GUNUNG BAH GADING
26-28 JAN 2013
5318 KAKI
24 PESERTA
KELAS TREK : B
26-28 JAN 2013
5318 KAKI
24 PESERTA
KELAS TREK : B
PESERTA :
Pak Sheikh,Sawa,Mizi,Sufri,Yoyo,Alen,,Raman,Hermanshah,Abg Apai,Adzhar,Zubir,
Azie,Elle,Maria,Im,Naza,Sal,Quek,Nadd,Pah,Mira,Rinda,Kak pah mammut,Miza,Liana
Pak Sheikh,Sawa,Mizi,Sufri,Yoyo,Alen,,Raman,Hermanshah,Abg Apai,Adzhar,Zubir,
Azie,Elle,Maria,Im,Naza,Sal,Quek,Nadd,Pah,Mira,Rinda,Kak pah mammut,Miza,Liana
"Mendaki Gng Bah Gading & Tiruk Air Terjun Tigok"
tentatif :
25.1.13 jumaat
9.00mlm - Berkumpul di parking awam Muzium Negara.
9.30mlm - Bertolak ke Bidor
11.00mlm - Tiba di Masjid Bidor / solat insya / rehat
26.1.13 sabtu
7.00pg - Sarapan kat kedai mamak salim
8.00pg - Parking keta di Balai Bidor
8.30pg - Naik powil ke Pos Gedong
10.00pg - Sampai di Pos Gedong
10.30pg - Start trecking
12.30pg - Sampai di Last Water Point / Lunch (tapau air)
1.30ptg - Sambung trecking ke Kem Permatang
3.30ptg - Tiba di kem site / pasang fly / masak / tido
27.1.13 ahad
6.00pg - bangun sarapan
7.00pg - start trecking ke puncak
10.00pg - Tiba di Puncak
11.00pg - Start turun
1.00ptg - Sampai kem site / lunch / kemas beg
3.00ptg - Start turun
5.00ptg - Tiba di Air Terjuk Tigok / mandi manda / bermalam
28.1.13 isnin
9.00pg - bangun sarapan
10.00pg - start trecking
12.00tgh - tiba di Pos Gedong
1.00ptg - Naik powil keluar
2.30ptg - sampai Masjid Bidor
3.30ptg - Cari kedai tom yam / makan
4.30ptg - Bertolak balik ke KL
6.00ptg - Balik tido rumah masing² / TAMAT
MENJEJAK KAKI DI BAH GADING DAN MENJEJAKI AIR TERJUN TIGOK
Lari dari kesibukkan kota, mencari kedamaian alam semulajadi menjadi motif sekumpulan pendaki seramai 25 orang untuk menawan puncak Gunung Bah Gading dan menjejaki Air Terjun Tigok anjuran SEVEN OUTDOOR TEAM (SOT). Kedua-dua lokasi tersebut terletak berhampiran perkampungan orang asli Pos Gedong, Bidor, Perak. Pos Gedong dihuni oleh orang asli dari kaum semai. Pos Gedong juga merupakan pintu masuk utama laluan ke Gunung Bah Gading dan Air Terjun Tigok yang juga merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Bukit Tapah. Untuk memasuki kawasan ini perlu mendapatkan kebenaran dan permit memasuki hutan simpan dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan terlebih dahulu sebelum menjalani apa-apa aktiviti di kawasan hutan simpan.
Perjalanan dari Pekan Bidor ke Pos Gedong harus mengunakan khidmat pacuan 4 roda kerana laluan yang tidak rata menyukarkan kenderaan lain untuk melepasi laluan berbatu, berbukit dan beberapa kali melintasi sungai. Perjalanan sejauh 26km perlu menempuhi satu perkampung orang asli Pos Senta dan memakan masa hampir 1 jam untuk sampai ke Pos Gedong.
Khidmat jurupandu arah diperolehi dari kalangan anak muda kampung tersebut bagi memimpin para pendaki ke puncak gunung bah gading dan air terjun tigok.
Khidmat jurupandu arah diperolehi dari kalangan anak muda kampung tersebut bagi memimpin para pendaki ke puncak gunung bah gading dan air terjun tigok.
Perjalanan hari pertama memerlukan para pendaki menyusuri dan melintasi sungai hampir 8-10 kali. Kesejukan dan deruman air sungai yang mengalir bagaikan penyuntik semangat dan kudrat untuk meneruskan perjalan. Setelah 2 jam menyusuri dan melintasi sungai pendaki akan sampai di lintasan sungai terakhir sebelum memasuki laluan balak untuk menuju ke tapak perkhemahan.
Lintasan sungai terakhir juga adalah sumber air terakhir pendaki kerana sepanjang 2 jam perjalanan ke tapak perkhemahan tiada lagi sumber air diperolehi. Para pendaki perlu mengambil bekalan air secukupnya untuk kegunaan di tapak perkhemahan pada malam tersebut dan untuk kegunaan semasa mendaki ke puncak keesokan paginya.
Tapak perkhemahan yang luas terletak diatas permatang mampu memuatkan 35-40 pendaki dalam satu masa.
Lintasan sungai terakhir juga adalah sumber air terakhir pendaki kerana sepanjang 2 jam perjalanan ke tapak perkhemahan tiada lagi sumber air diperolehi. Para pendaki perlu mengambil bekalan air secukupnya untuk kegunaan di tapak perkhemahan pada malam tersebut dan untuk kegunaan semasa mendaki ke puncak keesokan paginya.
Tapak perkhemahan yang luas terletak diatas permatang mampu memuatkan 35-40 pendaki dalam satu masa.
Menuju Puncak
Bangun seawal jam 7 pagi untuk menyediakan sarapan, para pendaki mula mengemaskan barang dan melakukan persiapan untuk pendakian ke puncak yang hanya memerlukan beg kecil untuk membawa bekalan air dan makanan ringan. Selesai sarapan para pendaki sudah bersiap sedia untuk memulakan pendakian yang memerlukan 2-3 jam perjalanan untuk tiba di Puncak Bah Gading.
Laluan ke puncak agak mencanak hingga ke puncak anak bah gading, dari puncak anak bah gading laluan mulai menurun sehingga kaki bah gading seterusnya kami perlu mendaki hingga ke puncak bah gading yang memakan masa 20 minit pendakian. Gunung Bah Gading mempunyai ketinggian 5,318 kaki dari aras laut dan puncak ditanda dengan beirut.
Selesai sesi bergambar di puncak para pendaki meninggalkan puncak bah gading dengan seribu kenangan indah perit maung dalam usha menjejakkan kaki di puncak Gunung Bah Gading.
Selesai sesi bergambar di puncak para pendaki meninggalkan puncak bah gading dengan seribu kenangan indah perit maung dalam usha menjejakkan kaki di puncak Gunung Bah Gading.
Perjalanan turun agak mudah kerana laluan lebih banyak menurun, pendaki hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai di tapak perkhemahan. Para pendaki mengambil peluang melepaskan lelah sementara menunggu semua rakan pendaki tiba untuk makan tengahari dan kemaskan beg sebelum meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan Air Terjun Tigok.
Air Terjun Tigok
Perjalanan ke air terjun tigok masih mengunakan laluan yang sama , pendaki perlu menuruni laluan tersebut sehingga tiba di satu persimpangan yang terletak 10 minit sebelum lintasan sungai terakhir semalam. Laluan agak luas dan selesa, 5 minit perjalanan kami sudah mula memasuki laluan pokok buluh, meniti tebing yang agak curam dan beberapa kali melintasi sungai. Laluan ke air terjun tigok agak kurang di lalui orang dan agak sukar menjejaki laluan jika baru pertama kali melaluinya. Agak bahaya jika kita tidak mengunakan khidmat jurupandu arah orang tempatan kerana mereka lebih arif dengan laluan tersebut. Laluan ke air terjun tigok terdapat banyak jerat haiwan yang dipasang oleh orang asli bagi memerangkap haiwan yang memakan buah durian.
Hampir 1 jam perjalanan akhirnya bunyi deruman air semakin kuat memecah keheningan belantara. Ini menunjukkan sudah semakin hampir dengan lokasi air terjun.
Hampir 1 jam perjalanan akhirnya bunyi deruman air semakin kuat memecah keheningan belantara. Ini menunjukkan sudah semakin hampir dengan lokasi air terjun.
Hari semakin gelap, Jam menunjukkan jam 7 petang, tinjauan dilakukan berhampiran air terjun, tiada kawasan lapang yang sesuai dijadikan tapak perkhemahan, ahkirnya satu kawasan yang difikirkan sesuai yang terletak berhampiran sungai dibersihkan untuk dijadikan tapak perkhemahan.
Suasana malam yang agak merimaskan dengan serangan agas, semua pendaki tidak melepaskan peluang untuk membersihkan diri di sungai, selesai makan malam semua pendaki merehatkan badan kerana esok pagi adalah hari yang amat bermakna bagi mereka meraikan kejayaan dalam misi Eksplorasi Gunung Bah Gading dan Air Terjun Tigok.
Santai
Santai
Semua pendaki bangun awal pagi kerana tidak sabar untuk menikmati keindahan dan kesejukan air terjun tigok, Sarapan pagi telah siap dan dibawa ke gigi air terjun untuk sama-sama bersarapan. Berlatar belakangkan air terjun yang menghempas batu memecah keheningan pagi sambil menikmati deruman air terjun adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Selesai sarapan semua tidak melepaskan peluang untuk mandi manda bersama rakan-rakan lain. terdapat sebuah kolam di kaki air terjun dijadikan lokasi untuk mandi.
Misi Berjaya
Selepas makan tengahari kami sambung perjalanan pulang ke Pos Gedong, mengunakan laluan yang sama menyusuri dan melintasi sungai, setelah 2 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Pos Gedong. Rehat sebentar sambil bergambar kenang-kenangan suasana kampung Pos Gedong sebelum menaiki pacuan 4 roda untuk kembali ke pekan Bidor. Selesai membersihkan diri dan menjamu selera. semua peserta pulang kedestinasi masing-masing dengan satu pengalaman yang cukup indah.
:)
ReplyDeleteseronoknya ada air terjunnn
ReplyDelete