Saturday, 19 May 2012

▲ G7 - G11 series | Gerah - Bilah - Bieh ▲



▲ Gerah 6898 ▲ Bilah 6812 ▲ Bieh 6800 ▲ 
T a r i k h : 2 M e i - 6 M e i 2 0 1 2 
20 Peserta
Kelas Trek : A

~ PAK SHEIKH~ MIZI~ SUP
- ADAM- RIZAL - APAI - AHJAN- MUS- HUSSEIN- MARWAN- PAK ALI- AYIE IB- ALEY PAY- - FAHIM
- YATI - SAL- PAH- AMYZ ASMIDARZ- MIDA- ARIE

Trip ini dicetuskan bagi meneruskan kesinambungan Exsplorasi gunung yang terdapat di semenanjung malaysia, Trip G7 - G11 yang memerlukan pendaki melalui 4 gunung. G7-11 ialah gabungan 7 gunung yang tingginya melebihi 7,000 kaki di Semenanjung Malaysia dan 4 lagi gunung yang hampir 7,000 kaki iaitu G. Batu Putih (6,990), G. Irau (6,924), G. Benum (6,914) dan G. Gerah (6,898) kaki dpl. Trip yang dianggap hakko memerlukan perancangan yang teliti bagi menjamin kelancaran program yang direncanakan. Trip ini atas ushasama antara KGS dan Jejak Rimba. Ikuti perjalanan suka duka pendaki selama 4 hari 3 malam bagi mencapai matlamat untuk menjejakkan kaki di 3 puncak yang salah satunya tersenarai sebagai Gunung G11 iaitu Gunung Gerah dan Gunung disampingnya Gunung Bilah dan Gunung Bieh....

Pembahagian ration dilakukan sebelum memulakan perjalanan dari KL ke Kg Lasah dan sedikit taklimat ringkas tentang perjalanan diberikan kepada para pendaki.

Perjalanan dari KL ke Kg Lasah mengambil masa 4jam perjalanan, tiba di Kg Lasah pada jam 2pagi, masjid Kg Lasah menjadi lokasi tempat kami tumpang bermalam sebelum memulakan perjalanan esok pagi dgn powil menuju ke Kg Lelar. Melayan powil 4jam cukup meloyakan, bagi yg tidak tahan pasti kecundang ditepi jalan.

Singgah Kg Lelar amik Pak Uda, Pak Uda adalah Tok Batin Kg Agek, kami mengunakan khidmat pak uda utk sama² masuk ke Gunung Gerah, pak uda sebagai ejen insurance kami sepanjang 4hari 3 malam di kawasan jajahannya.


Dari Kg Lelar powil terus drop kami di starting point utk ke Kg Agek. Start trecking pada jam 1.45ptg. kami bakal berhadapan dengan Bukit Bongok yang menjadi igauan ngeri bagi pendaki yg hendak ke Gunung Gerah. Jam 8mlm kami sampai di kem Agek dipisahkan dgn sebatang sungai dgn Kg Agek. Kami bermalam di kem agek, manakala pak uda balik tido dirumahnya, tak di pelawe pun kami tido di umah dia...hehehee


Kem Agek agak becak, tp dekat dgn sungai, agak kurang selesa kem site mcm nie, apa nk buat sampai jam 8mlm dh gelap, dh xde pilihan, adap jer la. selesai masak mkan mlm, time makan kurang sambutan kerana masing² dh siap bersihkan diri dan rasa baring lagi sedap dari makan. Itulah penangan bukit bongok...

Esok pagi selesai sarapan pagi dan tapau pack lunch kami gerak agak lewat lebih kurang pukul 10pagi, singgah rumah pak uda jemput dia sebelum gerak ke destinasi seteruskan yg kami target ialah bermalam di puncak gerah. Perjalanan trek yg agak landai sesekali melintasi sungai. sejam perjalanan jumpa Kem Kunyit, kem site cantik serta luas, sebelah sungai, rehat sebentar tunggu rakan blkg. sambung perjalanan lebih kurang 45min jumpa Kem Perodua. Kenapa nama kem perodua ? Dari kem perodua trek naik turun naik turun, terasa jauh perjalanan. jam 4.30ptg kami sampai di Kem sarsi. keluasan kem site agak terhad dgn water point lebih kurang 10min turun kebawah. Setelah semua sampai kelihatan masing² keletihan dan kelaparan. Memandangkan jam dh 5ptg, klau nk terus ke puncak gerah, nak kena pikul air naik dari simpang bilah agak begitu berat azabnya, sudah tentu gelap baru sampai puncak gerah maka keputusan diambil agar bermalam di kem sarsi dan akan gerak awal pagi esok secara free body utk tapau Gunung Gerah, Gunung Bieh dan Gunung Bilah serentak. 

3pagi bangun siapkan sarapan serta pack lunch, 4pagi semua gerak free body dgn misi berat utk tapau 3puncak serentak dlm masa 1 hari. 3jam perjalanan dgn trek pacak akhirnya jam 7pg kami sampai di puncak gerah. Puncak ditanda dengan beirut. Melihat keluasan puncak gerah sy anggap keputusan kami bermlm di sarsi tepat, kerana agak padat puncak gerah utk tampung kami seramai 23org.



Rehat setengah jam kami meneruskan perjalanan ke Puncak Bieh, sejam perjalanan sampai puncak bieh, puncak yg xde beirut hanya pokok berlumut menghiasi. selesai bergambar kami patah balik ke puncak gerah sebelum meneruskan perjalanan utk ke puncak bilah. hanya 15min perjalanan sampai di simpang ke bilah, setengah jam kemudian jumpa water point, tapau air utk kegunaan  ke puncak bilah. jam 12 tengahri kami sampai di puncak bilah, sama juga xde beirut hanya pokok berlumut. memandangkan dh tengahari, perut dh lapar, ramai yg dh mula makan pack lunch dan ada yg masak meggi utk cover lapar utk balik ke kem sarsi nt.




Jam 1ptg kami bertolak turun dari puncak bilah, rifil air kat water point td utk kegunaan dlm perjalanan dan utk masak di kem sarsi nt sbb malas nk turun water point sarsi, jauhhh...hehehe
akhirnya kami sampai di kem sarsi jam 3.30ptg, memandang kami target utk tido di kem kunyit maka pastilah hari nie kami kena OT, kami amik keputusan utk makan siap² sebelum kami kerja lebih masa hari nie.. selesai makan dan kemaskan brg, jam 5.30ptg kami bertolak ke kem kunyit. 

Sejam perjalanan, tetiba angin bertiup kencang mcm nak ujan, sejuk jgn cite ler, pak uda minta stop perjalanan dulu atas sebab kesalamatan, takut pokok tumbang. sejam menunggu, pak uda siap jampi serapah tolak angin, akhirnya kami meneruskan perjalanan. hari makin gelap, perjalanan semakin sukar dgn trek lincin akhirnya jam 10mlm kami sampai di kem kunyit. Masing² dh pewai, termasuk pak uda, semua dh tak sabar utk membersihkan diri dah dlm fikiran hanya nak rehat, makan no.2, mizi, sup dan rakan² lain yg sampai lebih awal dh siap mandi sibuk menyediakan makan mlm utk rakan² sebelum mereka tido, tp apa bole buat, badan dh letih, makan pun dh xselera. pada yg masih mampu bertahan selesai makan malam baru tido, ada yg tido dulu 2-3 pagi baru bangun cari makan. perut dh lapar mcm mna nak tido...hahahaa

Kalau smlm dh bangun 3pagi, pagi nie kami dh bole lajak skit sbb kami berada di zon selesa, kerana dari pengiraan kami dari kem kunyit ke kg agik sejam, dr kg agik layan bukit bongok 7jam dan setengah jam ke kg Lelar tmpt fowil tunggu. lebih kurang 9jam nk sampai kg lelar. janji dgn fowil 6ptg, klau gerak 8pagi sampai kg lelar 5ptg, masih awal.

Akhirnya pagi tu punyalah lajak start trecking kul 11pg..hahahaa. Perjalanan sama saja dengan masa datang, layan ler semula bukit bongok, 4jam layan pacak pastu 3jam layan turun, trek turun hancur org depan bantai slide. naya org belakang. pak uda pulak amik keputusan dr kg agik nk jalan blkg time keluar, xtahu ler mcm mna cara pak uda drift kat blkg, sy sendiri pun brapa kali slide celah kangkang abg yen. sampai kat sungai kecil perut dh rasa lapar, org depan masak meggi, bole ler lapik perut, kami lepak org depan terus cabut, kami tgu org blkg. akhirnya jam 7.30mlm sampai Kg Lelar, powil pun xsampai lagi...

Pukul 8mlm powil sampai, hantar pak uda balik kamin terus keluar ke kg Lasah, sampai masjid lasah selesai bersihkan diri, sedikit majlis perpisahan sebelum semua gerak ke pekan sg siput utk menjamu selera sebelum bertolak balik KL utk pulang ke destinasi masing².. maka trip ini berjlan lancar dan selesai dgn jayanya. 

Kepada yg dh grad G11 Tahniah!! diucapkan, dan kepada yg belum jumpa lagi kita di  Trip "MISION SEVEN TO ELEVEN" akan datang.....


Kepada tuan anjing yg saya langgar tu, sy minta maaf, bukan niat sy nk langgar dia, tp dia lintas jln xtengok kiri kanan. 

Hari pertama | 1 Mei | selasa
jam 8mlm - Bertolak dr KL ke Kg Lasah (bermalam)

Hari Ke-2 | 2 Mei | rabu
Kg Lasah - Pos Khemar (4WD) - Puncak Bongok - Kem Agek. bermalam di Kem Agek.

Hari Ke-3 | 3 Mei | khamis
Kem Agek – Kem Sarsi (bermalam)

Hari Ke-4 | 4 Mei | jumaat
Kem Sarsi - Simpang Bilah – Pucak Gerah – Puncak Bieh - Puncak Gerah - Simpang Bilah - Puncak Bilah - simpang Bilah- Kem Sarsi - Kem Perodua - Kem Kunyit (bermalam)

Hari Ke-5 | 5 Mei | sabtu
Kem Sarsi – Kg. Agek – Pos Kemar (4WD ) – Kg.Lasah


No comments:

Post a Comment