Hutan Lipur Chemerong terletak di Hulu Dungun, Kuala Terengganu. Kemudahan-kemudahan yang ada di sini ialah seperti pejabat, pondok rehat, surau, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, dan denai ke Gunung Berembun. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian, bermalam dan lain-lain, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.
30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor - Jerangau dan 100 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Chemerong terletak di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
CBL memang dh top dgn air terjun dan sungai, 1st time pegi bulan feb tahun lepas, mmg teruja sgt dgn kecantikan sungai yg air kehijauan. tapi time tu tak pegi air terjun chemerong, terkilan skit, terus tanam azam nk ripit CBL sbb nk g air terjun chemerong.
Tahun 2014, bulan 8, 2 minggu lepas raya posa, bertarikh 15 ogos hingga 17 ogos 2014, 3 hari 2 mlm seramai 28 org peserta termasuk crew bertolak ke dungun dari KL dgn bas khas.
Bertolak jam 11mlm dari KL sampai kemaman 5pg, rehat kat kemaman dulu sebelum solat subuh dan b'fast kat kedai mira yg kami dh tempah khas utk b'fast dan pack lunch.
Selesai b'fast amik pack lunch bas terus gerak ke Hutan Lipur Chemerong, sejam lebih sampai hutan lipur, agihan ration dan daftar pendakian, jam 10pg start trecking.
Target hari nie, pegi air terjun chemerong, pastu shoot ke kem balak utk lunch, klau sampai kem balak sebelum pkl 5, terus proceed utk shoot terus ke Lansir, sbb memang dh cita² nk bermalam kat langsir 2 mlm, nak mandi puas², klau bermalam di kem Y, xpuas nk mandi kat jerem lesung tu, jd ot skit pun xde hal, janji enjoyyyyy...
Group enjin 1.8 sampai puncak berembun jam 6ptg, geng enjin 1.5 sampai puncak 7.30mlm, geng kancil 850 kul 8.30mlm sampai puncak, amik gambar jap, terus jalan ke kem lansir, nasib baik xjauh, kul 10mlm sampai kem Lansir, port kat atas sbb kat air terjun lansir ada group ramai, kem site penuh, member depan dh port dekat bawah jeram lesong, best juga dekat dgn tempat tiruk....
Acara malam pertama selain makan nasi lewat mlm, kami bakar kambing golek, acara yg ditunggu-tunggu, tp yg lain dh xbole tunggu, terus tido, kejut pun dh xsedar...hahahaa
Ada ler dlm 7-8org sy setia menanti nk mkan kambing, selesai belasah kambing semua masuk fly pejam mata kumpul stamina nk tiruk esok pagi...
Hari ke-2 bole bangun lewat skit sbb xde nk g mna², ari nie nk tiruk jer keja nyer, bangun jam 8pg dh ada yg duduk dlm air, pagi nie goreng bihun, panggil semua keluar dr air utk sarapan dulu sebelum sambung tiruk, lepas mkan baru semangat skit nk tiruk, tiruk pun cantik jer junam, klau tak asyik tiruk badak jer, bersembur air, mcm badak terjun sungai...keh3
Port kem site kat lansir dh kosong, maka JKKK arahkan pindah tempat, maka angkut semua brg pindah kat air terjun lansir..selesai pindah maka berasap ler dapur utk setup mkan tengahari, menu daging salai masak lemak, sayur kobis, telor dadar. mkan atas batu dgn view mcm tu mmg rapat ler nasi seperiuk...
Lepas makan apa lagi nak buat kalau tak tiruk, eh lupa nk bgtau pasal tiruk, kwn kami tiruk kat jeram lesung, dia bantai tiruk betul² ats batu lesong, koyak kepala, nasib tak teruk, jd hati² nk tiruk, air jernih mcm tu nmpk air mcm dlm jer, batu kat bawah tu nmpk jauh jer, walhal cetek jer, sekali landing terus atas batu...parah.
Ok, sebelah petang makan lagi, yer le xde keja, mkan tido jer, ptg nie buat bihun sup kambing dgn cucur keria dan teh O, perut kenyang tido, sat lagi mangkit nak layan sunset pulak...
Petang acara bebas membawa ke malam, selesai mkan malam, buat majlis ice breaking skit, nk kenal asal usul kwn² sekeliling, habis sesi ice breaking, majlis tembak bunga api pulak sempena bulan kemerdekaan.
Lepas selesai semua masuk fly utk super, makan bubur cha cha pulak....sembang² skit semua balik tido sbb sok pagi jam 8pg dh nk gerak, sbb klau bole nk sampai KL awal sbb selasa dh nk keja.
No comments:
Post a Comment