Lokasi gunung gagau yang terletak bersebelahan dengan taman negara pahang juga menjadi titik sempadan tiga negeri iaitu pahang, kelantan dan terengganu. Gunung Gagau berada dipinggir tasik kenyir yang menjadi laluan utama untuk ke tempat permulaan pendakian iaitu di sungai cicir.
Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbina akibat takungan air dari Empangan Kenyir yang telah siap dibina pada tahun 1985. Mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan mengandungi 340 buah pulau jadian yang asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.
Adunan keindahan alam semula jadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, banjaran bukit, gunung dan gua serta hutan yang diliputi flora dan fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.
Gunung Gagau kurang dikenali dikalangan para pendaki, akibat daripada kekangan kos yg agak tinggi untuk mendaki gunung gagau, mengakibatkan tak ramai pendaki sanggup utk ke gunung gagau. Ini disebabkan oleh kos pengangutan untuk merentasi tasik kenyir memerlukan houseboat atau speedboat, kadar harga yg dikenakan utk speedboat adalah RM1200 utk 8 orang untuk perjalanan pergi dan balik, manakala kadar sewa houseboat RM1300-RM1500 tanpa disediakan makanan untuk sehari semalam. kapasiti muatan antara 15-20 orang peserta. Jika program pendakian Gunung Gagau 4H3M sudah mencecah RM3900-RM4500 hanya utk houseboat. Manakala kadar bayaran jurupandu arah tidak ditetapkan secara rasmi oleh jabatan perhilitan atau pihak taman negara, semuanya atas budibicara jurupandu arah tersebut. cuma jurupandu arah telah ditetapkan oleh jabatan perhilitan haruslah daripada kakitangan jabatan perhilitan atau renjer kawasan tersebut boleh berhubung dengan pejabat perhilitan dearah kuala berang untuk urusan jurupandu arah. disini disertakan no telefon agensi atau pengusaha speedboat dan boathouse utk urusan pendakian gunung gagau.
:: pertanyaan speedboat dan houseboat ::
Pusat Penerangan Perlancongan
Pengkalan Gawi
Tel : 09-6267788
:: Urusan permit dan guide ::
Taman Negara Terengganu
Pej. Perhilitan Daerah Kuala Berang
Bangunan Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 Kuala Berang
Terengganu
Tel : 09-6811831 fax : 09-6811124
:: urusan boathouse ::
Pengusaha Houseboat
Ibrahim - 013-9328929
Perjalanan dari KL ke Kuala Berang sejauh 410KM adalah satu jarak yg agak mengugat kosentrasi permanduan. Mengharungi perjalanan diwaktu yg lazimnya sedang bersantai dihadapan tv melayani astro chanel 611 cite detective conan adalah cobaan pertama dlm program pendakian Gunung Gagau dan Bersantai di Tasik Kenyir, Terengganu. 6 jam permanduan akhir kami menjejaki bumi terengganu. "Negeri Cantik Budaya Menarik" slogan bagi sambutan tahun melawat terengganu. kerajaan telah mengumumkan bahawa 2013 adalah tahun melawat terengganu, dengan kehadiran kami seramai 23 ke negeri ganu merancakkan lagi eco-pelancongan Taman Negara Tasik kenyir amnya dan Negeri Terengganu umumnya.
Pengangkutan yang sangat sinonim dgn tasik kenyir adalah rumah bot (houseboat). Selain dari rumah bot terdapat juga bot laju gentian fiber (speedboat) untuk kegunaan membawa pelawat atau pelancong menerokai khazanah yg terdapat di tasik kenyir. Untuk program yg melibatkan bermalam di kawasan Taman Negara Tasik kenyir, kegunaan rumah bot paling sesuai, kemudahan asas yg terdapat didalam sesebuah rumah bot sama seperti rumah diluar sana. Terdapat dapur serta kelengkapan memasak, tandas, tv, set karoke dan ruang tidur.
Jeti jenagor menjadi pengkalan dimana boathouse kami berlabuh, kebiasaannya seawal jam 9 pagi bothouse akan bergerak masuk ke taman negara tasik kenyir. pos perhilitan di tanjung metong adalah tanda aras kawasan taman negara, setiap pelawat yang memasuki taman negara haruslah mendapatkan permit terlebih dahulu dipejabat perhilitan kuala berang sebelum memasuki taman negara tasik kenyir, ranger di pos inilah yg akan memeriksa permit dan peralatan yg dibawa bg memastikan semua pelawat mematuhi peraturan taman negara.
Perjalanan dari jeti jenagor ke sungai terengan memakan masa 5jam perjalanan. sg terengan adalah lokasi popular untuk parking boathouse, terutamanya bagi kaki² pancing. Bagi kami sungai terengan adalah lokasi paling hampir dengan starting point utk mendaki gunung gagau. 5 jam berada diatas bothouse bg yg 1st time dtg memang teruja menikmati keindahan alam semulajadi tasik kenyir, bg yg dh penah dtg keterujaan tu agak kurang skit jd semua pakat tido. 3 jam pelayaran, crew SOT dh sibuk setup ration, 22 pendaki dan sorng stay di bothouse mancing bersama 3 boatman. lagi 1 jam utk sampai sg. terengan semua peserta diarahkan utk bersiap sedia, amik ration dan packing beg. Sampai ja terengan boathouse terus parking tepi, speedboat hantar semua peserta ke starting point kat sg cicir. 2 speedboat digunakan, 1 speedboat naik 3org, hampir 3 kali ulang alik mengangkut, nasib baik tak jauh.
Kami sangat bertuah dengan kehadiran seorang kakitangan dari Pejabat Perhilitan Taman Negara Tanjung Mentong untuk memberi sedikit taklimat tentang trail ke Gunung Gagau. Selesai taklimat sesi pemanas badan dijalankan diiringi bacaan doa.
Perjalanan dimulakan pada jam 4ptg diketuai oleh seorang jurupandu arah yg dilantik oleh jabatan perhilitan utk menerajui kumpulan kami sepanjang program pendakian ke gunung gagau. Kem A atau Kem Sg. Pak Chau adalah lokasi malam pertama kami. Perjalanan memakan masa 3 jam perjalanan dan perlu menempuh 17 anak bukit naik turun sebelum tiba di Kem A pada jam 7ptg bg kumpulan pertama dan peserta terakhir pd jam 8mlm.
Namun harus diingat, jika sampai di satu kawasan pokok buluh terdapat kesan tapak dan najis gajah, trek agak kurang jelas kerana kawasan tersebut lapang dan kurang pokok besar selain pokok buluh yg boleh diletakkan tanda. byk tanda sudah hilang serta laluan² gajah yg mengelirukan.hati² dikawasan ini.
Kem A sgt luas dan mampu memuatkan lebih kurang 30-40 orang dlm 1 masa serta berada berhampiran dgn sungai. Sungai tersebut adalah sungai Pak Chau, air sgt jernih dan bersih.
Hari kedua perjalanan agak mencabar, kami perlu bertolak awal pagi, kerana hari ni kami akan ke puncak Gunung Gagau. kami perlu melalui kem B atau Kem Sg. Cicir. jarak perjalanan dari Kem A nak ke Kem B ialah 4 jam, laluan byk mendatar sesekali mendaki bukit, namun perlu hati² kerana byk laluan yg mengelirukan disebabkan faktor pokok tumbang dan laluan binatang.
Kami sampai di Kem B pada jam 11.30pg, kem B agak kecil dr kem A, anggaran keluasan bole muat dlm 30org dlm 1 masa, berada berhampiran sungai cicir, air agak kekuningan, namun bersih. Fly siap dipasang kerana dijangkakan akan sampai kembali di kem B kemungkinan hari dah gelap, kerana dari kem B ke Puncak 3 jam mendaki.
Selesai makan tengahari lebih kurang pukul 1ptg kami bertolak ke Puncak gunung gagau secara daypack. Trek agak mencanak, laluan jelas dan terang. kurang halangan pokok tumbang, 30min sebelum sampai puncak, disebelah kanan terdapat batu sempadan 3 negeri, pahang, kelantan dan terengganu.
Puncak pulak ditanda dengan papan tanda oleh jabatan perhilitan, puncak yg agak kecil dan kurang ruang utk melihat view. selesai sesi bergambar kami segera turun, kerana sudah lewat petang.
Perjalanan turun agak laju, trek hanya menurun, trek yg bersih dan lapang membuatkan perjalanan menjadi lancar. Akhirnya kami sampai di kem site pd jam 8mlm.
Selesai membersihkan diri, makan malam dihidangkan, selesai menjamu selera borak sekejap semua masuk tidur.
Hari ke-3 kami perlu berjalan selama 7 jam dari kem B ke starting point, dari kem B ke kem A 4 jam, dan dari kem A ke starting point 3jam. sampai di kem A kami makan tengahri dan meneruskan perjalanan ke starting point, jam 5ptg kami sampai di starting point. speedboat dh siap tunggu utk bawa kami balik ke boathouse.
Sampai diboathouse semua membersihkan diri utk memulakan acara sebelah mlm, iaitu acara BBQ kambing dgn nasi minyak ayam masak merah bagi meraikan kejayaan menawan puncak Gunung Gagau.
Sekor kambing dibakar BBQ, yg lain semua sibuk menyediakan menu nasi minyak ayam masak merah, kesibukan didapur seperti sebuah majlis kenduri. acara mlm berjalan lancar, yg berkaroke bantai sampai jam 3pagi.
Esok pagi jam 7.30pg boathouse mula bergerak balik ke jeti jenagor, jam 12 tgahri boat sampai dijeti jenagor, selesai loading barang masuk dlm keta, kami bertolak balik KL dan singgah di sebuah kedai mkan di kuala berang layan baung masak tempoyak. selesai mkan tghari kami bertolak terus balik KL. jam 9mlm kami tiba di KL dengan selamat. Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Mendaki gagau santai tasik kenyir ini.

..............................................................................................................................
26 Jun 2013 :Rabu
0900 : Bertolak dari KL ke Kuala Berang
0400 : Sampai di Kuala Berang / masjid / solat subuh
27 Jun 2013 :Khamis:
0700 : Sarapan dan tapau makanan tengahari di pekan kuala berang
0800 : Bertolak masuk ke jeti jenagor
0930 : Naik BotHouse ke Sg. Cicir
1200 : Lunch ats BotHouse
1300 : Tiba di Starting point (kem sg.cicir)
1400 : Start trecking ke kem Sg. Pak chau
1900 : Sampai di Kem Sg. Pak Chau (bermalam)
28 Jun 2013 :jumaat:
0700 : Bangun dan sarapan
0900 : Start Trecking ke Kem B
1200 : Tiba di Kem B, lunch/pasang Fly
1300 : Sambung trecking ke Puncak Gng Gagau
1600 : Tiba di Puncak Gng Gagau
1700 : Mendaki turun ke Kem B
2000 : Tiba di kem B (bermalam)
29 Jun 2013 :sabtu:
0700 : Bangun sarapan dan berkemas
0900 : Start trecking ke Kem Sg. Pak Chau
1200 : tiba di Kem sg. pak chau / luch
1300 : teruskan perjalanan ke starting point (kem sg cicir)
1600 : sampai di Sg cicir / naik BotHouse
1700 : Bersihkan diri / persiapan BBQ
1900 : BBQ / santai / memancing / karoke
30 jun 2013 :ahad:
0800 : Bangun Sarapan / mancing
1000 : BotHouse bertolak balik ke jeti jenagor
1400 : Sampai jeti / berkemas utk pulang ke KL
1600 : singgah makan mee ayam di peka kola berang / shoping kepok leko
1700 : Bertolak balik KL
2300 : Sampai KL

salam boleh saya dapatkan number phone guide gunung gagau?
ReplyDeleteAda tu kat atas tuan
Delete