Monday, 28 October 2013

TRANS TELAPAK BURUK - BEREMBUN via JERAM TOI

Tarikh : 26 - 27 Okt 2013
Lokasi : Hutan Simpan Berembun, Jelebu, N9
Peserta : 16org rakan KGS, 1 Renjer Jab. Hutan, 2 Penduduk Tempatan, 2 Guide Asli

·         Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut berlepas dari Cocos Islands, Autralia dipercayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti, pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan semua lapan krewnya.

·         Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts,  Pegawai Udara Edward Donald Mason, Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara Willian Ros, Sarjan Udara Raymond Towell, Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

·         Muzium Tentera Darat menyerahkan 80 cebisan tulang lapan kru pesawat Tentera Udara Diraja British (RAF) B24 Liberator KL654 R yang terhempas pada tahun 1945 di kawasan Gunung Telapak Buruk dekat Langkap kepada wakil Tentera British di Malaysia.

·         Upacara  penyerahan tulang ini disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Datuk Abu Musa Abd. Rahman, Ketua Pengarah Rancang Pembangunan Markas Latihan TD kepada Penasihat Pertahanan British di Malaysia, Kapten Kenneth Taylor selepas menandatangani Sijil Serah-Terima  di Audiotorium Muzium TD.

·         Ujian tulang kru yang terhempas itu diperoleh hasil misi evakuasi Ekspedisi Garis Waktu Pesawat British RAF B24 Liberator KL654 yang dilakukan oleh Muzium TD pada 22 Disember 2006.

·         Pengarah Muzium Tentera Darat Leftenan Kolonel Mohd Shukri Mohd Ghazali berkata, kesemua cebisan tulang tersebut yang 'terkubur' sejak 1945 berjaya dibawa keluar hasil misi evakuasi bersama antara Muzium Tentera Darat, wakil kerajaan British dan pakar forensik Universiti Sains Malaysia.

·         Misi tersebut sebenarnya telah bermula pada 22 Dis 2006, namun akibat kekangan peralatan selain kesulitan bentuk muka bumi di kawasan hutan tersebut, menyebabkan ia dilakukan dalam empat fasa sebelum selesai pada 9 Ogos 2009.

·         Tempoh agak lama diambil disebabkan tulang berkenaan perlu dianalisa pakar forensik Tentera Darat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk analisa lanjut bagi pengesahan ia milik krew tentera RAF yang terkorban.

·         Ekspedisi ini mendapat kerjasama dan kepakaran daripada pelbagai unit TD, wakil kerajaan British dan pakar forensik Universiti Sains Malaysia.

·         Majlis pengebumian tulang tersebut akan dilakukan  pada 18 Okt 2012 di Tanah Perkuburan Komanwel Cheras.


Assalamualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan iradat-Nya, kita Berjaya menyelesaikan  XPDC Trans Telapak Buruk-Berembun via Jeram Toi dengan jayanya pada 26 dan 27 oktober lalu dengan penyertaan seramai 16 rakan KGS, seorang wakil Jabatan Hutan Daerah Jelebu, 2 org wakil penduduk tempatan dan 2 Jurupandu arah orang asli. Perjalanan yang bermula dari Hutan Lipur Jeram Toi  dan berakhir di Loji Kg. Pantai, ikuti log perjalan spt di bawah :

[940am - 12.30pm] Jeram Toi – Jln Tar
[1230am - 1.00pm] Jln Tar –*Starting Point B-24 
*(Starting Point B-24 500m sebelum sampai pencawang)
[2.00pm - 4.40pm] Starting Point–B-24
[6.00pm - 8.00pm] B-24–Puncak Berembun
[10.00am - 2.00pm] Puncak Berembun–Loji

Jarak & Masa :
Jeram Toi – Jln Tar : 3KM  ( 2-2 ½ jam )
Jln Tar –Starting Point B-24  : 7KM ( 30min 4wd / 3jam trecking)
Starting Point–B-24 : 3.1KM ( 2 ½ - 3 jam )
B-24–Puncak Berembun : 4.9KM ( 2 – 2 ½ jam )
Puncak Berembun–Loji : 5.6KM ( 3 – 3 ½ jam )

KGS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Ranjer Hutan Daerah Jelebu Khususnya  dan Jabatan Hutan N9 Amnya yang turut serta dalam XPDC Trans Telapak Buruk-Berembun via Jeram Toi sebagai tanda sokongan Jabatan Hutan terhadap XPDC ini. Terima Kasih juga kepada Pak Long dan Cikgu, penduduk kampong dari daerah jelebu yg bersama-sama dlm XPDC kali ini dan akhir sekali 2 org guide org asli sebagai penunjuk arah. 








No comments:

Post a Comment