Monday, 16 December 2013

Mt. Fansipan & Vietnam Travel


Gunung Fansipan, Vietnam
Gunung Fansipan adalah sebuah Gunung yang terletak di utara negara Vietnam yang memiliki ketinggian 3143 meter atau setara dengan 10,312 kaki dari paras laut. Terletak di dalam Taman Negara Hoang Lien, Sa pa, merupakan gunung tertinggi di vietnam serta digelar ' roof of indochina".
Pendakian bermula dari Pejabat Taman Negara yg terletak 9km dari pekan Sa pa. Perjalanan utk 2 jam pertama kami melalui struktur muka bumi yg berbukit dgn tanah gambut. sesekali mendaki anak bukit dan menurun serta 4 kali melintasi sungai kecil.

2jam perjalanan akan tiba di kem 1, kem yg dilengkapi paip air dan pondok buluh bagi kemudahan pendaki berehat dan mengurangkan kesejukan. Makan tengahari nasi putih dgn rendang daging berserta teh o panas cukup membuatkan badan kembali segar dan bertenaga utk menyambung perjalanan.
Perjalanan diteruskan ke kem 2 yg menjadi tempat penginapan mlm pertama kami di pergunungan Taman Negara Hoang Lien. Laluan kali ini sudah berubah, banyak mendaki dari menurun, permukaan muka bumi pun kian berubah, tiada lagi pokok² besar, hanya pohon buluh renek berteman sepanjang jalan. Tangga konkrit dan aluminium dipasang bg memudahkan pendakian, hampir petang tiba di kem 2, suhu semakin rendah, sejuknya sudah sampai ketulang, pakaian panas harus segera dipakai bg mengekang kesejukan, walaupun duduk didalam pondok yg berbalut kanvas, namun angin sahdu yg menyelinap masuk dari bawah lantai pondok yg berlubang membuatkan kera atas pokok pun bole jatuh kalau layan sejuk ni.
Sebelah malam tiada aktiviti firecamp dibenarkan, kerana itu adalah undang² dan larangan Taman Negara yg tidak membenarkan sebarang aktiviti pembakaran dilakukan waima memasak guna dapur sekali pun, kerana dikhuatiri berlakunya kebakaran. Namun atas kehebatan porter² kami menyeludup masuk gas utk bekalan kami memasak,maka sebelah mlmnya kami makan malam dgn menu ayam masak kicap, sardin, sambal bilis dan telor dadar berserta sayur campur. dah kenyang pegi tido....
Trail perjalanan dari starting point ke kem 2
Suasana sepanjang berada di Kem 2



Hanoi, Vietnam
HANOI merupakan ibu negara vietnam yg terletak di sebelah utara vietnam dan merupakan kota terbesar kedua di negara tersebut. Sejak tahun 1976 telah memiliki penduduk lebih dari 2,6 juta orang. Hanoi yang berusia 1000 tahun lebih, merupakan salah satu kota terbaik di asia dengan kekayaan budaya, pemandangan indah dan keramaian kotanya. Hanoi juga merupakan pusat kebudayaan Vietnam, banyak dinasti-dinasti Vietnam meninggalkan jejaknya di kota tersebut.
Old Quarters merupakan pusat perlancongan dan perniagaan didalam bandaraya hanoi. Menjadi tumpuan pelancong memperolehi cenderamata atau buah tangan utk dibawa pulang, pekan yg sgt sibuk seawal jam 6pagi membuatkan pekan Old Quarters sgt unik dgn bingitan bunyi hon kenderaan sebagai tanda komunikasi sesama pemandu atau dgn pejalan kaki.
Dari Airport Noi Bai, Hanoi mengambil masa 1 jam utk sampai di Old Quarters, dgn suhu yg cukup dingin spt berada di cameron highland tidak menjadi masalah utk kami meronda keseluruhan Old Quarters dgn hanya berjalan kaki. Agak susah utk dpt makanan halal disini, hanya sebuah restoren "Little India" yg menyajikan masakan malaysia, china dan india yg halal. paling best, pelayan restoren tersebut pandai ckp melayu kerana owner restoren tersebut adalah org malaysia yg berkahwin dgn org vietnam dan menjalankan perniagaan di sini. Inilah satu-satunya restoren yg kami yakin tahap halalnya, yg lain agak was-was.
Tip utk wanita yg nak shoping kain sutera atau kain cotton vietnam, pergilah ke Pasar Dong Xuan juga terletak didalam kawasan Old Quarters merupakan pusat pemborong fabrik dikawasan tersebut, jika pandai tawar menawar anda akan dpt harga yg cukup memuaskan.
Kalau nak cari fridge magnet atau key chain utk souvenir boleh ke kedai berhampiran tasik, ada 1 kedai menjual pelbagai souvenir agak murah dan paling best, staff kedai tu pandai ckp melayu.
Kami di Hanoi hanya ½ hari jam 7ptg kami bertolak ke stesen keretapi Hanoi utk ke Lao Chai, bertolak jam 8mlm dan tiba di Lao Chai jam 8pagi,





Sa Pa, Vietnam
Sa pa adalah sebuah pekan yg terletak di kawasan pergunungan yang bersempadan dgn negara china, 
Dari Lao Chai ke Sapa sejauh 40km mengambil masa 1jam perjalanan dgn van...


Pada musim sejuk ( 4 bulan November hingga Februari) , cuaca di Sapa adalah sentiasa sejuk , basah dan berkabus ( suhu boleh turun kepada penyejukbekuan dan terdapat salji pada tahun 2011 )

Halong Bay
Ha Long Bay adalah sebuah teluk seluas 1500km di sebelah utara vietnam dengan garis pantai sepanjang 120km 

Perjalanan dari LCCT ke Noi Bai Internasional Airport dgn mengunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia memakan masa lebih kurang 3 jam, 6.00am waktu malaysia dan tiba di hanoi jam 8.15am waktu vietnam.

Perjalanan Hari pertama :

Kami menaiki bas dari Kl Sentral ke LCCT.  Syarikat bas Aerobus last trip pd jam 10mlm, jd kami bertolak awal ke LCCT dgn bas. flight 6.15pg. Sampai Hanoi jam 8.15pg, (3jam) waktu Vietnam lambat sejam dr M’sia. Sampai airport Hanoi van amik kami hantar ke hotel. sejam layan dlm van sampai ler hotel kat old quarters. Lepas c/in hotel terus keluar cari restoren Little India, satu²nya restoren halal dan owner org Malaysia. Makanan halal cukup susah nk jumpa di Hanoi. Lepas makan kami pusing pekan old quarters survey harga barang target utk shoping balik nt. Sambil² jln kami cari kedai jual gas camping utk stock nk masak kat fansipan esok, Kedai jual gas tong besar utk dapur umah juga ada jual gas camping, harga pun standart, 4 can 100k VND sama dgn RM17. Ke pasaraya utk top up ration spt bawang, telor dan sos, sos yg ada dlm pasaraya tu produk malaysia ada logo halal. Dah siap beli stok dan jln² jamu mata sekitar old quarters yg sgt sibuk itu. Balik hotel rehat nt jam 7ptg van akan ambil di hotel hantar ke stesen keretapi Hanoi utk ke Lao Chai.
Stesen keretapi Hanoi tak jauh dari old quarters, hanya 2km, tetapi perjalanan dari hanoi ke Lao Chai memakan masa hampir 12 jam.

Nota kaki : makanan halal memang susah nk dpt kat Hanoi, jd makanan segera spt meggi,serunding, oat dan pelbagai makanan lain amat penting.


Hari kedua :

Sampai di stesen keretapi Loa Chai pd jam 7.45 pagi, Kami disambut oleh Zoung merangkap guide kami kat fansipan nt, van dh siap tunggu, loading brg van terus gerak ker Sapa, dlm perjalanan kami perlu isi maklumat peribadi utk urusan pendaftaran pendakian nt, menempuh perjalan sejauh 40km mengambil masa 1 ½ jam utk sampai ke hotel juga merangkap pejabat ejen kami di sapa. Kami di sambut oleh wakil ejen utk diberi taklimat pendakian dan prepare brg utk pendakian, Brg kami spt sleepingmat, sleeping beg, ration, kelengkapan memasak semua diserahkan kpd porter utk dibawa, seramai 6 org porter group dan 2 org personal porter digunakan. kami hanya berbekalkan beg 30-40liter shj utk membawa pakaian dan makanan peribadi. selesai packing kami bertolak ke starting point dgn van, ½ jam kami sampai di starting point yg merupakan pejabat Taman Negara Hoang Lien dan antara pintu masuk ke gunung fansipan. Selesai taklimat sesi bacaan doa dan warm up dilakukan sebelum memulakan pendakian. Tepat jam 11.15pg waktu malaysia dan jam 10.15pg waktu vietnam kami memulakan langkah pertama mendaki gunung fansipan.
Destinasi pertama kami ialah kem 1 sbg lokasi utk kami lunch. 2jam perjalanan kami sampai di kem 1, trail agak sama mcm hutan kat malaysia, 2-3 kali cross sungai cetek, xbasah kasut pun, naik turun bukit berjjalan atas tanah gambut langsung xberubah spt trecking kat hutan malaysia. Di kem 1 kami masak air panas dan sediakan mkan tengahari, masak nasi dan panaskan lauk yg dh siap masak utk menjimatkan masa. Jam 2.55.ptg kami smabung trecking ke kem 2, sejam pertama trail masih xberubah, cuma bukit makin tinggi, dan menuruni curam yg makin curam, masak jam ke-2 trail dh mula berubah kpd berbatu, pohon buluh dh mula main peranan, tp trail masih lapang, xperlu merangkak atau melompat, trail lapang bole lenggang, jam 5ptg kami sampai di kem 2, ada 4 pondok terbina disitu, lengkap tandas diluar dan paip air..pondok yg mampu memuatkan 30 pendaki dlm 1 masa berlantaikan papan yg mampu angin menerjah masuk dari bawah lantai membuatkan kesejukan mula menusuk tulang maka pakaian perlu ditukar segera bagi mengekang kesejukkan. Sediakan makan mlm, selesai mkan semua dpt tido dgn nyenyak berkongsi dgn 2 pendaki dari German.

Nota kaki : Bulan disember di vietnam adalah musim winter (musim sejuk), jika suhu terlampau sejuk kemungkinan salji akan turun, tp dlm kuantiti yg amat sedikit, namun jika bernasib baik akan kelihatan ais di beberapa tempat.oleh yg demikian, sediakan jaket,glove,stoking yg mampu mententeramkan anda sepanjang hari.


Hari ketiga : 

Bangun seawal jam 5pg bagi menyediakan sarapan pagi sebelum mulakan pendakian ke puncak pada jam 7.45pagi agak lewat dari pendaki lain, trail ke puncak byk berubah, strutur muka bumi dari tanah gambut kepada berbatu, pokok² buluh kering menemani sepanjang perjalanan ke puncak, trecking dgn berjaket serta glove kerana suhu amat sejuk dan berkabus. Pendakian kian mencabar kadang kala mendaki tebing yg tinggi serta menuruni curam yg amat dlm, langkah perlu hati² kerana batu amat lincin. setelah 2 jam 28minit, kami semua tiba di puncak fansipan dihidangkan dgn panorama yg cukup indah. rezeki tuhan dikurniakan kpd kami dgn persekitaran puncak cerah sehingga menampakan panorama pemandangan sejauh mata memandang. cukup unik serta menarik. syukur alhamdulillah..
Selesai sesi bergambar kami bertolak turun ke kem 2 utk lunch dan kemas brg utk terus keluar ke sapa pada hari yg sama, 7 jam perjalanan turun akhirnya kami sampai di starting point pada jam 5.40ptg, van dh sedia menanti lalu kami dibawa balik ke sapa utk menginap di Panorama Hotel yg terletas di atas pejabat ejen.
Sampai dihotel kami mula menyiapkan makan malam. Selesai makan malam semua balik bilik utk rehat bagi mengumpulkan tenaga utk round pekan sapa esok pagi.....

Nota kaki : Perjalanan hari nie bole tahan juga, kena tepati masa utk mengelak kelewatan, kena saling bantu membantu dlm menguruskan masakan.


Hari keempat : 

Juga kena bangun awal pagi utk sediakan sarapan, memang hotel ada sediakan sarapan, tp sy tak amik sbb meragui tahap kehalalan makan tersebut, klau ragu kita masak sendiri. Selesai sarapan pagi, masa utk kita g shoping brg outdoor, brg ker? Xdelah pakaian jer kot. Kat sapa nie ler syurga pakaian jenama outdoor, namun harus diingat, harga yg ditawarkan haruslah padan dgn kualiti brg, kena betul² tgok, sbb terdapat pelbagai gred pakaian outdoor terdpt di sapa. Utk makluman juga, segala urusan jual beli mengunakan US Dolar, mereka juga mengunakan Dong Vietnam, tp lg senang mengunakan USD. Dlm tengahri balik semula ke hotel utk packing brg dan chek out, akan diushakan klau kita dpt stay sampai ptg sbb kita akan balik ke Loa chai pd jam 5ptg utk naik train ke sapa, klau xdpt stay kat bilik hotel maka kita tumpangkan brg kat kaunter pastu kita g shoping lagi. Makan tengahari akan masak ration. Ptg kul 5 kita naik van ke Loa Chai utk balik ke Hanoi, sama juga 8 jam perjalanan. Makan mlm mcm mna? Hadoiiii maslah betoi bab mkan, akan sy fikirkan nt.

Nota kaki : Susah betul nak mkan, jenuh masak!!


Hari kelima : 

Sampai di stesen keratapi Hanoi dlm pkl 5.00pg, kompom masing² perut lapar, nk g kedai Nisa restoren, kedai xbuka lagi, pkl 10pg baru buka, rasanya kena masak nasi lemak kat kaki 5 stesen keretapi ler jwp nyer. pkl 8pg nt van akan dtg amik utk hantar ke halong city utk pakage ke halong bay, perjalanan dr Hanoi ke halong city dlm 3jam perjalanan dgn van, sampai sana kul 11 disambut dgn welcome drink, air apa yg dia bg tak tau, terus naik kapal dan berlayar. Utk makan tengahri dan malam sy dh siap order muslim food, mungkin vegetarian atau seafood. Bot akan berlayar melalui pulau² yg terdpt dihalong bay spt Rock Dog dan Fighting Cock serta melalui kampung² nelayan serta 3 terowong gua. Sebelah ptgnya kita boleh main kayak melalui terowong batu kapur sambil lihat monyet bergayut. Sebelah mlmnya kapal akan melabuhkan sauh diantara Bai Tu Long Bay, Ha Long Bay dan Lan Ha Bay utk sesi makan malam yg damai diatas kapal. Bilik tido disediakan diatas kapal standart hotel 3bintang, siap aircond, bilik air peribadi dan tingkap mengadap laut.

Nota kaki : ini baru betul² melancong.


Hari keenam : 

7pg telah dikejutkan oleh krew kapal utk aktiviti senaman pagi,(amboii!!), lepas senaman bot akan berhenti di Pulau Tip Top, berjalan naik bukit sikit utk menikmati sunrise dan panorama Lan Ha Bay dan Cat Ba Island Nat Park dgn permandangan 360 darjah , pastu turun ke pantai yg terjadi secara semulajadi utk amik gambar pastu naik bot semula utk sarapan pagi. bot akan berlayar balik ke ha long city melalui laut yg kurang dikunjungi org dan terkenal dgn laut yg sangat cantik. bot akan berhenti disatu kawasan yg sgt cantik untuk beri peluang utk menikmati dan merakamkan gambar. Tiba di jeti dlm jam 11.45pg kita akan dibawa ke restoren utk makan tengahari. Selesai mkan tengahari kita naik van balik ke Hanoi. Tiba di Hanoi chek in semula hotel yg sama mcm ari pertama. Seterusnya adalah acara bebas. 

Nota kaki : Lapang skit sampai hanoi, bab mkan xdak mslah, Nisa restoren ada.


Hari ketujuh : 

Bangun pagi pegi sarapan dulu kedai Nisa, pastu terus gi jln² bandar Old Quarters. bole google tmpt menarik sekitar old quarters sbb kita jln sendiri xde guide, bole survey dari skrg, nt senang nk pegi. Old Quarters tu mcm Bukit Bintang arr, Hanoi tu mcm KL, jd kita kat Pusat Bandar. Kita ada masa sehari suntuk di hanoi utk jln².

Nota kaki : Kos pengangkutan, kos pendakian, hotel, pakage ha long bay, ration semasa pendakian adalah termasuk dlm pakage. Tiket flight, Segala makan dan perbelanjaan shoping adalah tanggungan sendiri.



Hari Kelapan (last day):

6.00pagi bangun dan chek out, naik van ke Airport, flight balik ke LCCT jam 9.00AM, tido di Vietnam, balik sarapan kat KL…Dasyat kau bah!!!

Nota kaki : Syiokkk!! sampai tak tau nak kata apa!!


Nota kaki »

∙ Dari Airport Hanoi kami dibawa ke Old Quarters, sebuah pekan yg sgt sibuk dgn kenderaan.
∙ Hotel Allura Hotel menjadi lokasi persinggahan kami di hanoi.
∙ Kedai Made in Vietnam adalah kedai menjual pakaian dari jenama outdoor.
∙ Matawang dong vietnam lebih murah jika ditukarkan dgn Ringgit Malaysia di Hanoi.
∙ Urusniaga di Hanoi lebih byk mengunakan dong vietnam.
∙ Sukar utk mendapatkan makanan halal di Hanoi.
∙ Little India merupakan kedai makan tunggal yg dianggap halal kerana pengusahanya adalah warganegara malaysia yg beragama islam yg menjalankan peniagaan di hanoi.
∙ Harga makanan sekitar RM12-16 utk nasi beriani dan nasi goreng, manakala minuman sekitar RM5-10.
∙ Gunung Fansipan boleh didaki oleh semua lapisan, tak kira beginner atau pro kerana trailnya cantik, mcm mendaki kinabalu cuma sejuk jer yg menjadi cabaran.
∙ Boleh didaki 2 hari 1 malam, bermalam di kem 2 amat sejuk, jadi bawa le baju dan seluar yg tahan sejuk.
∙ Porter groups akan pikul semua brg kecuali pakaian peribadi kita, sleeping mat dan sleeping beg kita porter akan bawa.
∙ Tak perlu bawa air minum yg byk, memadai 1 botol 1.5, tu pun tak habis, sbb sejuk kita kurang minum air, tp tak bagus utk badan, kena paksa gak minum w/pun xdahaga.
∙ Bagi pendaki beragama islam, sediakan makanan sendiri, bawa peralatan memasak sendiri, xpe porter akan pikul semuanya, xperlu suruh porter masak, sbb dorng suka mkan b*b*, tentu dorng akan masak guna kuali yg dorng goreng b*b* utk masak nasi goreng anda.
∙ Gas butane bole dpt kat hanoi (old quarters) ada kedai jual gas tong umah, tp dia ada juga jual gas butane, harga lebih kurang RM17 utk 4 tin
∙ Brg masak juga bole beli kat sana spt beras, gula, sayur, telor sbb ada pasaraya kat hanoi (old quarters).

8 comments:

  1. Assalamualaikum
    sy nk tny...boleh ke join kelab ni nak join aktviti 2 kat ganu...sy berminat tp xde geng nak join lagi...klau ade tmpt kosong boleh contct sy 0195110407. .

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, bole apa salahnya, join kami di ---> https://www.facebook.com/groups/KEMBARAGENGSEVEN/

    ReplyDelete
  3. tumpang tanya..ground kos masa buat trip ni brp ekk?tak termasuk tiket flight...saudara blh cadangkan tak guide yg boleh sy guna masa di sapa tu..trm ksh.

    ReplyDelete
  4. salam.berapa kos semua untuk trip ni?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Tuan,

    Untuk makluman tuan, sy juga menyediakan beberapa pakage ke fansipan, antaranya :

    # Pakage Mendaki Gunung Fansipan Hanoi City Tour + Sapa City Tour

    # Pakage Mendaki Gunung Fansipan + Hanoi City Tour + Sapa City Tour + Cruise ke Halong Bay

    Jika tuan berminat utk kesana, emailkan pd kami di sevenoutdoorteam@yahoo.com.my atau call/wasap di talian 0173294880 untuk mendapatan sebutharga dan tentatif program....

    ReplyDelete
  6. Untuk makluman hanoi,sapa,halong city sukar utk mendapatkan mkanan halal, mkanan harian mereka byk mengunakan daging khinzir sebagai lauk utama hidangan, kpd yg memandang berat akan perkara ini, kami menyediakan pakage ke vietnam dgn crew dan makanan yg dibawa dari malaysia dan segala peralatan memasak juga dibawa dari malaysia bagi menjaga kesucian hidangan kpd umat islam....

    ReplyDelete
  7. Salam. Info yang menarik !
    Possible tak kalau panjat dan turun Fansipan dalam masa sehari?

    ReplyDelete
  8. Sehari boleh lepas tp terlalu rushing, gerak awal pagi lewat ptg dh bole sampai, tp Xenjoy arr.... 2 hari 1 mlm mmg terbaik....

    ReplyDelete