Monday, 2 July 2012

GENG SE7EN MAKAN BUAH

GUNUNG BUNGA BUAH
23-24 JUN 2012
4690 KAKI
7 PESERTA
KELAS TREK : C

PakSheikh ▲ Yusri ▲ Mizi ▲ Zaidi ▲ Uda ▲ Apai ▲ Bella

Gagal sekali bukan semesti gagal selamanya, perancangan kali pertama gagal walaupun persiapan rapi telah direncanakan 2 minggu awal, segala bentuk persembahan telah di praktikan bagi memastikan majlis berjalan lancar, namun atas masalah yang tak dapat nak dielakan maka trip Birthday party@Gunung Bunga Buah utk Nudd terpaksa ditangguhkan.

Tanggal 23 Jun 2012, 7 org merealisasikan trip Gunung Bunga Buah walaupun xder party namun majlis tetap meriah.
Bermula jam 3ptg berpengkalan di belakang hotel Sri Malaysia, 3 jentera di pakir di tepi jalan berhampiran starting point yang melalui kebun-kebun sayur serta buah epal membuatkan terfikir sejenak mungkin inilah punca gunung ini diberi nama Bunga Buah. agak nyer ler kott..
Mizi kata 2 jam jer trecking sampai puncak, itu kalau ikut bulatan, treck tu dh lama org tak lalu, biasanya org ikut blkg hotel Sri Malaysia, kalau 2 jam tak perlu naik awal-awal, tu yg start trecking 3ptg,


Lepas lalu kebun sayur terus pacak 40min sebelum jumpa jalan tar lama, lain mcm dia punya salam perkenalan. rehat 10min kami teruskan perjalanan, panas duduk lama-lama atas tar, layan trek tar dlm 1 jam yg dihiasi dinding batu sebelum sampai ke simpang ke puncak, jalan tu kalau terus akan keluar dibulatan, tp trek agak semak, yer la, mungkin dh lama org tak ikut trek tu.

Rehat secukupnya di simpang nak ke puncak, kerana sediamaklum ler, klau nk ke puncak harus pacak jer keja nyer, kumpul stamina sebanyak mungkin, lepas nie keja kuat, harus kurang rehat, klau tak makin teruk dikerjakan. 

Sambung trecking setelah siap makan utk cover perut bunyi time trecking, sejam meredah trek naik turun naik turun, layan permatang sikit akhirnya sampai puncak view atau juga dikenali sebagai Rock Garden.
Layan view Genting Highland serta hamparan gunung-gunung lain sekitar mata memandang membuatkan hilang penat lelah susah payah tadi dari ingatan.
Tak bole lepak lama, sbb time tu jam dah pukul 6.30ptg, kalau sejam lagi nak sampai puncak kira ngam ler 7.30ptg, belum gelap lagi.
Dari rock garden trek menurun aje, curam plak tu, dlm 30min sampai ler permatang bawah kemudian terus pacak sampai ler ke puncak, dekat pukul 8mlm juga baru sampai, dah gelap.
Kami pasang fly dikawasan lapang sebelum sampai puncak yg ada beirut, keluasan kawasan tersebut bole ler tampung 20-25org pendaki. Lupa nak bgtau, last water point dlm sejam sebelum sampai puncak, tapi tak pasti sebesar mana air dan sejauh mana lokasinya, kami tak turun last water point sbb kami dh pikul 3botol mineral 1.5L sorng.
Acara malam berjalan lancar, menu makan malam, pulut lemak dgn mangga, nasi putih, ayam bakar, ayam kari, telur ayam, semua berasaskan ayam. tahap sejuk boleh tahan juga, tengah malam bantai hujan pulak, sejuk sampai ke tulang, tido menerap ler jawapnya..
Bangun pagi masak kotew goreng, kemas barang, packing beg, terus pegi puncak hanya sebelah ja dgn tapak khemah. Puncak yg ditanda beirut beserta dgn pokok yg tinggi agak terhad utk layan view. kalau dari tapak khemah ada 1 site tu bole nampak KLCC.
Pukul 10pagi bertolak turun, pukul 2ptg sampai kat kereta, terus cari masjid utk bersihkan badan sebelum bertolak balik KL.
-TAMAT-

1 comment:

  1. dari GBB tu tak sampai pun rock garden
    serius takjumpa
    kecewa gila
    anyway thanks jawab sy call haritu ha5

    ReplyDelete