SIRI 1 : CUS
31 Jan - 3 Feb 2014
Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat
GUNUNG CHAMAH
Gunung Chamah ialah sebuah gunung terpencil yang terletak di Hutan Belum,Kelantan, Malaysia. Tingginya 2,171 meter. Gunung Chamah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Disebabkan lokasinya, hutan di Gunung Chamah adalah hutan dara, dengan tamadun terdekat terletak 40-50 kilometer dari tempat ini. Penggembaraan berjalan kaki memerlukan pemandu yang berpengalaman. Hubungan tunggal dengan dunia luar ialah perjalanan perahu selama tiga jam melalui Tasik Temenggur. Tasik Temenggur dibentukkan pada tahun 1970-an ketika kerajaan Malaysia membina sebuah empangan di Sungai Temenggur dan menenggelami sebahagian hutan. Masih terdapat banyak orang asli yang tinggal di hutan ini. Mereka menggunakan Tasik Temenggur yang mengaitkan Grik dengan Pos Kemar sebagai sistem pengangkutan utama mereka.
GUNUNG ULU SEPAT
Gunung Ulu Sepat yang terletak di Tasek Temenggor, Perak Darul Ridzuan/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,161 meter(7,089 kaki).
Gunung Ulu Sepat mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Ulu Sepat, Perak merupakan sebuah gunung G7, merujuk kepada gunung > 7,000 kaki. Ia merupakan salah satu dari tujuh gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa yang 5 darinya terdpat negeri Perak. Dua gunung tertinggi yang tidak terdapat di Perak adalah gunung Tahan dan gunung Chamah.
Log :
30 Jan 2014
8.30mlm - bertolak dari KLSentral
31 Jan 2014
7.33pg - sampai di Gua Musang
9.30pg - bertolak dgn powil ke starting point
2.00ptg - start trecking ke kg rekom
5.00ptg - sampai di kg rekom
5-6ptg - rest kg rekom
6.00ptg - start trecking ke kem pak ma
6.30ptg - tiba di kem pakma
6.30-7.00ptg - rest
7.00ptg- start trecking ke kem tengah
7.40ptg - tiba di kem tengah
7.40-8.00mlm - rest
8.00mlm - bertolak ke tongkat ali
9.25mlm - tiba di kem tongkat ali
9.25-11.34mlm- rest
11.34mlm - bertolak ke puncak chamah
1 Feb 2014
1.27pg - sampai di anak chamah
1.27-2.10pg - rest
2.10pg-bertolak ke puncak chamah
6.14pg - sampai puncak chamah
6.14am-10.40am- rest
10.40pg - bertolak turun dari chamah
12.45pg - sampai anak chamah
1.00ptg- bertolak ke kem tongkat ali
1.40ptg - sampai di kem tongkat ali
1.40-4.23ptg - rest
4.23ptg - bertolak ke kem tengah
5.40ptg - tiba di kem tengah
5.40-6.20ptg - bertolak ke kem pakma
8.31mlm - tiba di rekom
END
MISSION FAILED
Trip yg dicompress dari 6 hari kepada 3 hari memberi tekanan yg kuat dlm pelbagai aspek, nmpk agak mustahil, tp perkara yg nmpk mustahil jika dapat direalisasikan ianya satu pengalaman yg cukup indah.
Misi dan objektif bergerak agak selari jika pandagan seseorang dipandang dari sudut yg berbeza, namun agak tidak janggal jika pandagan lebih tertumpu kpd mengambarkan kehebatan atau kekuatan individu atau team tersebut.
Tujuan sebenar trip ini di compress untuk memberikan lebih tekanan di setiap sudut dalam mendidik para pendaki menjadi pendaki yg sebenar, sistem mentor dan mentee diwujudkan bagi memberi peluang kepada mentor dan mentee memantapkan peranan masing² dlm proses pembelajaran 2 hala antara mentor dan mentee, peranan dan tanggungjawap diberikan bermula dari persediaan latihan mencari stamina, setup ration, pengurusan masa, pengurusan diri serta peranan utk team dan peranan utk group. Semua perkara ini cukup penting dlm memastikan seorang pendaki itu benar-benar menjadi pendaki yg berilmu.
Perjalanan bermula dari KL Sentral yang mana keretapi adalah pengangkutan yg sangat sinonim utk ke pantai timur, destinasi dituju ialah Gua Musang yg memakan masa hampir 10jam perjalanan. Jangkaan tiba jam 6.15pg tersasar, hampir jam 7.33pg tiba stesen KTM Gua Musang, guide dan 2-3org rakan sedia menunggu, kebetulan ada 1 team yg akan sama² masuk Chamah, tp mereka buat chamah single, 2 buah powil gerak ke drop point, hampir 3 jam layan jln kampung dan treck balak, drop point ada sungai, boleh tapau air utk 3jam trecking treck balak, memadai sebotol 1.5L sbb sebelum sampai kg rekom ada water point, bole rifil utk kegunaan sepanjang perjalanan ke kem pakma, lepas tu xde mslah dah bab air. dari kem pakma kami terus ke kem tengah, hari dah mula gelap, rehat sampai lepas maghrib, jam 8mlm kami bertolak ke kem tongkat ali, 9.25mlm tiba di kem tongkat ali, agak kelewatan, hampir 2 jam kami ambil masa utk makan dan rehat, target utk bermalam di puncak chamah memaksa kami utk terus berjalan, perjalanan dimulakan 11.34mlm utk ke puncak chamah. Jika perjalanan disebelah siang ari memakan masa 5 jam perjalanan normal, perjalanan sebelah malam akan slow atas faktor had penglihatan dan faktor keletihan. hampir 7 jam berjalan akhirnya kami sampai puncak chamah 6.14pagi. Pasang fly dan minum teh O panas kami terus tido sbb badan sgt keletihan akibat 18 jam trecking.

Hanya 4 jam 30 min kami tido, akhirnya jam 9pg semua bangun siapkan sarapan jam 10.40pg kami bertolak turun ke kem tongkat ali, org terakhir sampai jam 2.30ptg, jika dikira baki masa, kami sudah tak cukup masa utk ke gunung ulu sepat, kerana tiket train kami di sungai siput jam 2pg esok, paling lewat kami kena sampai kg lelar jam 10mlm, utk itu kami perlu sampai kg rekom selewat-lewatnya jam 6ptg. akibat rehat terlampau lama jam 4.23ptg baru bertolak dari kem tongkat ali, akhirnya kami sampai kg rekom jam 8.30mlm.
Meting tergempar dilakukan bagi menilai dan membuat keputusan akan perjalanan perlu diteruskan atau ditamatkan di kg rekom kerana jika dikira-kira baki masa memang sudah tidak mengcukupi. akhirnya keputusan sebulat suara memutuskan misi ditamatkan di kg rekom.
Walaupun misi gagal, tapi objektif program utk mendidik, mengajar, mempelajari, berkongsi ilmu dan muhasabah diri berjaya disampaikan. Era skrg era pendaki eksklusif, tak berminat utk melakukan apa² tugasan, mereka membayar yuran xpdc dan mengharapkan semua perkara disediakan dari segi makan minum dan penginapan, urusan penyediaan juga diserahkan kpd penganjur, mereka mengharapkan serba serbi disediakan kerana beranggapan mereka adalah pelangan. presepsi itu membuatkan mereka tidak perlu melakukan apa² tugasan spt memasak, memasang khemah atau fly sheet. Ramai pendaki skrg tidak tahu memasak, tak tahu pasang khemah/fly, tak tahu apa tindakan jika berlaku kecemasan, gagal menguruskan masa dgn tepat, kurang kesedaran tentang risiko semasa beraktiviti, malah yg paling teruk langsung tidak melakukan latihan utk menghadapi sesuatu sesi pendakian yang menyebabkan perjalanan sesuatu trip terjejas. sikap pak turut juga menjadi amalan pendaki skrg, tanpa perlu menyeledik atau membuat kajian tentang sesuatu lapangan pendakian kerana hanya ikut kawan.
"Matlamat Sukan Rekreasi adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal,emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatupadu. Oleh itu, Sukan Rekreasi haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan".
Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabung jalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi dikalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.
Post Mortem :
√

No comments:
Post a Comment