Friday, 14 December 2012

GUNUNG BENUM

Rezab Hidupan Liar Krau dimana terletaknya Gunung Benum merupakan kawasan perlindungan yang tertua di Malaysia. Ianya diwartakan pada 9 Jun 1923 dengan keluasan seluas 62,395 hektar. Rezab ini merupakan kawasan perlindungan Hidupan Liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.

Gunung Benum merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benum terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.

Perjalanan Pendakian Gunung Benum
Pendakian ke puncak Gunung Benum merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan oleh pendaki-pendaki. Rentisnya boleh dikategorikan sebagai sukar atau hardcore trail serta mempunyai pemandangan panorama indah ditambah dengan jeram dan lata di kaki gunung yang sedia menanti para pendaki semasa dalam perjalanan balik. Punca air di beberapa tapak perkhemahan hanyalah dari tangki tadahan oleh itu pendaki perlu bersedia dengan keadaan sumber air terhad dan keperluan membawa air yang mencukupi semasa sedang berjalan/ trekking.

_______________________________________________ 




LALUAN PENDAKIAN GUNUNG BENUM ANGGARAN JARAK PERJALANAN (KM)

Pos Perlok – Kem Jeneruh = 9KM

Kem Jeneruh – Gunung Lilin = 4.5KM

Gunung Lilin – Permatang Angin = 5KM

Permatang Angin – Puncak G. Benom – Permatang Gunung Cermin = 11KM

Permatang Gunung Cermin – Kem Lata Bujang = 6KM

Kem Lata Bujang – Pos Perlok = 2.5KM

______________________________________________

ITINERARY :

14/11/12 (Rabu)
Kuala Lumpur - Jerantut-Pos Perlok

15/11/12 (Khamis)
Pos Perlok - Kem Jeneruh (bermalam) 7jam

16/11/12 (Jumaat)
Kem Jeneruh - Batu Serondoh/Permatang Angin (bermalam) 9jam

17/11/12 ( Sabtu)
Permatang Angin - Puncak - Permatang angin - Gunung Cermin (bermalam) 12jam

18/11/12 (Ahad)
Gunung Cermin - Kg Perlok (TAMAT) 9jam

No comments:

Post a Comment