Saturday 16 July 2011

Rikki Tabur East vs Memburu Sunset Tabur East

Rikki Tabur East
9 Julai 2011
Pak Sheikh, Ayie, Qhalid, Kak Sue, Azhan Rani, Baby

"Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Kuala Lumpur Middle Ring Road 2.
Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.
Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengkagumkan".

Bukit Tabur, yang mengunjur dari Taman Melawati sehingga ke Zoo Negara, merupakan sebahagian daripada Rabung Klang Gate. Rabung yang kelihatan dari jauh seakan-akan bukit batu kapur itu sebenarnya terbina daripada partikel kuarza. Kuarza merupakan mineral yang biasa dijumpai, sejenis silika yang menjadi bahan asas dalam pembuatan kaca. Rabung Klang Gate dianggarkan sepanjang 16 kilometer dengan ketinggian purata 60 meter. Rabung ini juga dianggap sebagai rabung kuarza terpanjang di dunia.


Itulah serba sedikit penerangan tentang Bukit Tabur, Bukit Tabur menjadi pilihan para peminat aktiviti lasak serta pendaki² sekitar KL melepaskan gian atau sekadar riadah dihujung minggu, Bukit Tabur menjadi pilihan di semua peringkat umur disamping beriadah, tarikan utama Bukit Tabur adalah permandangan Empangan Klang Gates yg menjanjikan satu pengalaman yg tak dpt dilupakan. Bentangan bukit batu yang menjadi benteng kepada empangan klang gates yang terbahagi kepada 2 iaitu West & East dimana ditengahnya dijadikan pintu empangan. 

TABUR WEST

Tabur West menjadi pilihan utama para pendaki jika dibandingkan Tabur East. Kebiasaannya para pendaki akan mendaki seawal jam 6pagi bagi menikmati panorama matahari terbit dari arah puncak tabur east. Pendakian bermula dari hadapan pejabat puncak niaga yg terdapat satu laluan yg ditanda dengan tangga simen. 


                             TABUR EAST
View Tabur East dari Tabur West

Tabur East yg terletak di sebelah kanan pintu empangan yg terdapat 2 jalan yg boleh akses ke starting point melalui tangga sebelah pejabat puncak niaga dan melalui jalan Melawati. Tabur East jarang didaki diatas sebab kesukaran dimana trek yang agak pacak serta dinding yg tegak berbanding Tabur West yg lebih mudah serta landai hanya 1-2 tempat dimana perlu pendaki menuruni tebing bertali atau memanjat tebing yg tegak. Pengalaman ini telah kami lalui setelah sekian lama menaruh harapan untuk mencuba Tabur East, selalu terhalang akibat tiada sesiapa di kalangan kami yg tahu trek Tabur East. Akhirnya pada 9 Julai 2011 satu trip rikki trek Tabur East dilancarkan pada jam
5.30pagi seramai 6org peserta terlibat. Rata² semuanya langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Tabur East, Bermula di starting point berpandukan pada pembacaan di blog² pendaki yang telah mendaki Tabur East sedikit sebanyak membantu memberi pedoman untuk mencari starting point. Starting point berhampiran paip air besar dari empangan membuatkan Tabur East sedikit unik, pendakian dimulakan dengan mengikut laluan denai sehinggalah terjumpa pagar hijau yg berlubang, dalam hati terfikir, ini dah kira menceroboh kawasan empangan, sbb pagar tu pagar empangan. Bahaya nie...namum perjalanan diteruskan, tp agak pelik sebab trek agak mendatar, akhirnya kami sampai digigi air empangan, rupanya itu adalah laluan kaki pancing utk memancing di empangan Klang Gates. Kami berpatah balik utk mencari laluan yg betul, akhirnya laluan tersebut berada disebelah kanan pagar yg berlubang itu, trek yg agak pacak, dan semakin lama semakin pacak, kira tak habis dia punya pacak, ada part yg bertali, agak sukar untuk mendaki jika tiada tali tersebut, terima kasih kepada yg memasang tali bg kemudahan pendaki mendaki tabur east. 

Chek Point Tongkat Ali
20minit mendaki akhirnya kami sampai di chek point 1, sekarang diberi nama chek point "Tongkat Ali", kerana alen jumpa pokok tongkat ali disini, alen cadangkan diberi nama chek point tongkat ali. Disini kita dpt melihat pemandangan taman melawati serta sebahagian kota raya kuala lumpur. Rehat 5min perjalanan diteruskan, Trek masih berkeadaan pacak serta bertali, sedikit sebanyak menguji tahap ketahanan mental serta fizikal utk terus menapak keatas. 15min pendakian kita akan sampai di chek point kedua 
View dari Chek Point Empangan View
"Chek Point Empangan View", disini kita dpt lihat Empangan Klang Gates serta trek Tabur West. Kita juga dpt lihat para pendaki melalui permatang Tabur West, terutama cuti hujung minggu kerana bilangan pendaki dihujung minggu amatlah ramai hingga jem di sesetengah tempat. Chek Point agak sempit hanya mampu memuatkan 6-7org dlm satu masa da agak bahaya kerana berada ditebing yg agak curam, jd perlu berhati-hati kita berada disini. Perjalanan seterusnya ialah ke chek point "Puncak View" yg mengambil masa lebih kurang 10min utk sampai yg mana trek berbatu yg agak mendatar sesekali memanjat batu, agak mudah utk sampai ke chek point Puncak View, namun harus diingat, tebing-tebing yg curam ditepi laluan yg agak bahaya dan perlu berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut.
Chek Point Puncak View
Chek Point Puncak View yg agak lapang namun curam di hujungnya menjadi port utk mengambil gambar berlatar belakangkan empangan dan lapisan gunung ganang yg mengujudkan satu kombinasi yg amat cantik. Perjalanan diteruskan utk ke chek poit seterusnya, iaitu chek point yg di beri nama "Chek point RNR" di mana selalunya kami akan berahat sementara mencari tenaga dan stamina utk menempuh cabaran terakhir sebelum tiba di pucak Tabur West. Dari sini anda boleh nampak dinding yg agak tegak hampir 90darjah. terdapat tali yg dipasang bagi membantu pendaki memanjat naik keatas. Periksa kekuantan tali sebelum anda mendaki dengan merentap-rentap bagi memastikan yg tali tersebut masih mampu menampung berat anda utk naik keatas.
Chek Point RnR
Pendakian dari chek point RnR ke puncak Tabur East mengambil masa 10min utk sampai ke atas puncak, semasa pendakian ke puncak mendaki tebing tinggi memerlukan tumpuan yg lebih pada pendakian kerana sedikit kecuaian akan mengakibatkan kecelakaan. Setelah tiba di puncak yang ditandakan dengan bendera malaysia jika diteruskan perjalanan anda akan sampai di penghujung trek Tabur East dimana tiada lagi jalan utk keseberang. Tebing yg curam adalah penamat utk trek Tabur East. Harus diingat bahawa perjalanan turun akan melalui semula trek yg dilalui semasa datang, maka keadaan lebih mencabar jika dibandingkan semasa mendaki naik. perjalanan turun harus lebih berhati-hati kerana semasa perjalanan dari puncak utk sampai ke chek point Puncak View trek berbatu kecil bercampur pasir boleh tergelincir jika tidak berhati-hati. Pengunaan selipar adalah tidak sesuai untuk trek Tabur East. 
Puncak Tabur East

Dari Chek Point Empangan View trek tanah serta menuruni melalui akar pokok juga memerlukan perhatian yg serius, hati-hati takut kaki tersangkut diakar pokok ketika melangkah turun. Namun harus diingatkan juga jika ingin berpaut pada pokok, perhatikan betul-betul pastikan tiada serangga yg mungkin berbisa jika terpegang. Setelah melepasi chek point Tongkat Ali, perjalanan semakin mudah sehingga ke starting point. 




Memburu Sunset Tabur East
11 Julai 2011

Kebiasaan bukit tabur didaki pada awal pagi bagi menikmati panorama sunrise, tapi kali ini kami mencuba utk melihat matahari terbenam (sunset) disebalik tabur west dari puncak tabur east. Berbekalkan sedikit makanan dan minum serta yang paling penting head lamp. Pendakian bermula pada jam 6ptg dari starting point dan kami berjaya sampai di chek point RnR pada jam 7.15ptg. Matahari disebalik tabur west sudah kelihatan kuning, beberapa shoot dilakukan sebelum kami bergegas ke puncak tabur east bagi menikmati panorama malam sekitar bukit tabur serta bandaraya kuala lumpur yg dilimpahi lampu² neon yg menampakkan seluruh bandaraya kuala lumpur.  setelah puas shoot gambar jam 9.15mlm kami bertolak turun, perjalanan diwaktu malam akan lebih perlahan kerana jarak penglihatan yg terhad perlu lebih berhati-hati. laluan perlu diperhatikan betul² agar tidak tersilap jalan kerana terdapat beberapa tempat yg mungkin mengelirukan. Perjalanan turun mengambil masa 45min untuk sampai ke starting point. 





Peserta :
Pak Sheikh
Alen Azam
Mork
Adha
Qhalid
Supri
Ayu







created by : 
Pak Sheikh

foto by : 
Mork Kenji
Qharl Mohamad Photography










                                       ______________________________________________________________________________________________

GROUP FOTO





1 comment:

  1. Jemput sertai grup Pendaki Puncak Tabur
    http://www.facebook.com/groups/377658478977300/

    ReplyDelete