuh banjaran Titiwangsa. 


Pergembaraan bermula : 

15/9/2011 ~ jam 8.00mlm
Semua peserta berkumpul di Istana Budaya(IB) utk proses menentukan pengangkutan ke Kg Raja dgn konsep berkongsi kereta. Plan nak bertolak awal terganggu kerana ada beberapa peserta terlewat sampai ke IB atas pelbagai masalah, akhirnya kami mengambil keputusan utk menunggu mereka di stesen minyak tol jln duta. jam 10.25mlm barulah semua peserta seramai 17org dpt berkumpul dan sedikit taklimat perjalanan diberikan sebelum bertolak ke Kg Raja.

Dengan berbekalkan dgn 5 buah kenderaan, seramai 17 org peserta dari kL dan 2 org dari Perak dan sorang dari jerantut daripada jumlah keseluruhan seramai 20org, akan terus ke Kg Raja yg menjadi chek point pertama utk berkumpul sebelum mengunakan 4X4 utk ke starting point di Kg Renggil esok paginya.Sekitar jam 3pagi kami tiba di Masjid Kg Raja yg mana menjadi tempat pertemuan dgn rakan² lain yg telah tiba lebih awal. Semua peserta merebahkan badan utk meregangkan urat setelah 4jam memandu dari KL-Cameron, utk mengumpul stamina melayan 4wheel esok pagi.

Pagi dikejutkan dgn azan subuh, peserta bangun menunaikan solat subuh sebelum sarapan nasi himpit yg telah kami sediakan. pukul 7pagi 4wheel dah bersiap sedia di laman masjid kg raja, 2 buah 4wheel di perlukan utk membawa kami ke starting point kg renggil.Dalam perjalanan menuju ke starting kami berenti utk buat laporan pendakian di pondok polis lojing sebelum meneruskan melayan 4wheel yg dh mula masuk off road membuatkan semua tak duduk diam. Driver 4wheel yg dh mcm karamjit sigh dia punya skill drive, rasa mcm nasi himpit mau terkeluar dari dlm perut.
 
Rasa lega bila dh sampai Kg Renggil, tu baru azab naik 4wheel, belum azab yg kat dalam tu lagi, apa pun adap je ler...Lepas sedikit regangan dan pemanas badan perjalanan diteruskan dgn melintasi jambatan yg begitu byk kenangan yg kelihatan begitu kemas dan teguh dari tahun lepas. Layan trek balak sejam sebelum sampai masa utk main air yg mana layan cross sungai sampai kembang kaki.

 



Trecking sampai kem agas perut dah lapar, buka dapur layan nasi dengan kari ayam tgok dulu mcm mna pegi dia... lepas makan tengahari destinasi kami adalah kem permatang yg menjadi lokasi malam pertama kami sebelum esok paginya shoot terus ke puncak yong yap sebelum henjut ke Gunung Bubu dan Tok Nenek.








Malam pertama bermalam di Kem Permatang. nama pun permatang, jadi sedia maklum ler klau nk jumpa water point kena layan junam dulu ler, group pertama turun w/point naik tangan kosong, dengar bunyi air tp cari jln turun tak jumpa sbb tebing tinggi, ambil keputusan naik balik...perrhhh, korang sanggup. naik dh pewai, air xder nk masak, alen bgtau kena turun ikut tepi tebing, memang ada jln, semua dh pandang antara 1 sama lain, sape nk turun plak nie...hahahaa. Aktiviti mlm cantik, lepas makan ice breaking, dh seharian trecking bersama baru nk kenal satu sama lain....lain mcm pegi dia..heee

Sampai puncak bubu dah gelap, kwn² lain semua dah ada. mlm kat puncak bubu layan main bunga api dgn mercun, mmg best siot, byk plak dorng bawa stok meriah puncak bubu mlm tu, tema raya la katakan....hilang penat sekejap. sepatutnya mlm tu tido kat puncak kambing, tp skrg dh gelap baru kat bubu, apa lagi tukar plan, tido kat kem lopak. mlm nie kerja overtime!!!....pa alip wai
Puncak Tok Nenek memang tak dpt nk dinafikan yg view amat super duper punya cantik gila, ramai yg menyatakan hasrat utk ripit semula Tok Nenek, tp punya ler mak nenek seksa nk sampai dan lagi seksa nak balik, rasa lama betul berjalan untuk sampai ke Kg Renggil....perrhh

Rakan yang Grad G7 Tahniah!!!

15/9/2011 (khamis)
8.00mlm- berkumpul di ib
10.30mlm - bertolak dari tol jln duta
12.30pg - Rehat RnR Tapah
3.00pg - tiba di Masjid Kg Raja
3.30pg - Rehat / tidur

16/9/2011 (jumaat)
7.00pg - sarapan / naik 4x4 ke Kg Renggil
7.30pg - makluman di balai polis lojing
8.15pg - tiba di Kg Renggil
8.40pg - start trecking
2.00ptg -Kem agas / lunch
6.00ptg - kem Permatang

17/9/2011 (sabtu)
8.00pg - sarapan / trecking
11.45pg - puncak Yong Yap
1.30ptg - Lunch junction yong yap
2.15- sambung trecking ke Bubu
8.00mlm - tiba di puncak bubu
9.30mlm- tiba di Kem lopak / bermalam

18/9/2011 (ahad)
8.30pg - sarapan / start trecking
12.00tghari - puncak kambing
12.20 - Puncak Tok Nenek
1.00ptg - start trecking keluar
2.30ptg - lunch kat kem no name
8.30mlm - tiba kg Renggil
9.00mlm - 4wheel ke Masjid kg raja
10.30mlm- bertolak balik KL
2.30pg - sampai KL



2 comments:

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidmat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -4×4 services(return)

    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete
  2. blog Tuan antara blog yang saya rujuk waktu nak mendaki YYBTN bulan 8 lepas. Alhamdulillah berjaya siapkan jugak YYBTN dengan izinNya. cuma bezanya malam pertama kami di Kem Agas, malam kedua puncak Yong Yap, malam ketiga Kem Berlumut.
    https://bedaduz2.blogspot.my/2016/09/yong-yap-bubu-tok-nenek-part-1.html

    ReplyDelete