■ Trans Inas, gabungan 2 puncak gunung yg perlu dilalui iaitu Gunung Titiwangsa (5909kaki) dan Gunung Inas (5664kaki), bermula dari Selama, Perak dan berakhir di Felda Lawin Selatan, Grik. Memerlukan 4 hari 3 malam untuk perjalanan lebih kurang 41.1km.
■ Diterajui oleh guide berpengalaman abg mali selama (019-4637807) banyak membantu dalam mejayakan siri pendakian kali ini.
■ Ikuti rentetan perjalanan kami selama 4hari 3mlm bagi melengkapkan misi Trans Inas....
Day 0 │ 20 jun 2014 │ jumaat
Hentian Duta - Serdang - Selama
Perjalanan bermula dari Hentian Duta pd jam 11.45mlm dgn menaki bas Mara Liner ke Stesen bas Serdang, jam 4pg kami sampai di stesen bas serdang plan asal nk naik bas dari serdang ke selama jam 7.30pg, memandangkan ada kwn dh sampai selama dgn keta jadi minta tolong dia amik kami di serdang, serdang selama dlm 20min dgn kete, sampai selama kami port kat rumah rehat selama sewa umah ada 2 katil,tv, ekon dan bilik air RM90, pakat tong² sorng 10 bole lelap 2-3jam sblum gerak jam 8pg..
Day 1 │ 21 jun 2014 │ sabtu
Selama - Empangan Sg.Seputeh - Kem Samar Gagak (KSG) (jarak : 9.1 KM)
Sarapan pagi dan pack lunch kami minta bapa sedara mizi sediakan dgn kadar RM10 sorng utk b'fast dan pack lunch (nk order call mizi 019-3597897). selesai makan abg mali amik kami bawa ke starting point empangan sg. seputeh. start trecking pun dh 12.15tghari, panas terik, pewai dlm hutan pisang, klau bole kat sini start awal skit, xtahan panas, 2-3jam pertama layan kebun pisang, treck biasa je, menyusur sepanjang kiri sungai hinggalah lintasan titian predator utk rehat dan lunch.
■ Lepas lunch kami teruskan perjalanan, track agak memacak, layan naik turun bukit, redah hutan buluh, sebelah ptgnya kami disambut pokok resam yg subur bak diberi baja subsidi, kerja berat pun bermula, redah resam disulam dgn duri rotan, dahi calar, lengan luka, mata tercucuk batang resam, semua tu adab resam dlm trans inas, jd rajin² ler asah parang bg tajam tebas resam utk kesenangan org blkg.
Day 2 │ 22 jun 2014 │ ahad
Kem Samar Gagak - Kem Gempaq Kijang (jarak : 9.1 KM)
■ Pagi nie dikabarkan trek mudah, pagi² layan naik bukit skit dlm sejam, pastu dia bg bukit payung layan turun bukit hampir 60-70°, turun dlm ½jam jumpa sungai, maka bermula ler aktiviti menyusur sungai dari pagi sampai ler ke ptg, lembik lutut layan air.
■ Berenti lunch kat ats 1 kawasan batu, rehatkan badan dlm sejam sambung perjalanan sampai jumpa air terjun tinggi, dari situ start masuk treck hutan, pacak naik ats bukit.
■ Kem Samar Gagak ke Kem Gempaq Kijang kena redah hutan adat resam yg agak maufakat kekadang melekat dlm kepekatan adat resam, pendekar berparang perlu dikerahkan kehadapan bagi memusnahkan adat resam utk membuat jln.
■ Klau dh sampai ats permatang lapang dan nmpk puncak titiwangsa dan puncak inas dgn tebing tanah rutuh, kira xjauh dh tu dgn kem gempaq kijang. Kem Gempaq Kijang tepi sungai, bole mandi
■ Sampai Kem Gempaq Kijang jam 7.45mlm, pasang fly terus mandi utk siapkan mkan mlm, menu mlm nie daging goreng kunyit, ikan pekasam goreng dan sayur kobis. jam 11mlm semua tido, esok keja berat.
Day 3 │ 23 jun 2014 │ isnin
Kem Gempar Kijang - Puncak Titiwangsa - Puncak Inas (jarak : 5.8 KM)
■ Pagi nie pagi yg amat bermakna kerana hari ni kami akan ke puncak gunung ttwangsa dan gunung inas, pagi nie juga kami kena pikul air 3botol 1.5L utk kegunaan sepanjang perjalanan dari kem gempar kijang ke puncak titiwangsa dan bermalam di puncak inas, turun dari puncak ttwangsa ada 1 water point, lopak air, tgok pd nasib, kadang² kering sbb air lopak jer, air pun kuning, jgn terlalu bergantung pd air lopak tu, klau ada just bole top up jer, kerana keesokkn nyer dr puncak inas turun dlm 4jam baru jumpa sungai.
■ Jam 1.15ptg kami sampai puncak titiwangsa, lunch tghari siap², jam 2ptg kami gerak ke puncak inas, naik turun 3 bukit yg berlumpur dan becak kesan tapak gajah, sampai kat batu bumbung rehat 5min, klau dh kat batu tu, xjauh dah, dlm 40min sampai ler puncak inas.
■ Jam 6.30ptg kami sampai puncak inas, sgt sejuk, suhu mencatatkan 17°c, nk mandi xde air, cuci kakitangan dgn wipe tissue, salin baju, mlm nie mkan bubur cha cha dulu, sbb awal lagi nk mkan nasi, mlm nie kita mkan ikan talang masak sambal, papadom dan sayur kacang panjang goreng.
Day 4 │ 24 jun 2014 │ Selasa
Puncak Inas - Taman Rekreasi Lawin (17.1 KM)
■ Kedinginan puncak inas membawa sampai ke pagi, urat baloq liat makin kembang, malas nk keluar dari sleping beg, bila mengenangkan ari nie kena jln 10 jam, langsung xde mood nk layan ayaq lioq basi lagi, terus lompat keluar dari sleeping beg, sambaq periuk masak nasi dgn buat ayaq teh O sarsi 5 minit panas 5 minit sejuk, sarapan pagi, layan sunrise, kemas brg, tangkap gambar, kedebuk kedabak jam 10pg baru start jln, layan bonzai naik turun bukit, view pun cantik, lepas 2 ank bukit trek start menurun, ati² trek agak curam, ada part yg dh pasang tali utk memudahkan turun, 2 jam curam, 2 jam trek lapang, 4 jam layan turun sampai jumpa sungai, jam dh kul 1.30ptg, lunch dulu.
■ 2.30ptg sambung perjalanan, layan trek balak lama yg dh semak samun, kekadang kena redah pokok buluh diselang seli dgn pokok resam, tp ati² kerana byk kawasan tanah runtuh perlu menebing tepi gaung. 4 jam layan trek balak last sekali jumpa sungai, klau dh cross sungai tu dh xjauh ler tu, layan trek balak lagi sampai jumpa kg asli lawin, layan trek kebun getah umur setahun, lapang dan cerah, 3km sampai jln tar felda lawin selatan, belok kiri jln tar nampak taman rekreasi lata lawin, kira tanda azab dh abis, enjoy mandi air sungai lata lawin....kami sampai jam 7.00ptg.
■ mandi puas² sbb kemarin xmandi, selesai mandi tunggu kereta nk balik kola kangsar, bas last ke KL bas Transnasional jam 9.45mlm, dari lata lawin ke kola kangsar 45min, tp jam dh kul 9mlm, mcm xsempat, apa pun cuba dulu, pecut saga BLM 180-200km/j sampai stesen bas kola kangsar tanya bas ke KL semua dh xde, lompat masuk dlm keta g plak stesen KTM kola kangsar, tanya train balik KL, ada jam 1pagi tp tiket abis. kecewa... apa pun kena mkan dulu, lapar, layan mkan kat arena persisir sungai perak.
Day 5 │ 25 jun 2014 │ rabu
Kuala Kangsar - KL Sentral
■ Lepas mkan kami ke stesen KTM semula, sampai stesen KTM turun keta, tetiba kepala terlanggar tiang, kami semua pngsan, sedar² dah kat KL Sentral jam 7.00pagi...alhamdulillah, dpt gak balik KL....hihihii
No comments:
Post a Comment