Sunday 3 July 2011

BERSANTAI DI KEM BAHA.



BERSANTAI DI KEM BAHA
25-27 JUN 2011
KEM BAHA : 461 meter
13 PESERTA
GUIDER : ODIE BUDAK RIMBA & MAT SIX
KELAS TREK : C

Sawa Batek, Mork Kenji, Fifie Abd Rahman, Airis Alessya, Mohd Hazri
Wan Zahari, Rooney Azli, Mizi, Mazlan, Alimi,
Sufri Jr Jr, Qharl Mohamad, Nacn Nur


Kenangan Double Trouble Stong – Ayam 2010 sentiasa bermain difikiran pabila duduk semeja bersembang dengan rakan² peserta tahun lepas. Gambar² kenangan menjadi tatapan mengimbau saat² manis perjalanan menaiki tren dari KL ke Dabong untuk menawan puncak Stong dan Ayam dalam satu masa. Alhamdulillah semuanya berjaya dengan semangat kerjasama dan setiakawan berpasukan. Namun begitu, keinginan untuk kembali ke sana masih berkobar-kobar di dalam diri, tambah² lagi Kem Baha yang menyediakan Air Terjun Stong, siap boleh sliding tuuu. Maka pada 25-27 Jun 2011 ‘TRIP KEM BAHA’  diadakan dimana kami tumpang sekaki dengan geng Jejak Rimba Istana Budaya iaitu Wan Zahari, Rooney Azli, Mizi, Alimi dan Mazlan yang akan menawan puncak Stong-Ayam , Dabong, Kelantan pada tarikh tersebut.

Kalau tahun lepas semua pakat naik tren dari KL ke Dabong, namun kali ini kami menaiki coaster Istana Budaya (IB) sebagai pengangkutan utama ke sana. Semua berkumpul di perkarangan IB pada jam 11.00 mlm dan sebelum bergerak kami sempat lagi menonton final Maharaja Lawak di gerai Along berdekatan IB.Terima kasih kami ucapkan kepada Pak Sheikh, Mat Duan dan
Miza kerna sudi meluangkan masa menjenguk kami sebelum pergi. Asyik menonton, gelak punya gelak, tengok jam dah pukul 12 tgh malam. Perghhh… dah lewat ni, pukul berapa nak sampai nanti. Bak kata guider Alen Azam “ Haaa jom jom jom “…. Diiringi bacaan doa maka coaster pun bergerak perlahan meninggalkan rakan² lain.

 
Baru 15 minit perjalanan, Mork Kenji dpt panggilan telefon daripada Mat Duan.. “Mork, ko punya tripod kamera tertinggal lah”… Adoyaii.. Dengan pantas Mat Duan menghantar tripod kat Stesen Minyak Shell tempat kami berenti sebelum masuk ke lebuhraya Karak. Selesai semuanya, maka kami pun meneruskan perjalanan menuju ke pekan kecil Dabong, Kelantan. Perjalanan menyusuri keluar lebuhraya ke jalan lama Bentong. Mazlan dan Wan Z bersengkang mata meneman Azli yang memandu coaster, “Kalau depa tidoq, aku berenti teruih tepi jalan, aku pun nak tidoq”, kata Azli. Hahaha.. apa lagi, berceliklah mengejar masa. Jam 4pagi, kami berenti di Perhentian Pesona Batu Besar. Pekena teh tarik sorang segelas, lepas tu pakat masuk tandas. Kami sambung perjalanan melalui laluan Merapoh, pekan kecil ke Taman Negara Pahang Sungai Relau Merapoh. Masa kami lalu, kami sempat race dengan tren Ekspres Senandung Wau yang kebetulan lalu jam 4.40pagi. Tapi sayang.. tren tak berenti sebab tiada pendaki ke Tahan. Kebiasaannya, para pendaki yang nak turun di Merapoh perlu memaklumkan terlebih dulu kat KTM.

Terngiang² di cuping telinga, Wan Z dan Mazlan asyik menyanyi pelbagai rentak lagu menghilangkan rasa bosan. Signboard Stong menunjukkan 145km lagi untuk sampai tatkala jalan berkabus dan dingin. Jam 6pagi, kejadian tak diduga berlaku. Alamak… tayar depan sebelah kanan pemandu pancit !! Kami semua bergegas keluar dari coaster. Alahai..manalah nak cari bengkel pagi² buta macam ni melainkan tunggu  fajar mentari terbit.
Kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, kelihatan seorang pakcik sedang membuka gerai naik lemak. Apa lagi, pakat ‘menyorok’ kat situ lah. ‘Menyorok’ ni makan pagi kata orang Utara. Ramah juga pakcik nasik lemak ni, walaupun kami tak berapa faham loghat Kelate, hanya senyum mampu dibalas. Jam 8.30pagi, atas usaha Wan Z, sorang mekanik kampong tiba di lokasi untuk beri bantuan. Bertungkus lumus semua yang ada memberi kerjasama menukar hanya sebijik tayar coaster. Hahaha… Sawa,Alimi,Mizi dan Mazlan bertindak sebagai penjaga trafik lalulintas. Uihh.. kenderaan yang lalu situ semua laju2 walaupun selekoh. Alhamdulillah sejam kemudian tayar siap ditukar. Jom sambung perjalanan kata Wan Z.

Jam 11.00pagi, kami tiba di Stesen Keretapi Dabong. Disini lah tempat kami naik turun tren semasa Kembara Double Trouble 2010 diadakan. Sementara menunggu guider Mat Six, kami sempat makan sekali lagi, kali ni roti canai pula. Hahaha.. kuat makan sungguh para pendaki ni. Yelah untuk stamina nanti nak memanjat. 15 minit kemudian, Mat Six pun sampai. Dia masih  
mengenali rakan2 KGS yang mendaki Stong-Ayam tahun lepas. Lokasi seterusnya adalah Hutan Simpan Kekal Gunung Stong Tengah. Beg² dikemaskini sebelum pendakian dimulakan. Jom mendaki.. Dengan langkah perlahan, menapak anak² tangga kecil mendapatkan angin tatkala badan mula mengeluarkan peluh2 kecil pula. Bergambar menjadi acara wajib, tambah² lagi ada Mork Kenji. Sememangnya gambar² hasil dari Mork yang paling ditunggu² para peserta setiap kali aktiviti mendaki. Terbaik dan cantik, kau memang the boom !!!

Melepasi Air Terjun Jelawang, tertinggi di Asia Tenggara, kami mula masuk trek hutan. Hujan separa lebat menyambut dan mengiringi kami sehingga tiba di Kem Baha. MasyaAllah, aliran air terjun yang perlahan sebelum ini,
  menjadi jeram yang ganas pabila kepala air mula turun dari atas. Tempat para pendaki selalu sliding juga habis menjadi mainan jeram ganas ini. Sekitar jam 5ptg, hujan semakin reda. Kami mengambil peluang ini untuk mendirikan khemah dan fly. Keganasan jeram juga kembali normal sedikit demi sedikit. Tiga khemah dipasang beserta tiga fly berdekatan membentuk seolah2 sebuah banglow. Ration dikumpul setempat supaya senang nak ambik apa ramuan yang nak dimasak nanti. Daripada menu barbeque terus bertukar menjadi ayam goreng rempah. Haha.. cepat dimasak senang dimakan. Almaklum lah, hujan petang tadi, perut pun lapar. Nampaknya semua keletihan pada malam pertama, memaksa semua masuk sleeping beg awal. Wan Z masih berbincang dengan Mat Six mengenai jadual perjalanan esok. Ini disebabkan ada lagi 3 peserta akan sampai awal pagi iaitu Sufri, Qharl Mohamad dan Zura. Wow… penambahan peserta.

Tengah asyik dibuai mimpi dalam kesejukan pagi Kem Baha, tiba² handset berbunyi isyarat khidmat pesanan ringkas (sms). Jam ketika itu 6.30pagi, rupa2nya sms dari Qharl Mohamad memaklumkan bahawa mereka dah sampai di bawah sana. Awal lagi nak turun menyambut sementara menanti matahari terbit. Dua jam kemudian, barulah Mat Six dan Sawa turun ke bawah untuk membawa rakan² yang sampai tadi menyertai aktiviti pagi ni. Selamat Datang rakan² ke Kem Baha. Jejak Rimba akan menawan puncak 
Stong-Ayam pada hari ni sementara KGS hanya bersantai di kem dan akan ke Air Terjun Y, Kolam Puteri, Telaga Tujuh. Jam 9.30pagi, KGS mengucapkan selamat berjaya kepada Jejak Rimba ketika memulakan perjalanan ke puncak. Kami pula memulakan sesi masak memasak ration untuk bekalan ke air terjun.  
Guider pagi ni ialah Odie Budak Rimba, anak arwah Baha. Perjalanan ke Air Terjun Y mengambil masa 30 minit dari Kem Baha. Sampai saja disitu, kami terpegun melihat aliran air terjun dari dua arah berbeza iaitu dari Gunung Stong dan Ayam membentuk menjadi satu air terjun.
 
 
Kehijauan hutan masih lestari ditambah dengan ketenangan dan kedamaian alam semulajadi. Kami kemudian turun ke kawasan Telaga Tujuh. Menakjubkan pandangan pertama pabila melihat lubang² pada batu seperti telaga di sekitar air terjun tersebut. Tiba² Odie menunjukkan sesuatu pada kawasan air terjun, lalu dia melompat turun dan terus hilang dari
pandangan kami semua.. kemana ???!!! Apa dah jadi..???!! Ada terowong bawah tanah ka..??!!!.. beberapa saat kemudian Odie muncul semula di tempat terjunan tadi. Rupa²nya di situ juga ada sebuah lubang telaga kedalaman hampir 5 kaki yang boleh memuatkan seorang individu masuk ke dalam. MasyaAllah.. Unik ciptaanNYA.
 
Jam 3.30ptg, kami turun ke Kem Baha semula. Kali ni Odie bakal melakukan aksi meluncur. Yehaaa… Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba. Tgk macam rendah tapi bila berada di atas rasa gayat pula. Nak tak nak luncur juga lah, mana ada tangga nak turun. Haha. Memang seronok hari ni, hampir separuh hari bermain dengan air saja. Awan gelap kini berarak menutupi ruang udara Kem Baha. Hujan mulai turun. Kami hanya mampu berada di bawah teduhan banglow yang dibina sementara menanti rakan² Jejak Rimba pulang ke kem. Senja melabuhkan tirai diiringi hujan lebat. Angin bertiup separa kencang. Kami bertungkus lumus berusaha menyelamatkan fly dapur Jejak Rimba yang hampir terbang. Jam 7.30ptg,
Jejak Rimba tiba di kem dengan selamat. Alhamdulillah Syabas. Unggun api dihidupkan. Maggie dimasak bagi mengalas perut lapar. Sejam kemudian hujan mulai reda dan kembali tenang. Malam itu, KGS dan Jejak Rimba berkumpul di dalam banglow bersembang berkongsi pengalaman mendaki sambil pekena kopi o panas dan kuaci bunga cap A1. Tahniah sekali lagi kepada Jejak Rimba kerna berjaya mendaki puncak Stong-Ayam dalam satu masa.  

Keesokkan harinya, merupakan hari terakhir berada di Kem Baha. Sarapan pagi kami ala kadar memandangkan perjalanan hari ini turun ke bawah saja. Jejak Rimba sempat bermain luncur di air terjun melepaskan geram, menyambut kejayaan menakluki Stong-Ayam. Khemah, fly, ground semua di buka dan dibersihkan. Sampah2²siap dibungkus untuk dibawa turun. Kebersihan tetap kena jaga walau dimana saja kita berada. Jam 12.30
tghari, kami turun meninggalkan Kem Baha dengan penuh bermakna. InsyaAllah kami akan kembali di lain masa bersama rakan² kelak. Sejurus tiba di bawah, selesai membersihkan diri, kami bergerak menaiki coaster ke Stesen Keretapi Dabong bersama Mat Six. Di sana kami makan tengahari dan mengambil sijil penyertaan. Wahh.. sijil mula dikeluarkan tahun ini. Cantik pula tu. Terima kasih Mat Six, Odie dan rakan² guider yang lain. Tak lupa juga kepada Jejak Rimba. Berjumpa lagi nanti bersama Kembara Geng Seven. InsyaAllah..


created by sawabatek

2 comments: